Sdr Mohd Nashruddin Abd Aziz (gambar berbaju putih-tengah), Penyelaras DUN Batang Kali memerangkap Ketua Bahagian Hulu Selangor bersama AJK JKKK Kg Sg Buaya membantu peneroka-peneroka menjawab soalan berkenaan tawaran dari kerajaan negeri.
Pada satu majlis di dewan JKKK Kg Sg Buaya pada hari Ahad jam 9 pagi, sejumlah 191 dari 363 peneroka Felda Kg Sg Buaya telah diberikan surat tawaran pendudukan sementara (TOL) oleh kerajaan negeri setelah masaalah kedudukan tanah peneroka yang tidak selesai hampir 17 tahun yang lalu. Usaha kerajaan baru Pakatan Rakyat ini menunjukkan bahawa kerajaan adalah amat perihatin terhadap masaalah penduduk dan rakyat negeri Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Didalam majlis tersebut, Nashruddin juga menyebut tentang tawaran kepada penduduk dan peneroka Felda Sg Buaya tentang baki tanah yang diberikan kuasa kepada pemaju, Syarikat Muna Jaya, dimana kerajaan negeri memandang serius tentang cukai tanah yang tertunggak, dan berkemungkinan membuat tawaran kepada pemaju tersebut bagi pihak penduduk dan peneroka untuk mengambilaleh tanah kepunyaan peneroka tersebut.
Ketua Kampong Kg Sg Buaya, Saidin Busu mengucapkan ribuan terimakasih kepada kerajaan negeri dan Tuan Pegawai Daerah, Nor Hisham Dahalan yang memberikan sokongan dalam permohonan peneroka Kg Sg Buaya ini, "Sebagai mewakili penduduk semua, saya ucapkan berbanyak terimakasih dan terhutang budi kepada kerajaan negeri yang perihatin dan dapat menyelesaikan masalah tanah di kampong kami".
Majlis yang diadakan bagi menyampaikan surat tawaran (tol) kepada peneroka terlibat juga di mengadakan sesi penerangan berkaitan produk kerajaan negeri seperti Tabung Usia Emas, TAWAS dan hadiah kepada penuntut IPT.
@mediapkrhulusgr/sas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan