Selasa, 10 Februari 2009

Kesengsaraan mangsa dapat perhatian PKR



Dari Sinar harian 10 Feb 2009 (Selasa)
SERENDAH – Keperitan dan kesengsaraan yang dialami mangsa kecuaian doktor sehingga mengakibatkan Jamilah Abu Dahar, 19 men-galami ‘kulit terbakar’, menarik simpati Pusat Khid-mat Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali. Pengarahnya yang juga Ketua PKR Bahagian Hulu Selangor, Mohd Nashruddin Abd Aziz berkata, mereka terpanggil menghulurkan bantuan dan sokongan moral kepada mangsa sekeluarga.
"Kami hadir kerana merasa simpati dan terkilan dengan tindakan terlalu lewat diambil Klinik Kesihatan Serendah (KKS) sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kesan serius. “Sebagai kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu rakyat adalah menjadi kewajipan kami untuk melihat dan membantu sesiapa sahaja termasuk Jamilah,” katanya ketika melawat mangsa di rumahnya, di Lot 35, Kampung Tok Pinang Tambahan, di sini, kelmarin. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Serendah, Hasnor Puteh dan beberapa kakitangan pusat itu.
Nashruddin berkata, kehadiran mereka adalah untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak klinik dan bukan dengan niat menghukum pihak terbabit. “Sebaliknya, kami mahu ada pembelaan di pihak keluarga mangsa yang turut mengalami trauma sehingga serik untuk kembali lagi ke klinik terbabit. “Oleh itu, kami akan membawa perkara ini terlebih dahulu ke pengetahuan Exco kerajaan negeri bertanggungjawab bagi mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. Menurut beliau, adalah tidak adil sekiranya penjelasan daripada satu pihak sahaja didengar dan perlunya kepada penjelasan pihak klinik untuk mengemukakan jawapan. Pada lawatan sekitar jam 6.15 petang itu, Pusat Khidmat Rakyat turut menghulurkan bantuan cek bagi meringankan beban yang dialami keluarga mangsa. JKKK juga tidak ketinggalan menghulurkan bantuan wang tunai sebagai tanda keprihatinan dan simpati penduduk sekitar.
Sementara itu, Nashruddin menasihatkan mangsa supaya bersabar dan reda dengan ketentuan Ilahi. Beliau tidak henti memberi sokongan moral dan berjanji akan membantu mangsa mendapatkan pembelaan serta akan memberi bantuan kepada Jamilah untuk meneruskan pengajiannya.

Tiada ulasan: