Rabu, 11 Februari 2009

Doktor cuai, remaja derita


sinar harian 10 feb 2009 Selasa
SERENDAH – “Biar doktor itu sendiri rasakan apa yang kakak rasa biar dia tahu bagaimana penderitaan kakak saya.” Itu luah Nurul Aishah Abu Dahar, 10, adik kepada Jamilah Abu Dahar, 19, mangsa ‘kulit terbakar’ didakwa berpunca daripada kelewatan doktor merawatnya. Nurul Aishah melahirkan kesedihan dan kekecewaannya ketika ditanya perasaan melihat kakak yang mengalami kesan seakan terbakar pada separuh badannya. Adik bongsu kepada tiga beradik itu, nyata kecewa melihat penderitaan dialami kakaknya yang terpaksa melalui detik perit bertarung dengan kesakitan selama lebih sebulan.
Segalanya bermula pada 7 Januari lalu ketika Jamilah mahu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Serendah (KKS) setelah mengadu lenguh sendi, pening dan muntah-muntah. Namun, ketika dihantar ke KKS, doktor yang merawatnya hanya memberikan ubat dan menganggap ia hanya demam biasa serta akan pulih sendiri. Bagaimanapun, pengambilan ubat itu tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah bertambah teruk sehingga mendorong Jamilah sekali lagi pergi bersama ibunya ke klinik terbabit pada 9 Januari dan meminta supaya doktor mengambil sempel darah kerana bimbang ada penyakit lain yang dialaminya.
Tetapi, doktor kata tak ada apa-apa dan hanya perlu meminum banyak air. Ketika itu anak saya sekali lagi diberikan ubat biasa tetapi lain daripada sebelumnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa kes ni tidak ada yang berani bersuara????
mana pergi nya janji2 wakil2 rakyatingin membantu pelajar tersebut???
adakah kerana beliau tidak mempunyai pangkat atau darjat???