Kayuhan Le Tour De Langkawi 2009 akan bermula pada 9 Februari 2009 hingga 15 Februari 2009. Kawasan sekitar Bandar Utama Batang Kali telah dijadikan tempat untuk pelepasan peserta LTDL pada 14 Februari 2009 pada jam 9.00 pagi yang melibatkan 148.4 kms dan berakhir di Shah Alam. Jumlah peserta yang terlibat dalam program LTDL ini seramai 160 peserta melibatkan 20 pasukan dan 2 darinya adalah pasukan tempatan.Jalan-jalan yang terlibat iaitu Jalan Meranti 1A,Jalan Meranti 2A,Jalan Meranti 2, Jalan Meranti 2C( penutupan jalan bermula jam 8.00 malam 13 Februari 2009 hingga 14 Februari 2009 jam 12.30 tghhari) manakala jalan utama Hulu Yam-Batang Kali akan ditutup mulai jam 9.30 pagi- 10.30 pagi pada 14 Februari 2009. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan suasana pada hari tersebut. Dijangka persembahan tarian murid sekolah rendah dan motorcross akan mengisi slot sebelum pelepasan peserta-peserta LTDL 2009. Sekian , harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan