Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengatasi masalah kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ditinggalkan Barisan Nasional sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Selangor.
Kadar sewa rumah PPR sebelum ini 124 ringgit sebulan berbanding 250 ringgit selepas Barisan Nasional menaikkan kadar bayaran tersebut akibat kenaikan kos penyelenggaraan sedikit banyak membebankan rakyat miskin di Selangor.
Oleh itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir Iskandar Abdul Samad menjawab pertanyaan ADUN Paya Jaras, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor tentang tindakan kerajaan negeri mengatasi kenaikan kos tersebut.
“Pengurangan telah diberikan kepada penyewa yang berpendapatan seisi rumah RM1,500.00 ke bawah tanpa mengira bilangan isi rumah penyewa tersebut. Manakala penyewa lain yang mempunyai pendapatan bulanan seisi rumah melebihi RM1,500.00 sebulan akan dipertimbangkan pengurangan sewa berdasarkan bilangan anak”, katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi pembentangan Sidang Dewan Negeri di Shah Alam, hari ini.
Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor dibiayai dan dimiliki Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) manakala pengurusan pengisian unit rumah dan penyelenggaraan pula diserahkan kepada kerajaan negeri.
Tambahnya, hasil kutipan sewa PPR itu nanti digunakan sepenuhnya untuk tujuan penyelenggaraan selain kos-kos sampingan setiap tahun seperti premium insurans kebakaran, pembaikan lif dan kerosakan akibat vendalisme.
Dalam pada itu, kerajaan negeri juga berhadapan masalah kedegilan penghuni PPR untuk menjelaskan sewa rumah bulanan yang tertunggak menyebabkan kos penyelenggaraan terpaksa dipikul pihak berkuasa tempatan Selangor.
Sehubungan itu, Iskandar memperkenalkan mekanisme baru untuk menyelesaikan tunggakan sewa dengan mewujudkan program Komuniti Khidmat Masyarakat di setiap PPR Selangor.
“Penyewa-penyewa yang mempunyai tunggakan sewa yang tinggi akan diwajibkan menyertai program komuniti ini untuk melakukan kerja-kerja pembersihan bangunan dan kawasan PPR”, katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan