Khamis, 22 September 2011

DYMM SERI PADUKA YG DIPERTUAN AGONG MELAWAT NEGERI SELANGOR..

KLANG 21 SEPTEMBER : Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Selangor.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Padang Mahkota, Istana Alam Shah di sini pada 10 pagi tadi, disambut oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tuanku Mizan kemudian menerima sembah tabik Hormat Diraja sebelum lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor dimainkan oleh pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi yang diketuai Mejar Zailani Mohd Okhtat. Ia disusuli dengan tembakan meriam 21 das.
Tuanku Mizan kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi, diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali.
Seri Paduka Baginda berdua kemudian berangkat ke Masjid Istana Diraja dan Galeri Kereta Diraja di Istana Alam Shah sebelum menghadiri beberapa acara pada petang ini.

Tiada ulasan: