KUALA LUMPUR – Polis Trafik Kuala Lumpur, Selan:gor dan Pulau Pinang menjalankan operasi bersepadu secara serentak bagi mengesan pelumba haram, awal pagi semalam. Operasi Kuala Lumpur yang bermula kira-kira jam 2.15 pagi itu, diketuai Ketua Unit Membanteras Lumba Haram Skuad 42 Trafik Kuala Lumpur, Cif Inspektor Mohd Farid Muntalib. Operasi tersebut berjaya menahan 252 kenderaan dan 300 motosikal sekitar Dataran Merdeka. Turut terlibat dalam operasi berkenaan adalah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar, dan Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan seramai 208 anggota dan pegawai. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, operasi tersebut dimulakan dengan menggunakan beberapa lori milik DBKL bertujuan menutup semua jalan keluar dan masuk Dataran Merdeka. Menurutnya, kesemua kenderaan yang ditahan diperiksa bagi memastikan lesen dan cukai jalan yang sah serta akan ditahan sekiranya bersalah di bawah Seksyen 42 Kanun Keseksaan. “Pelbagai punca remaja kini lebih ramai terlibat dengan aktiviti lumba haram dan oleh itu. Ibu bapa harus memantau setiap pergerakan anak-anak mereka. “Selain itu, lumba haram juga turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain terlibat dalam kemalangan jalan raya yang boleh menyebabkan maut,” katanya ketika ditanya tentang penglibatan remaja dalam gejala mat rempit. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Salim Parlan berkata, JPJ akan terus memberikan bekerjasama dengan polis dari segi memeriksa teknikal kenderaan yang telah diubahsuai. Beliau berkata, kesemua kenderaan yang telah diubahsuai akan di tahan selama 48 jam untuk pemeriksaan selanjutnya dan akan mengeluarkan notis untuk diubahsuai kepada standard biasa. Menurutnya, kira-kira sebanyak 115 motosikal, 4 kereta yang mana 30 daripadanya ditahan untuk notis pemeriksaan kereta dibawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Setapak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan