Khamis, 1 Januari 2009

MAJLIS PENYERAHAN VOUCER KASUT SEKOLAH DI KG GENTING MALEK..1 JAN 2009 KHAMIS 5 PTG




Seramai 250 murid dari enam kampung di sekitar Dewan Undangan Negeri Btang Kali hari ini menerima bantuan kasut sekolah sumbangan kerajaan negeri Selangor yang keseluruhannya bernilai RM5,000.Majlis penyampaian baucer sumbangan kasut sekolah itu diadakan di perkarangan Balai raya Kampung Genting Malek, Batang Kali di sini dengan kehadiran Ketua Bahagian Hulu Selangor juga Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Sdr Mohd Nashruddin Abd Aziz dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat, Kampung Genting Malek, Kampung Kuantan, Kampung Hulu Rening, Kampung Sg Masin dan Kg Kemunin. Pada majlis tersebut, Sdr Mohd Nashruddin menyampaikan baucer kasut kepada wakil 5 wakil dari kampung-kampung yang menerima bantuan itu dengan setiap sekolah menerima 50 pasang kasut. Menurut Sdr Mohd Nashruddin. program penyampaian bantuan kasut sekolah oleh kerajaan negeri adalah pertama kali diadakan di kawasan ini bagi membantu meringankan beban murid-murid miskin. Majlis ini adalah sebahagian dari program penyampaian baucer sumbangan kasut sekolah di kawasan DUN Batang Kali. “Insyallah, pada tahun hadapan dan seterusnya, pihak kerajaan bersama Syarikat Bata akan menyumbang jumlah yang sama kepada sekolah-sekolah terpilih di sekitar daerah ini bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan.“Sebagai pemimpin masyarakat, kita tidak mahu melihat alasan tiada kasut menjadi punca murid tidak mahu ke sekolah kerana bantuan kasut sekolah sebegini sering dihulurkan oleh pihak swasta,” katanya. Sdr Mohd Nashruddin juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, berkata, pihaknya berterima kasih kepada sumbangan yang diberikan syarikat Bata itu dan berharap ia akan dicontohi syarikat-syarikat swasta lain.Beliau berharap, bantuan itu dapat membantu meringankan beban murid sekolah, terutama di kalangan keluarga miskin kerana ada antara mereka yang hanya mempunyai sepasang kasut sepanjang setahun sesi persekolahan. Sdr Shaiful Anuar Sulaiman, pegawai khas Dun Batang Kali berkata, Bantuan yang diberikan tidak mengira kaum dan berharap pada masa akan datang, bantuan-bantuan lain seperti beg sekolah dan baju seragam sekolah akan dihulurkan, sekiranya lebih banyak pihak yang tampil untuk membantu,” katanya. Sdr Khairuddin, Ketua Kampung, Kg Genting Malek, berharap bantuan-bantuan seperti ini akan membantu rakyat di kawasan luarbandar. Beliau berterimakasih di atas bantuan seperti baucer sumbangan kerajaan negeri ini.

Tiada ulasan: