Rabu, 19 Oktober 2011

KEPUTUSAN PEMILIHAN CALON PRU DISERAH KPD PUCUK PIMPINAN ~ YAAKOB SAPARI

AMPANG PECAH - Jawatankuasa PKR di peringkat akar umbi menyerahkan sepenuhnya keputusan pemilihan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kepada pimpinan parti.
Bagaimanapun, Ketua Cabang PKR Kota Anggerik, Yaakob Sapari melahirkan keyakinan, calon yang dipilih kelak bakal memperlihatkan kombinasi pengalaman, muda termasuk calon wanita.
Menurutnya, sesiapa calon yang dipilih parti, keputusan itu pastinya sudah diatur sebagai satu strategi kemenangan terutama di peringkat Pusat.
“Calon pilihan raya adalah hak mutlak pimpinan parti dan tugas kita adalah fokus memastikan Pakatan Rakyat (PR) bertahan di negeri Selangor.
“Sesiapa sahaja yang dihantar oleh pimpinan, saya yakin keputusan itu sudah diatur dengan bijaksana yang penting kita nak menang dan kita nak buat perubahan,” katanya ketika diminta mengulas hasrat PKR mengetengahkan golongan muda sebagai calon PRU 13.
Beliau ditemui pada pelancaran Pertandingan Memancing GP Selangor 2011 Siri 8 di Tasik Taman Millenium, di sini.
Yaakob yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata, agenda utama PR adalah untuk menawan Putrajaya dan membawa perubahan di Selangor.
Menurutnya, tempoh tiga tahun awal pentadbiran PR tidak cukup untuk memperlihatkan perubahan yang dibawa walaupun telah banyak agenda dilakukan.
“Justeru usaha ke Putrajaya perlu dilakukan dengan penuh strategik, agenda besar kita mahu memperbaiki segala kepincangan.
“Jadi kepada ahli, hormatilah segala keputusan yang dibuat parti, saya pasti pimpinan telah mempertimbangkan soal kombinasi pengalaman, muda dan kita raikan semua termasuk juga wanita,” katanya.
Dalam laporan sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedahkan proses penyenaraian calon PRU 13 yang dikatakan bakal menonjolkan kalangan muda dari peringkat akar umbi.
Menurut Azmin, PKR mahu memilih calon yang mampu memberi kemenangan dan yang tidak mengkhianati amanah rakyat yang telah memilihnya.

TS KHALID IBRAHIM ~ KERAJAAN SELANGOR TIDAK CAMPUR HIMPUN

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak akan mencampuri Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini.
"Ini (program) NGO. Kerajaan negeri tidak campur dalam hal ini. Ini NGO," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menjawab secara langsung sama ada beliau menyokongnya atau tidak, ketika ditanya pemberita.
Ditanya sama sama ada exco kerajaan negeri dibenarkan terlibat dalam perhimpunan itu, Khalid juga tidak menjawab secara langsung.
Sebaliknya, kata Khalid, kalau pegawai kerajaan Selangor hendak turut serta, terpulang pada diri masing-masing selagi ia di luar waktu kerja.
Sementara itu, exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali berkata, kerajaan mempunya program lain pada hari Sabtu di Stadium Melawati, bersebelahan stadium negeri tempat HIMPUN berlangsung.
Katanya, menteri besar dijadual merasmikannya program yang dinamakan karnival ilmuan muda itu.
"Ia tidak ada kena mengena dengan himpunan itu. Secara kebetulan saja (sama waktu dan bersebelahan)," kata Dr Halimah

Selasa, 18 Oktober 2011

JOM SHOPPING DI ECON SAVE BATANG KALI ~ AHAD 16 OKT 2011

Program Kerajaan Negeri sentiasa memikirkan kaedah terbaik meringankan masalah rakyat berkelayakan yang dibebani peningkatan harga barang. Pelaksanaan prgram itu juga merupakan lakaran yang menjadi sejarah kejayaan Kerajaan Negeri mengurus tadbir hasil untuk manfaat rakyat..

Dengar apa komen makcik dan pakcik dari DUN Batang Kali (nama tak dapat disiarkan )

"Kami juga ada ruang untuk membeli barang keperluan yang dikehendaki dengan “duit poket” kami sendiri' 

“Tidak pernah berlaku sebelum ini, sebuah Kerajaan Negeri dapat menguruskan tadbir hasil mahsul negeri dengan baik dan menyalurkan keuntungan yang diperoleh kepada rakyat menerusi konsep Hasil Negeri Untuk Rakyat”

“Makcik betul-betul terharu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini, walaupun melihat jumlahnya hanya seratus ringgit ia dapat meringgankan beban makcik dalam membeli barang keperluan.

“Apa yang dapat makcik lakukan hanya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat kerana sanggup berkongsi dengan rakyat hasil kekayaan negeri ini kalau dulu kita tidak dapat menikmati tetapi sekarang kita telah merasa begitu juga dengan bekalan air percuma,”

Sabtu, 15 Oktober 2011

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru

Bersyukur dan tahniah: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya Jumaat (14 Oct) bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru

YB AMIRUDDIN SHARI ~ ADA BEZA KERAJAAN PR DAN BN

BATANG KALI – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) perlu menjelaskan perbezaan antara kerajaan PR dan Barisan Nasional (BN) supaya penilaian rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) memihak kepada PR.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, penjelasan itu penting supaya rakyat tidak terpengaruh dengan isu-isu dibawa BN.

“Jelaskan yang kita sudah berikan setengah bilion iaitu RM465 juta terus mengalir kepada rakyat menerusi program-program Kerajaan Negeri.

“Malah, kita tidak miskin kerana sudah ada 1.1 bilion tambahan rizab di Selangor dan ini yang perlu kita perjelaskan,” katanya.

Sambil menyifatkan sudah tidak ada formula untuk BN menang, beliau mahu tiga elemen iaitu calon, jentera dan pengundi diberi penekanan untuk menjamin kemenangan PR pada PRU13 kelak.

Sementara itu, PR melihat inilah masa dan peluang terbaik wajar digunakan untuk merampas Kerajaan Pusat daripada BN.

Amirudin berkata, rakyat kini sedang menilai kedua-dua kerajaan dan masa yang tinggal sebelum tibanya PRU13 menjadi ruang penentu penilaian muktamad rakyat sebelum tukar kerajaan.

“Kita berusaha ambil alih Parlimen Hulu Selangor dan merampas ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan ini yang dikatakan menjadi kubu kuat BN.

“Inilah satu-satunya peluang untuk rampas Kerajaan Pusat kerana beberapa mitos dan andaian pemerintah sebelum ini telah lebur,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan PR Parlimen Hulu Selangor di Dewan Dato Abd Hamid, Batang Kali pada 2 Okt 2011 lepas.

Hadir sama, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor; Mohamed Nazar Yakin, Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor; Muhammad Idrsi Ahmad, Ketua Whip DAP Hulu Selangor; Chng Boon Lai, Pengarah-pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Batang Kali, Kuala Kubu Bharu dan Hulu Bernam serta pemimpin cabang dan ranting.

Katanya, antara mitos dan andaian Kerajaan Pusat yang lebur sebelum ini seperti meletakkan hanya apabila BN memerintah negara akan aman dan sebaliknya, jika PR memerintah berlaku huru-hara.

Bagaimanapun katanya, andaian itu meleset kerana setelah beberapa tahun PR memerintah dan mentadbir Selangor tidak pernah berlaku rusuhan kaum.

“Tetapi, BN yang cuba memanipulasi isu sama ada isu Melayunya, isu raja-raja, isu kuil seperti kejadian mengusung ‘kepala lembu’, laungan azan dan terbaru isu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang kononnya tidak menjaga kepentingan orang Melayu.

“Tapi semua ini sementara. Tidak ada lagi masalah kaum kerana kita di PR walaupun diuji dengan banyak isu dan ditekan dengan laporan media melampau namun kita mampu memperjelas dan rakyat menerimanya,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin di peringkat cabang dan ranting sewajarnya menggunakan senjata sedia ada untuk melemahkan musuh seperti memperjelas program kerajaan yang dikatakan sudah jauh melangkah ke hadapan berbanding BN.

Rabu, 12 Oktober 2011

KERAJAAN TRANSFORMASI NAJIB BAZIR WANG RAKYAT RM83.88 JUTA....

RM83.88 juta yang dibazirkan untuk mempromosikan imej kerajaan Umno boleh digunakan untuk memajukan lebih 600 pelajar terpilih Melayu dalam masa lima tahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Untuk naikkan imej kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) di luar negara, wang rakyat lebih RM80 juta dibayar kepada syarikat perunding FBC Media.

"Ini satu lagi bukti pembohongan Umno kononnya berkhidmat untuk orang Melayu kerana RM80 juta itu boleh digunakan untuk membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak Melayu yang masih ketinggalan dari segi pencapaian dalam bidang pelajaran," katanya.

Menurut Mohamad,  dengan anggaran paling konservatif sekalipun, jika sebuah MRSM mengambil 100 hingga 125 orang pelajar setiap tahun, dalam masa lima tahun ia boleh menampung antara 500 hingga 625 pelajar Melayu yang terpilih.

"Kecuali sejumlah kecil, pelajar-pelajar terpilih rata-ratanya mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke institusi pengajian tinggi.

"Ia dengan sendirinya bermakna dengan belanja RM80 juta untuk membina sebuah MRSM sahaja, setiap tahun sehingga beratus-ratus orang mencapai tahap kelas menengah Melayu yang dengan sendiri mengubah nasib bangsa," kata beliau.

Mohamad berkata, apabila sejumlah wang yang mampu membina institusi yang boleh mengubah nasib rakyat itu diboroskan kononnya untuk menaikkan imej kerajaan Umno BN, ia hakikatnya adalah pengkhianatan terhadap para pelajar yang memerlukan peruntukan itu untuk kepentingan pelajaran mereka.

"Saya ambil MRSM sebagai contoh sebab setiap hari Umno terpekik-pekik membohongi semua orang kononnya ia membela Melayu.

"Lebih dari itu, selama ini, peluang pelajaranlah yang banyak mengubah nasib orang-orang Melayu," kata beliau.

Beliau juga mempertikaikan apa perlunya wang yang begitu besar dibelanjakan jika kerajaan Umno BN mempunyai imej yang dihormati, baik dan bersih.

"Kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil, tak perlu bayar duit pun ia pasti akan menjadi sebutan media-media seluruh dunia, ia pasti akan disebut-sebut di mana-mana pun sebagai contoh kerajaan yang mempunyai sifat-sifat sedemikian.

"Pelabur tertarik, pelancong tertarik, semua pihak tertarik kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil," kata Mohamad.

Isnin lalu, Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan telah membayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media yang kini disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kontrak itu adalah untuk FBC Media menyedikan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan.

“Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta,” kata Najib.
 

KENAPA KECUH BILA LIM GUAN ENG NAK TURUN SEGAMAT ?

Beratus penduduk Segamat yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini.

Pada lewat petang tadi dilaporkan juga kekecohan tercetus antara para penduduk Segamat dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar dalam menghalang pendemo dari memasuki perkarangan lokasi ceramah.

Pihak Polis turut menghantar FRU bagi mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dilaporkan masih lagi belum sampai ke lokasi ceramah yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam ini.

Menurut pendemo yang berada dilokasi demo aman yang diadakan ini adalah bagi membantah kunjungan Lim Guang Eng dari menjejakkan kaki ke negeri Johor ekoran penghinaan yang dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tersebar baru baru ini dalam memburuk burukkan negeri Johor dihadapan diplomat asing di Singapura.

Laporan dari KL Pos

HOSPITAL BARU UNTUK HULU SELANGOR ~ DR XAVIER JAYAKUMAR

KUALA KUBU BHARU, 11 OKTOBER : Kerajaan Selangor bersedia untuk menyediakan tanah untuk pembinaan Hospital baharu untuk daerah Hulu Selangor namun pembinaannya bergantung kepada kerjasama kerajaan pusat untuk mendirikannya dalam masa terdekat.

Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata demikian dalam lawatan kerja ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
“Kerajaan Negeri bersedia memberikan tanah untuk pembinaan sebuah hospital baru di daerah Hulu Selangor tetapi beliau tidak yakin hospital tersebut akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau telah ditemani pengarah hospital, Dr. Jasmeet Singh untuk melawati wad kanak-kanak dan Ibu Bersalin disamping memberikan sumbangan kepada mereka.
Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah Ketua Cabang Keadilan Hulu Selangor, Nazar Yakin, Penyelaras Dun Ulu Bernam, Haji Shukor dan Penyelaras Dun Batang Kali, Khalid Jaafar.
Dalam ucapan selepas lawatan tersebut, Dr. Xavier mengatakan bahawa lebih 70% daripada rakyat mendapatkan khidmat perubatan dari hospital-hospital kerajaan kerana kosnya jauh lebih rendah berbanding hospital swasta.
“Beban kerja para doktor serta kakitangan hospital semakin berat apabila seorang doktor kerajaan harus merawat 200 pesakit pada satu-satu masa,’ katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan kelewatan pembinaan Hospital Shah Alam yang dirancang mempunyai lebih 250 katil tetapi telah dua tahun lewat dari tarikh siapnya.
Beliau juga mengatakan bahawa penyakit-penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti semakin meningkat dari setahun ke setahun. Ujarnya lagi lebih 3,500 kes pesakit kencing manis baru dilaporkan setiap tahun dan peningkatan ini membimbangkan pihak berkuasa.
“Kes-kes demam denggi semakin menurun secara keseluruhannya di Negeri Selangor tetapi kes-kes baru masih dilaporkan di kawasan Bukit Beruntong dan kawasan persekitarannya kerana terdapatnya banyak rumah-rumah serta premis rumah kedai yang terbengkalai dan tidak berpenghuni yang menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

KONVOKESYEN UNISEL ~ 15-17 OKT 2011

SHAH ALAM 12 Oktober : Kira-kira 4,000 graduan akan menerima ijazah dan diploma pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) keenam yang akan berlangsung pada 15-17 Oktober ini.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat, Unisel Rosniza Mohamad Rasol berkata buat pertama kalinya Unisel menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada bekas Perdana Menteri Jordan yang pernah dilantik selama dua penggal iaitu pada 1993 – 1195 dan 1997 – 1998, Profesor Abdel Salam Majali,86,juga seorang tokoh akademik tersohor yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan perubatan tinggi dan saintis Islam.
“Istiadat konvokesyen yang penuh gilang-gemilang itu akan dijalankan dalam enam sidang dan disempurnakan oleh Canselor Unisel,YAD Raja Tan Sri Datuk Seri Arsyad Raja Tun Uda pada sidang pertama,” katanya dalam kenyataan media.
Menurut Rosniza lagi daripada jumlah berkenaan,10 graduan (dua dari Sumatera, Indonesia) akan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Phd), 81 orang menerima Ijazah Sarjana, 1,759 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda, manakala 2,021 menerima diploma dan 152 lagi penerima Sijil Program Asas.
Bagi memeriahkan majlis konvokesyen tahun ini,Festival Konvokesyen (Feskon) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) membabitkan penyertaan pelbagai gerai jualan,sukaneka,konsert nasyid dan kebudayaan di tapak pesta berhampiran Dewan Utama, Unisel Bestari Jaya bermula 12 hingga 17 Oktober ini.
“Pelbagai gerai jualan seperti gerai jualan makanan,bunga cendermata, pakaian dan sebagainya disediakan untuk orang ramai khususnya kepada keluarga graduan untuk membeli-belah dan menjamu selera,” katanya.

Selasa, 11 Oktober 2011

ADUN RAWANG YB GAN MOHON PERDANA MENTERI DS NAJIB SELESAIKAN ISU-ISU RAKYAT RAWANG

RAWANG~ADUN Rawang, YB Gan Pei Nei menyeru Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak supaya menyelasaikan lima isu utama yang melibatkan kerajaan persekutuan di Kawasan Rawang. Katanya, beliau mewakili penduduk Rawang mengalu-alukan lawatan kerja perdana menteri ke pekan Rawang hari ini. Bagaimanapun, beliau ingin menarik perhatian perdana menteri supaya meyelesaikan isu sistem jalan dan pengangkutan, keselamatan, kabel kuasa tinggi TNB, penambahan Sekolah Rendah Tamil serta kompleks sukan seperti yang tersenarai di bawah:
1)  Menaik taraf dan melebarkan semua Jalan Persekutuan dalam kawasan Rawang iaitu Jalan FT3209,FT01 dan B27 dari Selayang – Pekan Rawang – Sungai Choh serta Pekan Rawang- Bandar Country Homes- Bandar Tasik Puteri- Batu Arang –Ijok.  Setiap hari, terdapat kira-kira 370 ribu kereta yang menggunakan Jalan Persekutuan FT 3209 dari arah Pekan Rawang ke Batu Arang.  Kesesakan lalulintas sentiasa berlaku di depan Tol PLUS Rawang. Pada Disember 2010, Menteri Kerja Raya telah mengumumkan bahawa 9km Jalan Persekutuan tersebut akan dinaik taraf, tetapi pada peringkat terkini, cuma 1.6km yang sedang dijalan.
2)  Memecahkan kawasan Rawang menjadi Ibu Pejabat Polis Daerah Rawang, serta mebina sebuah Balai Polis di Bandar Country Homes bagi meningkatkan tahap keselamatan dan membanteras jenayah di Rawang.  Balai Polis Rawang serta bilangan polis yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah populasi Rawang seramai 200,000 orang akibat pembangunan yang pesat di Rawang.  Kini, nisbah bilangan polis kepada penduduk Rawang adalahh 1:4000 orang, sedangkan kadar yang  ideal ialah 1:250.
Mengikut Rancangan Pembangunan Rawang, sebidang tanah telah digazetkan untuk membina Balai Polis di Bandar Country Homes, tetapi tidak dapat dijalankan kerana tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kementerian Dalam Negeri.
3)  Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor supaya mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengadakan laluan alternatif dan tidak menggunakan laluan di Kampung Sungai Terentang sebagai laluan kabel kuasa tinggi 275kv bagi projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR). Laluan di kampung dan sekolah akan menjejaskan kesihatan penduduk kawasan sekitar dan murid.
4) Membina sebuah Sekolah Rendah Tamil baru (SJKT) di Rawang.  Kini, Rawang hanya mempunyai sebuah SJKT dan jumlah murid telah meningkat kepada 1,500 orang.  Infrasturktur dan kemudahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang meningkat dari Rawang,Kuang dan Kundang.
5)  Oleh sebab padang awam di Pekan Lama Rawang telah ditukar milik dan dibangunkan sebagai pusat perniagaan, penduduk Rawang telah kehilangan tempat rekreasi untuk aktiviti riadah.
“Saya ingin menyeru Kementerian Belia dan Sukan membina sebuah kompleks sukan kepada penduduk Rawang.
“Saya berharap Perdana Menteri bukan sahaja mengumumkan peruntukan, tetapi juga menyelesaikan masalah yang relevan dengan penduduk Rawang bagi menunjukkan Kerajaan Persekutuan memang prihatin dan mengutamakan rakyat” tegas Gan.
Perdana menteri dijadual mengadakan tinjauan mesra ke pekan Rawang pada jam 2.45 petang ini.
Beliau kemudiannya akan mengadakan sesi tinjauan mesra ke Taman Prima Gombak dengan menaiki bas dari Pekan Rawang.
Pada sebelah paginya, Najib menghadiri majlis mesra rakyat di balai masyarakat Ladang Tuan Mee, Ijok, diikuti dengan lawatan ke tapak cadangan jalan penghubung di Bandar Tasik Puteri Kundang, dan menghadiri majlis bersama rakyat di SRJK(C) Kundang.
-Malaysiakini-

Isnin, 10 Oktober 2011

SEKITAR BUKIT BERUNTUNG/BUKIT SENTOSA~ 8 OKT 2011 SABTU !!!!!

 FESTIVAL JALANAN HULU SELANGOR, BUKIT BERUNTUNG
JOM SHOPPING BERSAMA WARGAEMAS DI TESCO BKT BERUNTUNG 
@8 OKT 2011 SABTU 

PECUTAN AKHIR SPM DI PERPUSTAKAAN NEGERI SHAH ALAM ~ TAHNIAH PESERTA PTRS DUN BATANG KALI


Sabtu, 8 Oktober 2011

HELAH PILIHANRAYA PUNYA BAJET ~ DS ANWAR

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2012 yang baru sahaja dibentangkan sebagai tidak realistik dan merupakan satu lagi helah menjelang pilihan raya umum ke-13.
Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu juga disifatkan Anwar sebagai “menjanjikan banyak perkara tetapi tiada perincian tentang meningkatkan pendapatn negara atau ketelusan”, lapor The Malaysian Insider.
“Ia tidak realistik. Amat jelas satu helah pilihan raya. Dalam 10 tahun lepas, anggaran pertumbuhan, defisit dan pelaburan asing sentiasa berbeza dengan angka sebenar,” kata Anwar.
Najib sebentar tadi mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara tahun 2012 pada kadar 5 ke 6 peratus, satu anggaran yang dikritik penganalisa ekonomi sebelum ini sebagai tidak realistik.
Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Rakyat pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 4 ke 4.5 peratus sahaja.
Anwar seterusnya menambah bahawa Najib membentangkan satu belanjawan yang “diciplak dari Pakatan Rakyat tetapi tidak mampu dilaksanakan BN”.
Antaranya adalah bantuan RM500 wang tunai setahun kepada isirumah dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM3000.
Ia hampir sama dengan bantuan RM1000 setahun kepada isirumah yang layak seperti dibentangkan Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua sebelum ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21513

Khamis, 29 September 2011

TG NIK AZIZ - UMNO YG MASIH HALANG HUKUM HUDUD

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz :

Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah.
Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat2 kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan apatah lagi kerana ia tidak menyentuh non muslim.
Tinggal lagi sekarang, kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO yang masih menghalang hasrat kami.

Isnin, 26 September 2011

PR YAKIN MENANG DAN RAMPAS KEMBALI KERUSI DUN BATANG KALI

BATANG KALI - “Kita serius hadapi PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, sebab kita mahu menang kali ini,” kata Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Muhamad Nazar Yakin selepas menghadiri Mesyuarat Jentera Pilihan Raya (JPR) PKR Dewan Undangan Negeri (Dun) Batang Kali, di sini, kelmarin.
Muhamad Nazar berkata, PKR akan memanfaatkan masa yang ada untuk meyakinkan rakyat dan menggerakkan seluruh jentera sebelum tibanya PRU.
“Kita bertanding di peringkat Parlimen dan kita perlukan jentera yang kuat di setiap Dun, usaha ini akan digerakkan dengan bantuan komponen Pakatan Rakyat (PR) lain untuk merampas kembali Parlimen ini dan seluruh kerusi Dun,” katanya.
Dalam mesyuarat JPR itu, beberapa usul turut dikemukakan khususnya mengenai pemilihan calon tempatan yang akan bertanding pada PRU13 nanti.
Mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha PKR Cabang, Romeyzee Zainuddin itu turut dihadiri Timbalan Ketua PKR Cabang, Mustafa Kamal Sapinggi dan Pengarah Dun Batang Kali, Mat Rahat Ibrahim.
Sementara itu, Mustafa turut melahirkan keyakinan PR mampu menang dan merampas kembali Parlimen daripada Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, rakyat semakin matang, jentera yang disusun juga sudah mampu mengatur strategi menumpaskan lawan.
“Kita yakin PR boleh menang, bukan saja di Parlimen malah di kesemua kerusi Dun, jentera yang matang setelah melalui beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sudah mampu menewaskan parti lawan,” katanya.
Dalam pada itu, Mat Rahat menasihatkan ahli parti dan penyokong supaya tidak mudah mengalah dengan menterjemahkan sokongan serta harapan mereka melalui undi.
Menurutnya, penyokong parti perlu berkorban, ikhlas dan sabar serta mengikut strategi parti ketika menentang jentera BN.

Khamis, 22 September 2011

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar tahun 1990-an - atas arahan Umno.
Ditolak untuk sertai kelab Ketua2 PR...atau tumpang lalu ustaz dan tuan haju.......

BANYAK TU K/P PALSU ~ 60,000

KUALA LUMPUR 20 SEPT : Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar tahun 1990-an - atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat-naikkan di portal pembocor maklumat Wikileaks memetik bekas ketua Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) Malek Husin sebagai mendakwa bahawa Rashid mengakui perkara ini dalam pertemuan peribadi di rumah Rashid pada 25 Oktober, 2006, lapor Malaysiakini.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid juga mengesahkan Umno telah melancarkan kempen 'kotor' pada tahun 1990-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai sehingga 1994 oleh PBS yang berada di barisan pembangkang ketika itu.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan mereka pendatang beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin-pemimpin tempatan sama ada di dalam mahupun di luar BN berulang-kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Adalah didakwa keadaan semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang kini dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ini adalah operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan ejen-ejen mereka - dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot dengan sebegitu mendadak.

DYMM SERI PADUKA YG DIPERTUAN AGONG MELAWAT NEGERI SELANGOR..

KLANG 21 SEPTEMBER : Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Selangor.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Padang Mahkota, Istana Alam Shah di sini pada 10 pagi tadi, disambut oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tuanku Mizan kemudian menerima sembah tabik Hormat Diraja sebelum lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor dimainkan oleh pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi yang diketuai Mejar Zailani Mohd Okhtat. Ia disusuli dengan tembakan meriam 21 das.
Tuanku Mizan kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi, diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali.
Seri Paduka Baginda berdua kemudian berangkat ke Masjid Istana Diraja dan Galeri Kereta Diraja di Istana Alam Shah sebelum menghadiri beberapa acara pada petang ini.

KES MAT SABU NI KES KARUT ~ PEGUAM MAT SABU

BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali. 

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.
Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun  mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.

Isnin, 19 September 2011

BENGKEL PECUTAN AKHIR SPM 2011, PERPUSTAKAAN NEGERI SHAH ALAM (17 SEPT 2011)

Sebahagian daripada 150 pelajar telah menghadiri bengkel menghadapi peperiksaan SPM tahun ini di Ruang Auditorium Perpustakaan Awam Negeri di Seksyen 13, Shah Alam pada 17 Spetember (Ahad) baru-baru ini. Penyertaan peserta dari kawasan Dun Batang Kali, Dun Hulu Bernam dan Dun Rawang telah berjaya membuka minda pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di kawasan Dun masing-masing ~ Ihsan SASMediaHuluSgr