SHAH ALAM, 15 Februari- Isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut hari ini dipilih sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) bagi tempoh 2009 hingga 2011.
Pemilihan itu berkuat kuasa serta merta setelah beliau menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan PEKAWANIS pertama yang berlangsung di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, di Bukit Megawati di sini pagi tadi.
Keputusan pemilihan Puan Seri Salbiah itu dibuat oleh kira-kira 30 perwakilan yang hadir dari seluruh Selangor.
Jawatan Naib Yang Dipertua pula disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Batu Tiga,Rodziah Ismail yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.
Manakala Pegawai Khas Pejabat Dato’Menteri Besar, Norani Shamsudin dilantik sebagai Setiausaha Kehormat dan isteri Ahli Parlimen Kuala Selangor, Azlin Hezri sebagai penolongnya.
Sementara isteri kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar, Sheila Christine Devaraj pula diamanahkan memegang jawatan bendahari kehormat.
Hadir menyempurnakan mesyuarat pagi tadi Adinda Puteri Tuanku Selangor, Y.A.M. Datin Paduka Tengku Puteri Hajah Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj selaku Penaung PEKAWANIS.
Dalam perkembangan yang sama, PEKAWANIS yang ditubuhkan pada 22 Oktober tahun lalu kini aktif membantu golongan kurang bernasib baik di negeri ini.
Projek seperti Laman Dapur di Ijok antara projek perintis PEKAWANIS untuk meringankan beban rakyat terutamanya ibu-ibu tunggal.
Selain dari projek Laman Dapur pertubuhan ini juga sedang giat mengenalpasti projek-projek lain bagi ibu tunggal seperti menjahit pakaian sekolah dan menghasilkan produk hasil tani. - MURIZA ABDUL HAMID

Tiada ulasan:
Catat Ulasan