Kopi Tongkat Ali, kopi Jantan dan sebagainya memang kian popular di kalangan lelaki. Ia dikatakan mampu menambahkan kekuatan tenaga batin seseorang lelaki. Pasaran kopi -kopi jenis ini kian meningkat malah ia sungguh popular tanpa mengira batasan umur. Dari yang muda hinggalah yang tua. Maka tak hairanlah produk-produk kopi ini tumbuh bagaikan cedawan selepas hujan.
Namun, Awas! Tidak semua produk-produk kopi ini mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan. Terdapat produk-produk yang ada di pasaran masa kini yang dikesan sengaja mencampurkan serbuk kimia berbahaya. Bahan kimia yang berbahaya ini didakwa mampu merangsangkan syahwat lelaki dalam tempoh kurang 10 minit. Kopi campuran yang turut dikenali sebagai ‘kopi pacak’ ini, dikesan di kilangkan oleh sebuah syarikat tempatan untuk pasaran dalam dan luar Negara.
Pihak Penguatkusa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Berjaya mengesan aktiviti kilang pengeluar itu secara rahsia mencampurkan bahan kimia berbahaya yang dipercayai sintetik sildenafil nitrat ke dalam serbuk kopi. Harga kopi istimewa ini yang lebih mahal berbanding produk di pasaran sekarang telah menjadi petunjuk mudah bagi mengesan penggunaan bahan kimia sildenafil.
Kopi yang dicampur dengan sebatian sildenafil amat berbahaya terutama kepada mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, sakit jantung, dan kandungan lemak tinggi dalam badan. Ia berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan tekanan menjadi terlalu rendah. Ia juga mendatangkan kesan sampingan seperti sakit kepala, gangguan pada perut dan sakit otot. Malah ia mampu merebak kepada penyakit hati dan buta.
Haa tu la masing-masing cuba berlumba-lumba untuk bertahan lebih lama sewaktu di ranjang tanpa memikirkan implikasinya di masa akan datang. Jadi berhati-hatilah apabila korang hendak mencuba produk-produk kopi yang baru ni. Pastikan ia mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Takut lepas minum lain pula jadinya…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan