Ahad, 10 Mei 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN BAYARAN MANAFAAT PERINGKAT KEDUA SKIM MESRA USIA EMAS KUALA KUBU BARU 9 MEI 2009 AHAD 9 PAGI


Gambar sebahagian dari penerima yang menerima faedah dimajlis tersebut


Gambar seorang dari penerima SMUE sedang menerima cek RM1,500 dari YB Ean Yong


Y.B TUAN EAN YONG HIAH WAH DAN TN HJ ABD SYUKOR, PENYELARAS DUN HULU BERNAM.

TN HJ ABD WAHID BASRI, YDP PAS KAW HULU SELANGOR BERSAMA AHLI MAJLIS DAERAH, EN SANTOKH SINGH
Seramai 43 orang penerima faedah Sekim Mesra Usia Emas dari sekitar Dun Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru telah hadir di Majlis Penyerahan Manfaat Kedua Skim MUE dimana mereka menerima baki sekim tersebut sebanyak RM1,500 dari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor YB Tuan Ean Yong Hian Wah. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu baru pada hari Sabtu yang lepas.
Turut hadir adalah Penyelaras DUN Hulu Bernam, Hj Abd Syukor, Penyelaras DUN Kuala Kubu Baru, Chng Boon Lai, Pegawai Khas DUN Batang kali, Shaiful Anuar Sulaiman, Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Jusni Haji Hashim dan ahli-ahli majlis, wakil-wakil jabatan kerajaan, ketua kampong dan JKKK sekitar Kuala Kubu Baru.
YB Ean Yong dalam ucapannya berkata skim MUE yang dilaksanakan di setiap DUN di daerah ini akan dapat membantu keluarga waris melancarkan prosedur ke­matian sekali gus meringan­kan beban mereka.Menurutnya, skim itu adalah antara tujuh pen­dekatan yang dijalankan untuk rakyat dalam negeri ini untuk memberi kemudahan kepada warga emas yang berusia 60 ta­hun ke atas dan juga golongan kurang upaya (OKU).
Pegawai Khas Dun Batang Kali, Shaiful Anuar Sulaiman berkata, SMUE ini adalah satu dari projek kerajaan negeri yang menjaga kesejahteraan semua bermula golongan muda sehingga ke peringkat warga emas dan sokongan perlu bagi merealisasikan usaha ber­kenaan.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Jusni Hj Hashim, "Pihak pejabat tanah dan daerah memberi sokongan padu terhadap usaha yang di­jalankan kerajaan negeri," katanya ketika hadir pada Majlis Penyerahan Manfaat Kedua Skim Mesra Usia Emas tersebut.

Tiada ulasan: