KUALA SELANGOR, 7 Mei - Program meningkatkan hasil padi menjadi agenda utama kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan pendapatan para pesawah melalui penggunaan teknologi moden dan kaedah penanaman padi yang sistematik, kata Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, usaha ini dilakukan demi kepentingan pengeluaran beras negara dan sumber mata pencarian 9,000 keluarga pesawah yang terlibat dalam perusahaan padi di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Pendekatan yang diguna pakai oleh pesawah di Sekinchan tertumpu kepada daya pengeluaran dengan melengkapkan kemudahan sistem pengairan, penggunaan jenis padi berhasil tinggi, penggunaan jentera sepenuhnya, peningkatan amalan teknologi ‘Amalan Terbaik’ dan penggunaan kawasan yang maksimum, katanya.
Selain itu, kerajaan negeri Selangor mengambil langkah drastik dengan melantik MARDITECH, sebuah syarikat perunding yang mempunyai kepakaran tinggi dalam tanaman padi untuk memantau dan memberi cadangan dalam pemilihan serta penggunaan teknologi yang betul untuk tujuan tersebut.
Demikian katanya pada Majlis Menuai Padi sempena Program Meningkatkan Hasil Padi Negeri Selangor di Tanjong Karang hari ini.
Beliau menyasarkan sejumlah 10 metrik tan padi sehektar semusim dapat dihasilkan melalui program ini.
Pada majlis itu, Abdul Khalid turut menyerahkan Geran Projek Perintis Meningkatkan Hasil Padi Selangor berjumlah lebih RM1 juta kepada 17 peserta projek tersebut. - M.SAHRULNIZAM M.ZAIN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan