Jumaat, 6 Februari 2009

Bantuan RM50 juta kepada PIBG mula diagih

06/02/2009 3:05pm
PUTRAJAYA 6 Feb. - Kementerian Pelajaran hari ini mula mengagih-agihkan bantuan sebanyak RM50 juta sebagai bantuan kewangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM25.2 juta akan disalurkan kepada 7,627 sekolah rendah, RM22.6 juta kepada 3,155 sekolah menengah manakala bakinya akan disalurkan kepada sekolah-sekolah baru serta bagi tujuan pelarasan. - Bernama
SAS: Ini berita baik bagi semua sekolah-sekolah, manafaatlah pemberian ini, mungkin PIBG tidak payah lagi membuat hari kantin, hari usahawan dan hari terbuka sekolah, teruskan fokus untuk pembelajaran murid-murida dengan mengadakan kelas-kelas tambahan dan bimbingan lain.

Tiada ulasan: