Khamis, 16 Julai 2009

PEMBANTU KHAS EXCO JATUH BANGUNAN...


SHAH ALAM, 16 Julai - Setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati dipercayai jatuh daripada tingkat 14 bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, pagi tadi.
Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
Semalam Teo sudah dibawa ke pejabat berkenaan untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri ini.
Berikutan berita mengejut dan luar biasa ini, pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.
Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM, termasuk Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.
Liu dan Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.
Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru serta kot hitam dan berseluar putih.
Dalam sidang media di pejabat SPRM Selangor, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdul berkata mayat itu ditemui jam 1.30 tengah hari ini.
Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.
Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo sebagai saksi kes selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.
SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.
Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan.
“(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka”, katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam hormat

Malam tadi saya bersembang dgn YB Isa di rumah orang kenduri di Batu 30. Beliau menerangkan kematian pembantu adun adalah angkara orang suruhan DAP sendiri untuk menutup rahsia. Harap PKR DUN Batang Kali dapat menjelaskan dgn segera ...

http://paparem.webs.com