Jumaat, 6 Februari 2009

Menteri Besar Selangor umum ahli lembaga Pengarah PKNS

SHAH ALAM, 5 Feb (Hrkh) -
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang baru selepas Pakatan Rakyat berjaya memerintah negeri ini.
Kerajaan Negeri membuat keputusan itu bagi mengukuhkan lagi syarikat yang dimiliki Negeri Selangor selepas membuat beberapa perbincangan dengan Exco untuk melantik Ahli Lembaga Pengarah PKNS.
Mereka terdiri daripada dua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan juga ahli Parlimen.
"Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telah melantik Adun Kinrara, Teresa Kok yang juga exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan; Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan dan Adun Bukit Antarabangsa merangkap ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS yang baru," katanya.
Beliau mengumukan perkara ini dalam satu sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) petang semalam yang turut dihadiri Iskandar; pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu Tian Khiew dan Teresa Kok.
Khalid berkata, kerajaan Negeri yakin dan percaya mereka mempunyai kemampuan membawa PKNS mencapai matlamat asal perbadanan itu.
"Matlamat asal PKNS adalah memberi fokus kepada perniagaan pembangunan hartanah dan meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat serta memacu ke tahap yang lebih tinggi," katanya.
Sementara itu Ronnie Liu yang berada pada majlis itu mengambil

Tiada ulasan: