Khamis, 12 Februari 2009

Tarif elektrik turun

@myMetro 11 Feb 2009 Khamis
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meminda tarif elektrik bagi pengguna bermula 1 Mac depan sejajar dengan keputusan kerajaan menurunkan harga gas untuk sektor tenaga.Kadar baru itu menyaksikan purata pengurangan tarif bagi pengguna industri ialah 5 peratus (dari 4.8 hingga 5.2 peratus); pengguna komersial pula mengalami purata penurunan 2.7 peratus (dari 2.6 hingga 2.7 peratus). Sementara kegunaan domestik atau rumah kediaman pula, purata pengurangannya ialah sebanyak 2.54 peratus bagi penggunaan sebulan yang lebih 200KWh (berkurang dari 3.0 hingga 4.7 peratus).

Tiada ulasan: