SHAH ALAM – Penduduk di sekitar Shah Alam diajak beramai-ramai memeriahkan upacara penamat peringkat keenam perlumbaan Le Tour de Langkawi di Dataran Shah Alam pada 14 Februari ini. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pelumba dijangka tiba di Shah Alam kira-kira pada jam satu tengah hari. Menurutnya, perlumbaan peringkat keenam sejauh 147.6 kilometer (km) bermula di Batang Kali dan akan tiba di Bandaraya Shah Alam sebagai penamat perlumbaan. “Pihak MBSA telah merangka pelbagai acara menarik bagi memeriahkan lagi perlumbaan ini di antaranya seperti persembahan kebudayaan, persembahan pancaragam, pameran, demonstrasi basikal BMX dan perarakan cavalcade (perarakan kereta penaja). “Orang ramai khususnya yang tinggal di Shah Alam dijemput untuk memberi sokongan kepada pelumba, seterusnya memeriahkan lagi perlumbaan Le Tour de Langkawi Peringkat ke –6 ini di mana aktiviti dan acara persembahan akan bermula dari jam 10 pagi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan