Jumaat, 6 Februari 2009

Adun PR boikot Sultan Perak

Semua Ahli Dewan Undangan (Adun) mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP, Pas dan PKR akan memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika berucap dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong PR di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh, malam tadi.
Beliau menjelaskan bahawa semua Adun PR telah menerima kad jemputan ke majlis berkenaan tetapi menganggap majlis itu tidak sah dari segi undang-undang.
"Perjuangan kita adalah perjuangan hak. Kita tidak setuju denga kerajaan haram Barisan Nasional (BN). Kita akan berjuang hingga ke titiasan darah terakhir," katanya.Perhimpunan tanpa permit itu dianjurkan PR bagi membantah keputusan Sultan Perak, Sultan Azlah Shah memberi pekenan penubuhan kerajaan negeri BN dan pemilihan Dr Zambry sebagai Menteri Besar.Bagaimanapun, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; dan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang dikatakan akan berucap pada majlis itu tidak hadir.Mohammad Nizar berkata, PR akan meniupkan dan membangkitkan semangat rakyat di seluruh negara untuk menghancurkan Umno dan BN.Katanya, tindakan pegawai kerajaan, khususnya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mengarahkan beliau dan semua Exco negeri mengosongkan kediaman rasmi dan mengembalikan harta dan kemudahan kerajaan seperti kereta rasmi adalah tindakan kurang ajar."Kita akan mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat Perak untuk menumbangkan BN," katanya.Naib Presiden PKR, Tian Chua, pula berkata rakyat akan kembali berdemonstrasi di jalan raya seperti dilakukan dalam gerakan reformasi 1998 jika BN merampas pentadbiran kerajaan negeri Perak daripada PR.p/s Perlu diingat bahawa majlis itu melibatkan Sultan Perak

Tiada ulasan: