BESTARI JAYA – Dua buah kabin kosong yang dipercayai digunakan sebagai kaunter bayaran bagi urusan penjualan pasir secara haram dirampas dalam Operasi Penguatkuasaan Bahan Batuan (Pasir) di Mukim Bestari Jaya Daerah Kuala Selangor, di sini, semalam.
Ketua Operasi yang juga Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Idzham Md Daud berkata, pihaknya turut menemui satu kapal pengorek pasir (pontoon) dan satu palung pencuci pasir.
Menurutnya, kedua-dua peralatan itu ditemui di atas tanah milik Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan dua pengusaha yang datang ke lokasi operasi diarahkan untuk memindahkannya bagi memudahkan kerja pembersihan di kawasan berkenaan.
“Terdapat enam tapak yang melakukan kerja mengeluarkan pasir tanpa permit atau kebenaran yang mana tiga daripadanya adalah di atas tanah milik anak syarikat kerajaan negeri dan tiga lagi di atas tanah milik persendirian.
“Dua anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat adalah KDEB (dua tapak) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), manakala sebuah lagi syarikat persendirian yang terlibat,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan