Rabu, 5 Ogos 2009

Kelulusan projek ditarik balik - Guang Eng guna kuasa sebagai Ketua Menteri

PULAU PINANG - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menarik balik kelulusan pembangunan yang diberikan kepada pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, Nusmetro (P) Sdn. Bhd.
Guan Eng berkata, beliau menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri untuk membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri terdahulu.
Katanya, kerajaan negeri sekarang tidak terlibat dengan sebarang urusan atau kelulusan projek yang dicadangkan di situ.
Bercakap kepada pemberita di sini semalam, beliau berkata pemaju boleh merobohkan rumah, tetapi tanah itu tidak boleh dibangunkan.
"Jika pemaju masih mahu meneruskan projek itu, mereka perlu mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak terutama penduduk kampung," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: