Rabu, 12 Ogos 2009

MB Minta Unisel Adakan Kajian Program Perniagaan Terhadap Pembiakan Spirulina

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan supaya pihak Universiti Industri Selangor (Unisel) melakukan kajian program perniagaan terhadap pembiakan spirulina untuk dimanfaatkan oleh rakyat Selangor.
Menurutnya, rumpai air atau alga ini didapati sesuai untuk dijadikan produk farmasi dan kesihatan bagi penduduk serta boleh dijadikan makanan utama ternakan seperti ayam, itik, kambing dan ikan.
Beliau berkata, kerajaan negeri sedia membiayai projek penghasilan makanan alga berkhasiat ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Unisel.
“Walaubagaimanapun, keputusan ini akan dibuat selepas 2 minggu selepas kerajaan negeri melihat hasil kajian Unisel",katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian selepas melawat Tapak Semaian Spirulina, di Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor yang diusahakan oleh Ketua Unit Ladang Bioteknologi Unisel, Profesor Lokman Shamsudin.
Tapak semaian seluas 4 ekar ini diusahakan setahun lalu, selepas membuat penyelidikan selama hampir 3 tahun dan produk spirulina yang dihasilkan adalah dalam bentuk kapsul.
Kajian terhadap tumbuhan ini turut mengambil contoh pembinaan biorektor yang dihasilkan di German untuk membantu pembiakan spirulina atau dengan nama siantifiknya, Arthos-pera.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya begitu mengalakkan teknologi penternakan Spirulina dipindahkan kepada peladang- peladang yang mempunyai keluasan tanah kurang dari 2 ekar terutama di daerah selangor ini. Sebagaimana ia diketahui sbg superfood ia juga boleh memberi kebaikkan kepada kesihatan dan tumbesaran manusia dan haiwan. Ia boleh dicampur dalam berbagai jenis makanan lain untuk mempertingkatkan kandungan vitamin dan zat galian membolehkan manusia
kurang bergantung kepada beras yang
semakin mahal di masa hadapan.