Isnin, 2 Februari 2009

Eksklusif: MPSJ Tarik Balik Lebih 200 Surat Tawaran Kerja Pembersihan

Friday, January 30 Mykmu.net

Sejak minggu lalu, Majlis Perbandaran Subang Jaya menarik balik lebih 200 surat tawaran kerja mengangkut sampah dan pembersihan berikutan arahan EXCO tertentu.Mykmu.net difahamkan penarikan balik surat tawaran tersebut kerana kerajaan negeri tidak berpuas hati setelah syarikat-syarikat yang mendapat tawaran tersebut merupakan syarikat yang ada kepentingan ahli UMNO.Pegawai tertentu telah diarahkan oleh seorang EXCO kanan agar menyaring semula syarikat bumiputera bagi memastikan tiada ahli UMNO menerima sebarang kerja daripada MPSJ. Menggunakan nombor kad pengenalan Pengarah Syarikat, pegawai terbabit menyaring menggunakan database keahlian UMNO secara online.Hasilnya sebanyak 79 surat tawaran kontrak mengangkut sampah dan 169 surat tawaran kontrak pembersihan dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya ditarik balik.

Tiada ulasan: