Rabu, 4 Mac 2009

SAMBUTAN SETAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN SELANGOR

Mac 04, 2009
Bersempena dengan sambutan ulangtahun yang pertama pemerintahan Pakatan Rakyat (PKR,PAS,DAP) di negeri Selangor darul Ehsan. Pejabat Khidmat Rakyat DUN kawasan Batang Kali dengan kerjasama Parti keADILan Rakyat Bhg Hulu Selangor akan menganjurkan beberapa program yang mana akan menemui segenap golongan masyarakat setempat. "HIMPUNAN SETAHUN TSUNAMI SUARA RAKYAT" adalah satu program yang akan dihadiri oleh kepimpinan yang tidak asing lagi di kalangan rakyat.Seluruh rakyat disekitar Parlimen Hulu Selangor di jemput hadir beramai - ramai untuk mendengar dasar - dasar Kerajaan Negeri yang memberi faedah kepada seluruh Rakyat di negeri Selangor. Tidak ketinggalan juga kupasan isu - isu semasa berkenaan senario politik semasa.
"HIMPUNAN SETAHUN SETAHUN SUARA RAKYAT"
TEMPAT : akan ditetapkan
TARIKH : 14 MARCH 2009
MASA : 08.30 mlm
Sementara itu pihak pejabat daerah dan majlis daerah hulu selangor akan menerima konvoi lebih 150 VVIP terdiri dari YAB Dato MB, Exco kanan dan ADUN serta ketua jabatan dari SUK ke majlis pelancaran "Wistle Stop" ke daerah Hulu Selangor pada siangnya, jam 10 pagi diikuti dengan Karnival Sukan Rakyat. Program akan diadakan di Stadium Kuala Kubu Bharu pad 14 & 15 March 2009. Aturcara akan dikeluarkan.
SEMUA WARGA HULU SELANGOR DIJEMPUT DATANG UNTUK MEMERIAHKAN SAMBUTAN SETAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN SELANGOR.

Tiada ulasan: