Khamis, 3 Disember 2009

PUSAT TUISYEN RAKYAT PERCUMA UTK PELAJAR SPM 2010 DI BUKA UTK PENDAFTARAN

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2010 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) kini telah mula dibuka untuk pendaftaran baru dalam kalangan calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) tahun depan. 

PTRS yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan itu merupakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang terbuka kepada semua pelajar Tingkatan Lima. 

Koordinator PTRS DUN Batang Kali, Shaiful Anuar Sulaiman berkata, Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali telah membuka pendaftaran untuk PTRS untuk calon SPM 2010 dan tiada sebarang yuran akan dikenakan untuk proses pendaftaran. 

“PTRS juga satu cara untuk membantu ibu bapa yang kurang berkemam puan untuk menghantar anak mereka mengikuti kelas tuisyen di luar kerana mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk membayar yuran. 

“Mereka (calon SPM) kini boleh mendapatkan borang pendaftaran atau mendaftar terus untuk mengikuti program ini di Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali dan akan terus dibuka sehingga program dimulakan tahun depan,” katanya. 

Katanya lagi, semua ibu bapa mengambil kesempa tan untuk menghantar anak mereka mengikuti kelas tuisyen percuma itu kerana ia dikendalikan guru yang berpengalaman dan apa yang lebih penting, ia adalah percuma. 

“Ia akan melibatkan semua subjek utama dalam peperiksaan SPM seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan subjek lain dan ia akan dikelolakan oleh guru yang berpengalaman dalam subjek masing- masing. 

“Semua pelajar harus belajar secara konsisten serta menumpukan perha tian semasa di dalam kelas dan dengan adanya program PTRS ini diharap akan dapat membantu semua calon SPM meningkatkan tahap kualiti pembelajaran mereka,” katanya. 

Beliau menambah, tuisyen SPM secara percuma yang dianjurkan kerajaan negeri itu adalah satu produk terbaik untuk semua masyarakat menyertainya terutama calon SPM bagi meringankan keluarga yang kurang berkemampuan. 

Semua pelajar dan ibu bapa yang berminat boleh terus menghubunginya di talian 0193291967 untuk pertanyaan dan urusan pendaftaran.

Tiada ulasan: