KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2012 yang baru sahaja dibentangkan sebagai tidak realistik dan merupakan satu lagi helah menjelang pilihan raya umum ke-13.
Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu juga disifatkan Anwar sebagai “menjanjikan banyak perkara tetapi tiada perincian tentang meningkatkan pendapatn negara atau ketelusan”, lapor The Malaysian Insider.
“Ia tidak realistik. Amat jelas satu helah pilihan raya. Dalam 10 tahun lepas, anggaran pertumbuhan, defisit dan pelaburan asing sentiasa berbeza dengan angka sebenar,” kata Anwar.
Najib sebentar tadi mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara tahun 2012 pada kadar 5 ke 6 peratus, satu anggaran yang dikritik penganalisa ekonomi sebelum ini sebagai tidak realistik.
Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Rakyat pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 4 ke 4.5 peratus sahaja.
Anwar seterusnya menambah bahawa Najib membentangkan satu belanjawan yang “diciplak dari Pakatan Rakyat tetapi tidak mampu dilaksanakan BN”.
Antaranya adalah bantuan RM500 wang tunai setahun kepada isirumah dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM3000.
Ia hampir sama dengan bantuan RM1000 setahun kepada isirumah yang layak seperti dibentangkan Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua sebelum ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21513
2 ulasan:
Memang benarlah kata DSAI tu..Aku pun dah naik meluat dengan Belanjawan setiap tahun.Tak tengok pun...Tak ada apa apa pembaharuan,kejadah apa nak tengok?Tak pernah sekali pun disebutkan penurunan harga barangan keperluan harian yang ditanggung oleh rakyat.Sebelum pilihan raya bolehlah umumkan macam macam malah baru saja beberapa hari belanjawan dibentangkan, stesen stesen radio dah war warkan peringatan mengenai cukai pendapatan dan akibat dari kegagalan membayar cukai antaranya peringatan mengenai denda dan sekatan paspot antarabangsa..
Seperkara lagi,apa jadi dengan belanjawan 2 tahun sebelumnya?Sudah dilaksanakan?Apa rakyat dapat selain dari kenaikan demi kenaikan harga barang keperluan?
Jadi dalam PU13 mungkin sesuatu kejutan akan dialami oleh kerajaan BN apabila mereka dihukum semula oleh rakyat dimeja undi!Tak ada apa yang boleh dibanggakan dengan kerajaan BN yang ada sekarang...
Buatlah bajet macamana pun...jangan ingat kakitangan dapat apa yang disebutkan..
contohnya kakitangan HKL.Sepatutnya peruntukan kain untuk uniform bagi tahun lepas 4 pasang dan duit RM600 untuk tempah uniform.Tapi kami cuma dapat 2 pasang kain untuk dibuat uniform dan wang RM200 sahaja.Kemana lagi 2 pasang kain untuk buat uniform dan kemana duit RM400 lagi?Itu hak kami!Siapa yang menggelapkan duit dan kos membeli 2pasang uniform untuk kakitangan HKL?Kalau tiap seorang disonglap RM400 bayangkanlah kakitangan beruniform diHKL lebih 1000 orang.SPRM tolong siasat perkkara ini!!!
Catat Ulasan