Isnin, 8 November 2010

Solat Hajat Perdana utk Pelajar SPM Selangor (7 Nov 2010 Ahad 9pg- 2 ptg)






Majlis Solat Hajat Perdana SPM 2010 selamat disempurnakan oleh YB Dr Pn Hj Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor pada jam 11 pagi di Dewan Sembahyang Mesjid Negeri, Shah Alam pada Ahad semalam. Lebih dari 1,500 pelajar SPM Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dari seluruh negeri Selangor telah menghadiri solat hajat perdana tersebut yang diimamkan oleh Imam Muda Amiril Md Banin. Majlis tersebut yang bermula dengan solat duha pada jam 9 pagi, kemudiannya diakhiri dengan Sesi Motivasi oleh Tuan Idris Zakaria, pakar motivasi dari Pulau Pinang. Pada akhir program, semua peserta bersolat zohor berjemaah.

Turut hadir pada program tersebut, Sdr Shaiful Anuar Sulaiman, Koordinator Pembangunan Modal Insan Dun Batang Kali berkata Program Solat Hajat Perdana yang kali kedua ini lebih bermakna apabila tahun ini di sempurnakan oleh salah seorang Imam Muda dan disamping itu turun mendoakan rakan-rakan pelajar SPM yang sedang berhadapan dengan dugaan banjir besar di Kedah, Perlis. Beliau berharap semua nasihat dari pakat motivasi kali ini dapat di manafaatkan oleh semua pelajar di waktu peperiksaan yang bakal menjelma, disamping ingat kepada pesanan Yb Dr Halimah yang menjadikan semua pelajar SPM sebagai modal Insan Kerajaan Selangor untuk masa depan.

Tiada ulasan: