Seramai 200 pelajar SPM dari sekitar dari DUN Templer, Rawang, Batang Kali dan Hulu Bernam telah menyertai satu program motivasi dibawah kelolaan pakar motivasi terkenal, Sdr Osman Affan baru-baru ini di Auditorium FRIM Kepong.
Program motivasi selama sehari itu telah berjaya dimanafaatkan oleh semua pelajar yang merupakan peserta-peserta dari Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran malaysia (SPM) pada tahun ini. Antara lain kandungan program motivasi tersebut termasuklah pembelajaran melalui kaedah ingatan (mind mapping) dan penguasaan asas ingatan terhadap pembelajaran didalam kelas.Nur Syafiqah Idris, 17 tahun dari Sekolah Menengah Bukit Sentosa 2, Rawang ketika di temui menyatakan kesyukuran dan rasa terima kasih kepada penganjur program yang memberikan kesempatan dan peluang kepada beliau dan rakan-rakan dari sekolah yang sama untuk menghadiri program motivasi tersebut. Beliau akan menggunakan semua teknik pembeljaran yang disampaikan dan akan berusaha tekun untuk menghadapi SPM tahun ini.
ShaifulAnuar Sulaiman, Koordinator Pembangunan Insan DUN Batang Kali berkata Program seperti ini adalah sebahagian dari pengisian oleh PTRS pada tahun ini selain dari bengkel menjawab soalan SPM, Solat Hajat Perdana dan Pecutan Akhir. PTRS itu sendiri akan dilancarkan di peringkat negeri pada 24 April 2011 (Ahad) ini pada jam 3 petang oleh Dato Menteri Besar Selangor, Tans Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya lagi, PTRS juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas berdasarkan pengalaman.
PTRS menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas yang sudah bermula sejak bulan Mac dibuka setiap Ahad dari jam 9pagi sehingga 1 petang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.
Program tersebut telah di rasmi penutupnya oleh Sdr Mokhtar dari Setiausaha Penyelaras DUN Templer.
1 ulasan:
En Saiful, hamba hendak bertanya, PKM Batang Kali siapa yg bertanggung jawab sebenarnya?
Pihak di'sini' sudah pening kepala utk memohon dana aktiviti DUN Batang Kali.
Catat Ulasan