
Menurutnya perlaksanaan tindakn penguatkuasaan yang bersesuaian mengikut Kanun Tanah Negara 1965 boleh di kenakan kepada pemilik tanah atau pengusaha kilang yang tidak mengendahkan program pemutihan ini. Katanya kebanyakan kilang-kilang haram di Selangor dibina di atas tanah persendirian dan pemilik kilang telah menyalahguna tanah berkenaan. Selain itu, kilang-kilang haran juga wujud di kawasan secara berkelompok.
Menurut Ean, tindakan yang sama akan dikenakan kepada pelabur-pelabur asing yang membina kilang haram di negeri Selangor kerana kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar pilih bulu. “Tidak kira pelabur luar atau dalam negeri tetap tidak dibenarkan membina kilang-kilang yang terletak di tanah rezab sungai,TNB dan sebagainya,tindakan akan dikenakan kepada mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan