Selasa, 24 Februari 2009

DARI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR .... ...

BENGKEL SASARAN KERJA TAHUNAN 2009

23/02/2009 - Bengkel Sasaran Kerja Tahunan bagi tahun 2009 telah diadakan pada 19-21 Februari 2009 bertempat di Quality Hotel Kuala Lumpur. Antara agenda bengkel tersebut adalah untuk menilai prestasi kerja bagi tahun 2008 dan merancang kerja bagi tahun 2009. Semua Ketua Jabatan dan seorang pembantu hadir dan memberikan komitmen yang penuh untuk menyiapkan laporan tersebut. Sasaran Kerja Tahunan telah dibentangkan kepada 3 orang Ahli Majlis iaitu Tn. Hj. Mahyuddin b. Ismail, En. Kasim b. Yaakub dan En. Md. Ridzuan b. Md. Idris.

PROGRAM GOTONG ROYONG KEBERSIHAN BANDAR UTAMA BATANG KALI 16/02/2009 - Satu Program Gotong Royong Kebersihan akan diadakan pada 21 Februari 2009 bertempat di Padang Awam Fasa 2 Batang Kali jam 8.30 pagi. Program ini adalah anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor, Jabatan-jabatan Kerajaan dan Agensi yang lain. Turut terlibat dalam program ini adalah kontraktor-kontraktor MDHS dan Jawatankuasa Penduduk. Program ini digerakkan untuk memberi kesedaran "Kebersihan Adalah Tanggungjawab Kita Bersama". Penduduk di sekitar kawasan tersebut dijemput hadir bersama-sama untuk menyertai program tersebut.

Tiada ulasan: