Jumaat, 29 April 2011

MAJLIS PENERANGAN SKIM MIKRO KREDIT PEJABAT DUN BATANG KALI, BUKIT SENTOSA 3 MEI 2011 SELASA 9 PAGI


(Gambar Sesi ke4 28 April (Khamis 9 pagi Bersama Tuan Hafiz, Pengurus SKIMSEL Cawangan Hulu Sgr dan Sdr Azlan)
Semua warga Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dijemput hadir mendengar taklimat berkenaan Skim Mikro Kredit Selangor di pejabat PKR DUN batang Kali - Bukit Sentosa pada hari Selasa 3 Mei 2011 Jam 9pg. Sehingga kini sudah hampir 205 orang telah diluluskan permohonan SKIMSEL ini bagi kawasan daerah Hulu Selangor..Semua dijemput datang.

Isnin, 25 April 2011

PELAJAR DARI PTRS DUN BATANG KALI MEMBACA IKRAR ...

Lebih dari 40 pelajar dari Program Tusiyen Rakyat Selangor (PTRS) Dun Batang Kali telah menyertai lebih 1500 pelajar SPM dari seluruh negeri Selangor untuk menghadiri Pelancaran PTRS di peringkat negeri, bertemmapat Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada Ahad lepas.Tahniah kepada adik Muhammad Amiruddin Syafiq yang mengetuai pasukan ikrar pada majlis tersebut dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya rakanniaga dari kawasan yg berdekatan.

Sabtu, 23 April 2011

Yayasan Selangor Kendali Projek Lahirkan Usahawan

PETALING JAYA 22 April - Yayasan Selangor menganjurkan Program Pembangunan Pendidikan Sepanjang Hayat dalam usaha memberikan pendidikan berterusan bagi melahirkan insan berakhlak mulia dan berketerampilan.

Program dinamakan Pembangunan Pendidikan Sepanjang Hayat dan Pembangunan Ekonomi Komuniti Menerusi Program Pembangunan Usahawan Yayasan Selangor (PPUYS) “Asset Based Community Development’ (ABCD) itu dirasmikan di Dewan Yayasan Selangor.
Perasmian program pendidikan sepanjang hayat anjuran Yayasan Selangor itu disempurnakan oleh Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki dan pengasas program iaitu Pengurus Kanan Modal Insan, Dr Kamari Kasan.
Ilham dalam ucapannya menjelaskan, program berkenaan mempunyai objektif yang cukup jelas iaitu membantu usahawan di Selangor mendapatkan pendidikan asas perniagaan di samping membantu menyediakan peluang perniagaan yang berpotensi kepada usahawan baru di Selangor.
“Di bawah idea dan dasar lifelong learning pula, Yayasan Selangor telah mula mengaturkan program ABCD atau Asset Based Community Development di bawah usaha ini, Yayasan Selangor bertindak proaktif dan turun terus ke dalam masyarakat tiap kampung/desa untuk melakukan kerja-kerja Asset Mapping dan kepakaran berkenaan adalah satu-satunya kepakaran unik Yayasan Selangor yang selama ini tidak dijelmakan menerusi pernyataan visi & misinya,”katanya.
Yayasan Selangor ujarnya, bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta yang dilantik menawarkan peluang perniagaan terpilih disertakan dengan modal perniagaan daripada institusi-institusi kewangan.
Sementara itu menurut Dr Kamari pula, program modal insan ini merupakan aset Yayasan Selangor yang sebelum ini tidak disentuh secara serius.
“Kita cuba memecahkan satu sudut asset dalam Yayasan Selangor yang selama ini tidak pernah di sentuh secara serius  walaupun asset itu telah lama diamanahkan  kepada Yayasan Selangor . Tetapi oleh kerana gagalnya memecah  persoalan itu bukan sahaja Yayasan Selangor malah dunia, maka kebetulan pula kepakaran itu ada pada kita sekarang,maka mulai sekarang kita meneroka aspek yang tidak terpecah itu,” katanya.
Menerusi model dan sistem Teknologi Ilmu Kamarika dan Brain Mapping Kamarika serta menggunakan semua aset asas yang sedia ada di Yayasan Selangor, ia dijangka mampu mencapai kumpulan sasar yang diharapkan.
Malah menurut Kamari, peluang perniagaan ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, bukan sahaja bagi rakyat Selangor malahan untuk semua rakyat Malaysia.

Khamis, 21 April 2011

Kunjungan mesra rakyat (Dun Batang Kali - Rabu 20 Apr 2011)




Satu program kunjungan mesra rumah ke rumah telah dibuat pada Rabu 20 Apr lepas isya' ke kawasan Apartmen Dahli, Taman Bunga Raya, Bkt Beruntung. Sdr Nashruddin selaku Penyelaras Dun Batang Kali telah berkunjung ke rumah seorang ibu tunggal yg baru kematian suami dgn tangungan 8 org anak bersama Ahli-ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Pn Maria Bien, Tuan Hamiruddin Pardi semalam.  Kunjungan juga dibuat ke rumah anak khariah yang baru menyambut kelahiran anak TAWAS di kawasan yang sama. Turut sama didalam majlis tersebut adalah Naib Ketua Wanita PKR Hulu Selangor, Pn Norhayatie dan pegawai-pegawai dari Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali.

Majlis yang turut diraikan oleh Pengerusi Surau Abu hanifah, Blok D Apat Dahlia dan Imam Surau berkenaan telahdiberikan penerangan berkenaan tawaran kerajaan negeri Pakatan Rakyat berkenaan Program Merakyatkan Ekonomi Selangos (MES). Majlis di surau berkenaan yang bermula dari solat maghrib di akhiri dengan kunjungan kerumah-rumah ahli khariat selepas solat isya'.

Selasa, 19 April 2011

Tahniah kpd semua peserta PTRS Dun Batang Kali (Bengkel Smart Learning 17 Apr 2011 Ahad)


Seramai 200 pelajar SPM dari sekitar dari DUN Templer, Rawang, Batang Kali dan Hulu Bernam telah menyertai satu program motivasi dibawah kelolaan pakar motivasi terkenal, Sdr Osman Affan baru-baru ini di Auditorium FRIM Kepong.
Program motivasi selama sehari itu telah berjaya dimanafaatkan oleh semua pelajar yang merupakan peserta-peserta dari Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran malaysia (SPM) pada tahun ini. Antara lain kandungan program motivasi tersebut termasuklah pembelajaran melalui kaedah ingatan (mind mapping) dan penguasaan asas ingatan terhadap pembelajaran didalam kelas.
Nur Syafiqah Idris, 17 tahun dari Sekolah Menengah Bukit Sentosa 2, Rawang ketika di temui menyatakan kesyukuran dan rasa terima kasih kepada penganjur program yang memberikan kesempatan dan peluang kepada beliau dan rakan-rakan dari sekolah yang sama untuk menghadiri program motivasi tersebut. Beliau akan menggunakan semua teknik pembeljaran yang disampaikan dan akan berusaha tekun untuk menghadapi SPM tahun ini.
ShaifulAnuar Sulaiman, Koordinator Pembangunan Insan DUN Batang Kali berkata Program seperti ini adalah sebahagian dari pengisian oleh PTRS pada tahun ini selain dari bengkel menjawab soalan SPM, Solat Hajat Perdana dan Pecutan Akhir.  PTRS itu sendiri akan dilancarkan di peringkat negeri pada 24 April 2011 (Ahad) ini pada jam 3 petang oleh Dato Menteri Besar Selangor, Tans Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya lagi, PTRS juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas berdasarkan pengalaman.
PTRS menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas yang sudah bermula sejak bulan Mac dibuka setiap Ahad dari jam 9pagi sehingga 1 petang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali. 
Program tersebut telah di rasmi penutupnya oleh Sdr Mokhtar dari Setiausaha Penyelaras DUN Templer.

MAJLIS PENERANGAN SKIM MIKRO KREDIT DI DUN BATANG KALI (16 APR 2011 SABTU 3 PTG)



Selasa, 12 April 2011

MAJLIS TAKLIMAT SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR (SKIMSEL) DUN BATANG KALI


Satu majlis taklimat akan diadakan pada 16 April (Sabtu) Jam 3 ptg bertempat di pejabat Pusat Khidmat Rakyat PKR Dun Batang Kali (Bukit Sentosa). Semua penduduk terutama penjaja, ibu tunggal dan peniaga pasar malam di jemput bersama mendengar taklimat dari pegawai SKimSel tersebut. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sdr Shaiful 0193291967. Terima kasih.

Jumaat, 8 April 2011

MANA PENTING, POLITIK LUCAH ATAU POLITIK NILAI UNTUK RAKYAT

KUALA LUMPUR, 7 April: Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi, kebangkitan rakyat,  kegagalan sistem ekonomi 'kapitalis' sehingga ada negara menjadi muflis, namun negara terperangkap dalam politik 'selak kain'.Demikian kata Badrulhisham Shahrin atau Cikgu Bard dalam satu kenyataannya bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM."Tidak tahu dimana salahnya , adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain - pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala 'desparado'," kata beliau dalam kenyataannya.Bagi beliau, ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea,  Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat.

"Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru 'desparado'nya politik hingga sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang," katanya.

Buku yang terdapat gambar - gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka.

Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini di edar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang pos ke rumah, katanya bimbang.

"Apa yang ibu atau bapa hendak jawab apabila di asak dengan soalan kenapa begini mengapa begitu selepas anak - anak kecil melihat sendiri buku lucah tersebut....atau lebih parah lagi ada anak yang menyimpan dan meniru perbuatan dalam b uku lucah tersebut.... Mana pergi pemikiran waras orang - orang politik yang bertindak sedemikian rupa ?" kata beliau.

Beliau menyalahkan, media tradisi seperti Utusan Malaysia yang menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buliten Utama TV3... "mana pergi nilai kewarasan manusia ? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut."

Beliau juga kesal dengan Datuk Seri Nazri Abd Aziz yang sentiasa mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah (selagi tidak bersifat keuntungan kewangan) malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim.

"Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai?" soal Badrul.

SAMM, katanya, dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik 'kotor' dan tidak mendidik ini.
SAMM mendesak agar pemain - pemain utama politik Malaysia agar kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat. Perdebatan harus dilandaskan dari segi polisi, dasar dan idea. "Negara kini berada ditahap membinbangkan dari terjunnya ke bawah nilai daya saing, rasuah yang makin meningkat dan kos hidup yang main menjerut rakyat....atas semua ini rakyat memerlukan ahli politik yang lebih matang," katanya.Menyerang dari segi politik tidak salah termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tak bernilai seperti politik selak kain, tegas beliau."Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar. Katanya, sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.... namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja."Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli - ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan," katanya.

SELANGOR KOMITED MENEPATI KONSEP SYARIAH ISLAM DALAM MES

SHAH ALAM 8 April : Kerajaan Negeri Selangor komited dalam memastikan setiap pembangunan di negeri ini menepati konsep syariah yang mengutamakan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan status ekonomi.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata konsep syariah ini akan diterapkan dalam semua program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah diperkenalkan sejak 2008 dan kini telah memasuki fasa ketiga.
Beliau berkata, program-program itu adalah bukti jelas bahawa kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan telus dan cekap, selaras dengan tuntutan syariah Islam.
“Seluruh jentera Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha memastikan ketelusan, pertanggungjawaban dan tata-kelola yang baik menjadi prinsip panduan dalam pentadbiran dan pembangunan negeri,” katanya.
Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan Seminar Maqasid Syariah: Pembangunan Ekonomi Selangor kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak di Shah Alam.
Maqasid Syariah atau tujuan syariah adalah satu panduan pelaksanaan mengikut hukum Islam yang menjamin kebaikan kepada semua dan menghindarkan kemudaratan atau keburukan.
Maqasid syariah ini meliputi lima teras utama iaitu pemeliharaan agama dengan menolak perkara-perkara khurafat, tahyul dan munafik; pemeliharaan akal dengan cara menambah ilmu dan mengamalkannya; pemeliharaan manusia dengan mengelak perbuatan mengancam keselamatan diri sendiri dan orang lain; pemeliharaan keturunan dengan memuliakan keperibadian dan menjauhi zina, fitnah, pembohongan; pemeliharaan harta dengan menolak rasuah, dan riba dan judi.
Seminar ini bertujuan memberikan satu landasan baru dan skop pandangan yang lebih luas kepada pegawai dan kakitangan kerajaan Selangor berkaitan pembangunan ekonomi negeri.
Ini bagi memastikan pembangunan di Negeri Selangor berkonsepkan syariah Islam supaya Selangor terus berkembang pesat, selaras dengan statusnya sebagai sebuah negeri maju.
Pada seminar ini, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Datuk Dr Siddiq Fadhil menyampaikan syarahan kepada peserta manakala ucapan penggulungan disampaikan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selasa, 5 April 2011

TS KHALID IBRAHIM - RAKYAT BERHAK PEROLEHI GERAN TANAH

KALUMPANG - Kerajaan Negeri menyedari wujud kontroversi berkaitan permohonan tanah di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, antara masalah yang timbul membabitkan permohonan tanah kosong atau tidak diusahakan selain permohonan tanah berstatus pendudukan tanah sementara (TOL). Menurutnya, Kerajaan Negeri memutuskan untuk tidak memberikan hak pemilikan tanah kepada pemohon bagi permohonan di tanah-tanah kosong. “Kita juga tidak memberikan hak kepada tanah yang disewakan seperti kebanyakan dibuat pemilik TOL yang menyewakan tanah mereka kepada orang lain. “Bagaimanapun, penyewa ada hak untuk memohon dan memperoleh hak milik tanah sekiranya menduduki tanah tersebut untuk tempoh 10 hingga 15 tahun,” katanya selepas menyampaikan Borang 5A kepada 27 penduduk Kampung Sejantung di sini kelmarin. Hadir sama pada program itu, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Elizebert Wong, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Penghulu Mukim Kalumpang, Abdul Ghani Surani serta beberapa Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor. Khalid berkata, tujuan Kerajaan Negeri melaksanakan pendekatan tersebut untuk memberi keutamaan dan kelayakankepada semua rakyat memiliki rumah sendiri. Menurutnya, menerusi pendekatan itu Kerajaan Negeri dapat memastikan semua rakyat yang mengusahakan tanah memperoleh hak pemilikan tanah. Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri berhasrat menjayakan usaha setinggan sifar yang lebih berkesan dengan memberikan rakyat hak yang sewajarnya diperolehi.
Sementara itu, Khalid berkata, Kerajaan Negeri telah menyelesaikan lebih 80,000 masalah pemilikan tanah di Selangor dalam tempoh tiga tahun pentadbirannya di negeri ini. Beliau berkata, penyelesaian itu meliputi pemberian geran tanah dan borang 5A di mana penyelesaian menerusi pendekatan berbeza dilakukan kerajaan terdahulu yang menggunakan TOL yang dilihat tidak menyelesaikan masalah pemilikan tanah rakyat. Khalid turut mengakui wujud lebih 100,000 permohonan geran tanah di negeri ini dan menurutnya jumlah tanah yang ada mampu menampung jumlah permohonan itu sekiranya diteliti. Dalam pada itu, Khalid meminta kerjasama ketua-ketua kampung dan masyarakat memberi kerjasama kepada pegawai daerah dan penolong pegawai untuk melaksanakan pemantauan seterusnya menyelesaikan masalah permohonan geran dikemukakan penduduk di kawasan masing-masing.

Ahad, 3 April 2011

TS KHALID - PELAN TERSUSUN UNTUK WARGA FELDA MENJELANG 2025

KUALA KUBU BHARU - Pembangunan yang kian rancak memungkinkan warga peneroka di tanah rancangan Felda termasuk Orang Asli akan kehilangan hak di atas tanah dan usaha mereka selama ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan kajian dilakukan, lebih 90 peratus dari kawasan tanah di Selangor bakal menjadi kawasan bandar menjelang 2025 sekali gus boleh meminggirkan hak warga peneroka dan Orang Asli sekiranya tiada perancangan teliti dilakukan. “Sebab itu, Selangor perlu memikirkan pelan rancangan pembangunan lebih tersusun khusus warga di tanah rancangan Felda dan Orang Asli. “Kerana kita dapati wujud masalah membabitkan warga Felda dan Orang Asli sehingga hasil usaha mereka selama tidak diperoleh sewajarnya dan ini mendorong Kerajaan Negeri terpaksa memperbetulkan dan melaksanakan usaha baru agar mereka tidak tertindas dan ketinggalan,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal 2011 di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Task Force Felda Negeri Selangor, Shamsul Iskandar Mohd Akim, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar dan Elizebeth Wong Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail. 
Khalid berkata, banyak contoh usaha dilakukan pemaju di tanah-tanah rancangan Felda namun, semuanya tidak mendatangkan hasil kepada mereka yang wajar menerimanya. Beliau mengambil contoh bekas tanah rancangan Felda Sungai Buaya di sini yang menjadi bukti usaha kosong kerajaan terdahulu yang akhirnya hanya menindas rakyat. “Bukan saja peneroka kehilangan tanah malah pendapatan pun tidak ada. Ini bukan perkara aneh tapi sudah jadi kebiasaan. “Janji-janji pemilikan rumah dengan pulangan melebihi RM750,000 juga tidak berlaku dan yang tinggal hanya janji,” katanya. Menurut beliau, nasib serupa turut dialami Orang Asli yang dijanjikan kediaman banglo atau rumah dua tingkat, bagaimanapun semuanya palsu. Beliau berkata, contoh tersebut perlu difikirkan bersama dan dibangkitkan sebagai perbincangan dalam konvensyen berkenaan. Sementara itu, Khalid berharap konvensyen yang julung kali diadakan itu menjadi medan perbincangan terbaik dalam memikirkan bentuk perancangan pembangunan sesuai untuk warga Felda dan Orang Asli. Menurutnya, sekiranya pengurusan tanah dan hasil pengeluaran Felda dilakukan dengan sempurna pendapatan warga Felda boleh ditingkatkan.

Jumaat, 1 April 2011

BAU BUSUK DI TAMAN INDAH SERENDAH

SERENDAH - 65 keluarga penduduk Taman Indah di sini, terpaksa berdepan dengan limpahan najis dan bau busuk dari rumah sendiri disebabkan masalah sistem kumbahan di perumahan terbabit.

Penduduk, R Singaraja, 41, berkata, dia terpaksa menumpang tandas di stesen minyak dan rumah saudara-mara untuk membuang air atau mandi kerana sudah tidak tahan dengan keadaan tandas rumah yang tersumbat dan melimpahkan najis.
Menurutnya, penduduk mendakwa kolam takungan najis yang tidak diselenggarakan pihak berwajib sejak dua bulan lalu menyebabkan mereka terpaksa melalui hari-hari yang menjijikkan.
“Masalah itu sebenarnya sudah dilalui penduduk sejak lebih tiga tahun lalu, namun, atas inisiatif penduduk mengupah kontraktor membersihkan saluran najis, sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah tersebut.
“Tetapi, sampai bila kami harus menanggung masalah ini, sedangkan ia terletak di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT), pemaju dan syarikat pengendali sistem pembetungan.
Dia berkata, jika dahulu upah untuk melakukan kerja menyedut najis hanya RM500 dan RM600, tetapi sekarang meningkat dan mencecah lebih RM2,000.
Katanya, masalah mereka tidak selesai setakat itu kerana sistem takungan najis di rumah penduduk hanya dapat bertahan dua atau tiga hari selepas dibersihkan.
Menurutnya, sistem saliran bermasalah gagal mengalirkan air menyebabkan bilik air dipenuhi najis dan keadaan itu mengundang kehadiran lalat yang berisiko menyebabkan penyakit.
Penduduk, Boon Koon Poon, 53, berkata, masalah itu akan dapat diatasi sekiranya kolam takungan najis berkenaan diselenggarakan pihak berwajib.

P/S: HARAP AHLI MAJLIS BERKENAAN LEBIH MAIN PERANAN SEBAGAI AHLI MAJLIS YANG BERKESAN, TERLALU BANYAK POLITIK PUN TAK MEMBAWA FAEDAH KEPADA RAKYAT DAN MASYARAKAT!

KONVENSYEN WARGA FELDA DAN ORANG ASAL SELANGOR SABTU 2 APRILL KUALA KUBU BHARU

Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal anjuran Pasukan Khas Felda Negeri Selangor yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bharu pada Sabtu 2 April ini.

Program yang dijadual dirasmikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka disertai kira-kira 1,000 peneroka Felda/Generasi Kedua dan orang Asal.
Ia adalah konvensyen terbesar pernah dianjurkan untuk peneroka Felda/Generasi Kedua dan orang Asal di negeri berkenaan.
Perasmian konvensyen itu dijadual bermula jam 9 pagi, diikuti pembentangan kertas kerja peguam, Surina Suhaimi yang akan diulas Khalid Samad, Sivarasa Rasiah dan Dr Kamari.
Konvensyen berhenti rehat sebelum bersambung jam 2 petang dengan pembentangan kertas kerja Setiausaha Sekretariat Pasukan Khas, Rebin Birham dan Timbalan Pengerusi Biro Warga Felda dan orang Asal, Bob Manolan
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal menyempurnakan penutupan konvensyen itu jam 5 petang.