SUNGAI CHOH - Berang dengan sikap berdalih pemaju, seorang daripada 41 pembeli rumah Projek Pembesaran Kampung Koskan di sini, nekad mengadakan demonstrasi seorang diri walaupun tidak mendapat sokongan pembeli lain.
Apa yang diharapkan pembeli ini yang juga seorang guru, tindakannya mampu mematahkan ‘taring’ pemaju yang selama ini didakwa ‘dibela’ pihak tertentu.
Jayaseelan Anthony, 46, berkata, 10 tahun satu tempoh yang lama baginya untuk menantikan rumah teres setingkat bernilai RM97,500 untuk disiapkan.
Menurutnya, malah dalam tempoh itu juga, pelbagai alasan diberikan pihak pemaju kepada pembeli.
“Saya benar-benar marah dengan sikap pemaju yang langsung tidak bertanggungjawab dan sanggup menipu pembeli serta memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai status pembinaan rumah ini.
“Bermula Mac 2001 selepas perjanjian ditandatangani, pemaju sudah mula menunjukkan tanda mereka tidak mematuhi perjanjian dibuat, sehinggalah tahun 2003, iaitu tarikh rumah ini sepatutnya disiapkan,” katanya ketika ditemui ditapak projek tersebut di Kampung Ehsan Ibu di sini semalam.
Jayaseelan berkata, bermula daripada tahun tersebut, dia bersama beberapa pembeli kerap mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil rakyat termasuk membawa kepada kementerian berkaitan, namun tiada penyelesaian.
Menurutnya, apa yang dilakukan pemaju hanyalah mengemukakan pelbagai alasan termasuk melalui surat yang menyatakan kerja sedang berjalan.
Difahamkan, keadaan itu berlarutan selama lima tahun dan projek itu hanya dapat disiapkan pada 2008 setelah desakan pembeli.
Menurutnya, mereka masih tidak boleh mendiami rumah ini kerana segala bekalan asas seperti air dan elektrik belum disalurkan termasuk jalan perhubungan ke perumahan ini.
“Kami sekali lagi mengemukakan surat kepada pihak pemaju berserta deposit dan kos penyambungan elektrik.
“Apa yang memeranjatkan kami apabila menerima surat daripada pemaju bertarikh 19 Januari 2011 meminta kami membayar caj tambahan untuk penyambungan bekalan elektrik sebanyak RM1,282, sedangkan kami telah menjelaskannya dua tahun lalu,” katanya.
Bagaimanapun, Jayaseelan terkejut, apabila pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditemui menjelaskan selama ini pihak mereka tidak pernah menerima sebarang bayaran daripada pemaju terbabit dan surat yang dihantar pembeli pada 2008, baru diterima tahun ini.
Menurutnya, pembayaran yang dituntut pemaju adalah untuk pemasangan pencawang TNB yang dianggarkan RM71,000 kerana kawasan perumahan tersebut memerlukan sebuah pencawang khas.
Hairan dengan tindakan pemaju yang kerap meminta bayaran, Jayaseelan bertindak menyiasat perkara tersebut dan hasilnya beliau mendakwa pemaju telah beberapa kali memanipulasi wang pembeli.
Beliau turut mendakwa, bayaran premium tanah yang sepatutnya dijelaskan kepada pejabat tanah telah dilesapkan pemaju.
Projek Pembesaran Kampung Koskan bermula pada tahun 2001 dan dijadualkan siap pada 2003, namun pemaju gagal mematuhi tarikh perjanjian sehingga berlarutan sehingga tahun ini.
Sebanyak 41 unit rumah teres setingkat sepatutnya disiapkan tetapi hanya 39 unit yang dapat dibina sehingga 85 peratus.
Jayaselan berkata, usahanya membongkar kegiatan penipuan pemaju terbabit telah dilakukan sejak dulu lagi termasuk mendedahkannya ke dalam media cetak dan elektronik, namun semuanya tidak berhasil.
Beliau juga telah mendapat maklum balas daripada Pejabat Exco Kerajaan Negeri berkenaan melalui emel yang dikirimkan, namun belum pasti status penyelesaiannya.
Kontraktor silih berganti
Sementara itu, seorang wakil penduduk kampung, Abd Wahab Shaari, 49, berkata, sejak 16 tahun tinggal di kampung terbabit, beliau perhatikan kontraktor pembinaan projek rumah tersebut silih berganti.
Beliau turut melahirkan rasa terkilan dengan sikap pemaju yang sanggup menipu pembeli dan melesapkan wang haram.
“Saya pasti ramai pembeli muak dengan sikap pemaju sehingga mereka sudah tidak sanggup tampil mengajukan masalah mereka bersama Jayaseelan,” katanya.
Beliau menggesa supaya masalah tersebut mendapat perhatian sewajarnya daripada wakil rakyat dan dapat diselesaikan sepenuhnya.
Hanya mampu beri milikan tanah
Dalam pada itu, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan ketika dihubungi berkata, pihaknya telah beberapa kali mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama pihak pemaju, namun masalah itu gagal diselesaikan.
Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan pemaju berdepan dengan masalah kewangan sehingga sanggup membebankan pembeli.
Beliau berkata, pihaknya tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana pembeli telah membuat perjanjian lebih awal dan segalanya di bawah tanggungjawab antara pembeli dan pemaju.
“Seperkara yang mampu kami lakukan adalah dengan memberikan hak pemilikan tanah kepada pembeli.
“Tetapi, pembeli akan berdepan tanggungan yang besar kerana segala kos pembinaan rumah akan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli,” katanya.
Nor Hisham berkata, permasalahan tersebut turut dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan