Selasa, 24 September 2013
HADIAH IPT DI NAIKKAN KE RM3000 DI SELANGOR
SUBANG JAYA 23 SEPT : Sempena Belanjawan Selangor 2014, Kerajaan
Negeri akan menaikkan had kelayakan Hadiah Anak Masuk Universiti
daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 sebulan kepada RM3,000 sebulan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.
“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.
Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.
Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.
“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor,” tegas beliau.

Sabtu, 21 September 2013
ITS A JOKE.... KATA RAHIM NOOR
Bekas Ketua
Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor mengingatkan bahawa Malaysia
akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tetap enggan membenarkan abu
Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.
"Jika kerajaan - pihak berkuasa - tunduk kepada tekanan awam tidak membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang, saya fikir, kita menjadikan Malaysia bahan ketawa seluruh dunia ," katanya dalam satu temubual yang disiarkan di BFM semalam.
Abdul Rahim, yang mengetuai rundingan damai antara pihak Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM ) pada akhir tahun 1980-an , berkata keengganan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini, walaupun sewaktu beliau masih hidup, umpama memperolok-olokkan Perjanjian Damai Hatyai pada 1989.
Beliau yang ketika itu merupakan Ketua Cawangan Khas Malaysia , berkata beliau telah dapat menyakinkan kerajaan pada masa itu untuk mengadakan perbincangan dengan pihak komunis, lebih 30 tahun selepas kegagalan rundingan Baling pada 1955.

Abdul Rahim berkata walaupun tempoh darurat selama 12 tahun telah
ditarik balik pada tahun 1960 , pasukan keselamatan masih berperang
dengan saki baki komunis pada 1980-an, tetapi kejatuhan komunisme di
rantau ini merupakan satu peluang untuk mengadakan rundingan damai yang
baru.
Pada masa itu, katanya, masih terdapat kira-kira 2,000 komunis di
sepanjang sempadan Malaysia- Thailand, dengan dua kumpulan terbesarnya
ialah Biro Malayan Utara dan Rejimen ke-10, yang sebahagian besar
anggotainya adalah Melayu.
Dengan sokongan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Rahim berkata, Cawangan Khas, secara rahsia , dimulakan rundingan dengan komunis pada akhir tahun 1987 dan pada awal tahun 1988 di Pulau Phuket, yang berlangsung selama lima pusingan.
Ini, katanya, berakhir dengan perjanjian damai 1989 ditandatangani di Hatyai, dan terdiri daripada dua perjanjian, satu yang mengandungi syarat-syarat utama dan satu lagi mengenai butiran pentadbiran bagaimana syarat-syarat akan dilaksanakan.

"Saya terlibat dalam menderaf kedua-dua perjanjian itu, jadi saya tahu
sepenuhnya bahawa di bawah syarat-syarat perjanjian , pertama sekali,
perjanjian itu mengikat semua anggota PKM , dari yang tertinggi, paling
atas hingga ke bawah, yang paling rendah .
"Jika anda mengatakan bahawa Chin Peng sebagai setiausaha agung parti (PKM) adalah anggota yang paling tertinggi , maka dia layak untuk mendapatkan semua keistimewaan, kelebihan atau apa sahaja janji-janji yang dibuat dalam perjanjian itu yang termasuk untuk dia dibenarkan untuk datang (ke Malaysia)," kata Abdul Rahim.

Selain itu, katanya, mengikut perjanjian tersebut, sekiranya bekas
anggota komunis tidak dibenarkan untuk pulang tinggal di Malaysia,
mereka masih perlu dibenarkan masuk ke negara ini atas lawatan sosial.
"Tapi dalam kes Chin Peng, dia tidak dibenarkan kedua-duanya. Bagi saya, ia adalah tidak masuk akal, sama sekali tidak masuk akal. Ia adalah tidak adil, tidak adil...
"Terdapat (bekas komunis) lain yang dibenarkan untuk pulang dan mereka kebanyakannya adalah Melayu. Abdullah CD dibenarkan untuk pulang ke Malaysia dan telah diperkenan menghadap Sultan Perak sekarang.
"Rashid Maidin, saya diberitahu, mengerjakan haji melalui KL dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia. Apa semua ini?" kata Abdul Rahim.
Abdullah CD adalah pengerusi PKM manakala Rashid Maidin adalah ahli jawatankuasa pusat PKM.

Ditanya sama ada ketegasan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang,
walaupun dia telah meninggal, berasaskan garis kaum, Abdul Rahim yang
teragak-agak seketika, kemudian berkata: " Saya tidak bersedia untuk
membuat andaian seperti itu "
"Setakat kes Chin Peng ini, kita telah mewujudkan keadaan di mana kita memperolok-olokkan prjanjian (damai) tersebut," katanya.
Beliau mengingatkan bahawa pendirian kerajaan melarang abu Chin Peng disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak, telah menjadikan bekas pemimpin komunis sebagai satu ikon.
"Secara khusus, saya fikir ia tidak baik untuk parti pemerintah, terutamanya dalam usaha mereka dalam pasca pilihan raya umum ke-13, untuk memenangi kembali sokongan kaum Cina Malaysia," katanya.
Kerajaan telah menjustifikasikan keputusannya itu dengan mengatakan bahawa Chin Peng bertanggungjawab atas kematian ramai anggota pasukan keselamatan , yang kebanyakannya adalah orang Melayu.
Abdul Rahim mengeluh kerana orang seolah-olah tidak memahami konteks perjuangan komunis antarabangsa dan sebaliknya melihat bahawa 40 tahun pemberontakan komunis di Malaya adalah "Chin Peng melawan seluruh jentera kerajaan".
Beliau menegaskan bahawa kajian menunjukkan struktur komunis adalah secara kolektif dan ia bukan "one-man-show" di Chin Peng yang membuat semua keputusannya.
"Saya tidak tahu mengapa ia perlu jadi begini (Chin Peng lawan kerajaan). Hakikatnya adalah bahawa baik atau buruknya - siapa pun Chin Peng, latar belakangnya ialah perjanjian damai telah ditandatangani. Kita mesti menghormati terma dan syarat-syaratnya," katanya.

Ditanya oleh stesen radio itu bagaimana pada pandangannya sejarah akan
mengenang Chin Peng, Abdul Rahim berkata: "Mereka (ahli sejarah)
sepatutnya boleh menganalisis Chin Peng sebagai pemimpin komunis -
peranannya dan peranan partinya - dalam menentang British, dalam
menghalau British.
"Peranan beliau dalam proses damai - kegagalan rundingan Baling dan kejayaan rundingan damai Phuket yang membawa kepada Perjanjian Damai Hatyai."
Abdul Rahim sentiasa konsisten mahukan kerajaan berpegang kepada syarat-syarat perjanjian damai itu dan telah membuat gesaan yang sama dalam satutemubual pada tahun 2009 denganMalaysiakini supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.
Chin Peng meninggal dunia pada 16 September pada usia tua, yang kebetulan adalah tanggal Hari Malaysia.

Jumaat, 20 September 2013
PKR lancar pusat latihan REFORMASI

Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan pusat latihan
parti tersebut yang dinamakan Dewan Reformasi, Demokrasi dan Upaya
Masyarakat (REFORMASI).
REFORMASI menawarkan latihan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya golongan belia dengan misi untuk membawa golongan tersebut "beranjak daripada toleransi kepada penghargaan dan penghayatan sebuah Malaysia yang majmuk kaum, budaya dan kepercayaannya".
Pusat latihan yang terletak di Puchong itu antara lain menawarkan bengkel Neuro-Linguistic Programming (NLP), kemahiran berunding berkesan untuk pemimpin politik serta siri kursus negara dan diri dalam rangka kursus pembangunan diri.
Tokoh korporat Datuk Seri Dr Edmund Santhara bertindak sebagai pengarah eksekutif REFORMASI sementara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertindak sebagai pengarah.
Pusat latihan itu mula beroperasi secara rasmi esok dengan kursus melatih jurulatih dengan topik khusus 'Tahaluf Siyasi'.
Kursus esok akan dibimbing oleh seorang pendidik Nigeria, Sheikh Nuruddin Lemu.
Orang ramai yang berminat untuk mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan boleh mengunjungi www.reformasi.com.

Rabu, 18 September 2013
TG HJ HADI TOLAK PROGRAM BANTU MELAYU SAHAJA, KAUM LAIN JANGAN DI ABAIKAN
KUALA LUMPUR: PAS menolak program pemerkasaan yang diumumkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu atas alasan ianya hanya fokus
kepada satu kaum sahaja.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebagai sebuah parti yang menggunakan slogan kerajaan kebajikan, PAS tidak mendokong program yang meminggirkan kaum minoriti di negara ini.
"Kita sedar kaum bukan Bumiputera turut berdepan dengan masalah kemiskinan oleh kerana itu PAS menjunjung prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi menghapus kemiskinan. Kerajaan melakukan perkara yang salah kerana atas nama Bumiputera, agenda bukan Bumiputera telah diabaikan.
"Perlembagaan jelas memelihara kepentingan kaum lain seperti penduduk yang tinggal di perumahan yang perlu diberi tanah kerana itu adalah hak rakyat dan hak asasi manusia yang dijunjung di serata dunia," katanya semasa menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata pemilihan PAS yang akan berlangsung November ini tidak akan memanggil jawatankuasa pemantau luar seperti yang dilakukan DAP kerana menurutnya kondisi pemilihan PAS berbeza dengan DAP.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Muktamar PAS akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini di Shah Alam.
Katanya, jawatankuasa parti itu sedang melihat peraturan perjalanan muktamar supaya perjalanan parti pada November ini berjalan lancar.

Khamis, 12 September 2013
APA TANDA HIDUP KITA TIDAK DIBERKATI ALLAH SWT
EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Rabu, 11 September 2013
MUAK DGN AEMNO....ATAU PEMIMPINNYA
Antara muak dengan Umno dan muak dengan pemimpin Umno - Shahbudin Husin
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz bersetuju dengan pandangan Jazlan bahawa Umno mesti berubah untuk kekal relevan. Bagaimanapun Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Umno, Hishammuddin Hussein menyelar pandangan Jazlan itu dan menyifatkan sebagai usaha menarik perhatian menjelang pemilihan Umno berikutan Jazlan mengumumkan mahu bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno kali ini.
Bagi Hishammudin juga, pandangan Jazlan itu jelas tidak tepat dan tersasar dari hakikat yang sebenarnya berikutan Umno masih mampu mencapai kejayaan membanggakan iaitu sebanyak 88 kerusi daripada keseluruhan 133 kemenangan BN dan di sebalik parti lain mengalami kemerosotan sokongan.
Di media sosial pula, ada juga mengutuk Jazlan berikutan pandangannya
itu. Ada yang mengatakan, kalau sudah muak buat apa beliau mahu
bertanding MT Umno dan ada juga yang mengatakan pandangannya itu sebagai
luahan rasa kecewa kerana tidak dilantik sebarang jawatan dalam kabinet
meskipun sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen.
Jika jumlah kerusi yang diambil kira, memanglah Umno dan BN masih memang tetapi haruslah juga disedari bahawa kemenangan BN dalam pilihan raya lalu hanya disumbangkan oleh 47 peratus undi rakyat sahaja sedangkan pembangkang yang memenangi 89 kerusi meraih lebih 51 peratus undi.
Kemenangan undi rakyat atau undi popular ini menunjukkan bahawa rakyat mempunyai iltizam yang tinggi untuk menukar kerajaan dan menolak BN tetapi hanya diselamatkan oleh sistem pilihan raya yang digunakan.
Jika undi popular ini digambarkan sebagai rasa muak rakyat dan mungkin memberi keputusan yang lebih buruk dalam pilihan raya akan datang berikutan banyak janji untuk berubah tidak ditunaikan, pandangan Jazlan nyata ada kebenarannya. Tidak mustahil penolakan rakyat menjadi bertambah besar lagi.
Sebelum pilihan raya, ramai pemimpin dan menteri yang menjadi kebencian rakyat dan diberikan isyarat ditukar tetapi sementara sebahagian kecil ditamatkan khidmatnya, ramai lagi yang dikekalkan. Malah yang tidak diberi bertanding, diberi pula jawatan lain yang bertaraf menteri. Yang tidak sepatutnya jadi menteri, dijadikan menteri. Yang sepatutnya pencen, disambung lagi khidmatnya di arena yang lain pula.
Secara puratanya, penonjolan pemimpin muda masih lagi terbatas. Najib dilihat masih tidak mempercayai tenaga muda dalam pentadbirannya sedangkan itulah sebahagian daripada janji perubahan yang dilafazkannya.
Keadaan ini bukan yang dikehendaki oleh rakyat dan ahli Umno. Zaman ini dan zaman akan datang adalah masa untuk anak muda ditonjolkan sebagai pelapis. Jazlan mungkin ada rasa kecewa dalam dirinya tetapi beliau juga mewakili pemimpin muda lain yang turut rasa terabai dan dipandang sebelah mata oleh pucuk pimpinan.
Selain janji untuk berubah dari segi menampilkan golongan muda yang tidak ditunaikan, rasa muak rakyat yang digambarkan Jazlan juga mungkin berdasarkan pemerhatiannya mengenai gelagat pemimpin dalam kerajaan sendiri yang seperti tidak mengambil iktibar atau pengajaran daripada keputusan pilihan raya lalu. Selepas pilihanraya, masih ramai lagi pemimpin yang tidak berubah sikapnya dalam membela rakyat.
Seharusnya dengan kehilangan undi popular, hanya mendapat sokongan daripada penduduk kampung dan desa pedalaman, semakin ditolak oleh pengundi bandar, separa bandar, golongan muda dan terpelajar serta hanya 23 kerusi yang memisahkan BN dengan tampuk kuasa, sikap, pemikiran dan perangai pemimpin hendaklah berubah sama.
Bukan saja tidak sepatutnya ada lagi kedengaran pemimpin atau menteri bergaya mewah dan berlagak sombong, bahkan tidak seharusnya juga ada pemimpin yang mengatakan jangan makan ayam bila harga ayam semakin mahal, tanam sayur sendiri bila harga sayur mahal, pindah ke luar negara jika tidak setuju dengan undang-undang negara dan jangan beli rumah kalau harganya makin mahal.
Perangai dan pemikiran menteri yang sedemikian tentulah menyebabkan rakyat makin muak dengan Umno. Perangai pemimpin seperti ini bukan menunjukkan mereka membela rakyat tetapi pembuli rakyat. Jawatan, amanah dan kuasa yang ada bukannya digunakan untuk meringankan beban hidup rakyat, sebaliknya semua kegagalan sebagai pemimpin cuba diletakkan bebannya kepada rakyat.
Rakyat juga muak dan menyampah dengan menteri yang hanya tahu memberi amaran dan menggunakan isu dalam masyarakat seperti jenayah dan sebagainya untuk menaikkan populariti diri sendiri sedangkan tindakan atau hasilnya asyik ke laut saja.
Apabila ada pemimpin kecil seperti Jazlan mengatakan kebenaran dan memberitahu rakyat sudah muak dengan Umno, pemimpin besar seperti Hishammuddin janganlah pula jadi sasau kerananya. Terimalah hakikat dan diri sendiri pula mungkin sebahagian daripada punca rasa muak rakyat terhadap Umno selama ini.
Jika Jazlan dituduh mencari populariti dengan mengkritik Umno, bukankah tindakan Hishammuddin mempertahan, malah memuji-muji Umno sehingga ke langit itu lebih bersifat meraih populariti dan mencari undi juga walaupun sikap itu turut menambahkan lagi rasa muak rakyat? – shahbudindotcom.blogspot.com, 10 September, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Isnin, 9 September 2013
Sabtu, 31 Ogos 2013
Selasa, 6 Ogos 2013
Isnin, 5 Ogos 2013
ANAK MUDA WANITA BDR TASIK PUTERI BUAT "PROGRAM BANTU ANAK YATIM RAYA LAGI "
Kelab Anak Muda- Wanita Bandar Tasik Puteri (KAMU-BTP) telah menganjurkan satu program Lawatan dan
Penyampaian Sumbangan di bawah Program BANTU ANAK YATIM RAYA LAGI kepada anak-anak yatim di Komplek Damai, Asrama Anak Yatim Damai, Kuang pada Sabtu 4 Ogos 2013 bermula
jam 11.00 pagi di sini, hari ini. Ianya merupakan salah satu program
kebajikan bersama dengan pejabat Yb William Leong, Ahli parlimen Selayang, NGO INSAF,
Persatuan Peniaga-Penjaja BTP, Ahli Majlis MPS Puan Salasiah Disa dan
sukarelawan-sukatelawan masyarakat di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Program
ini dihadiri oleh Wakil YB William Leong, Puan Salasiah Disa, serta Pengarah Program Bantu Anak Yatim Raya Lagi,
ShaifulAnuar Sulaiman. Sumbangan berupa
barang makanan, Baju raya baru dan lama, wang tunai diserahkan kepada
Ustaz Suhaimi Dzajuli, Pengasas Kompek Damai ini yang di diami kira-kira
100
orang anak-anak yatim dan asnaf yang berumur antara 1 tahun sehingga 17
tahun.
Mengenai Rumah Anak Yatim Damai Kuang pula, ianya telah ditubuhkan pada 1989. Rumah ini beroperasi di Lot Lorong Teratai, Kuang, Selangor. Penubuhan rumah kebajikan ini dibuat atas dasar tanggungjawab sosial untuk melihat generasi yang lahir dari kalangan anak-anak yatim dan asnaf ini akan lebih terbina sahsiah serta keperibadian dan mempunyai asas pendidikan yang kukuh. Rumah kebajikan ini diusahakan dan diuruskan oleh Tuan Haji Suhaimi Dzajuli dan beberapa orang tenaga sokongan serta sukarelawan.
Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan
di antara anggota-angota KELAB ANAK MUDA WANITA BTP (KAMU) dengan anak-anak yatim di
sini di samping dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan masyarakat.
Ianya juga dapat memberi sedikit sinar keceriaan kepada anak-anak yatim
di sini dan mereka akan merasa dihargai dan diingati apabila adanya
program lawatan sebegini.
Bagi pihak Rumah Anak Yatim Damai ini pula, sebagai
sebuah organisasi yang bergerak secara sukarela, pengurusan Rumah ini
mempunyai keterbatasan untuk mengatur kegiatan menjana kewangan. Namun,
keperluan untuk menggiatkan aktiviti kepada penghuni harus dilaksanakan
secara berterusan. Justeru itu, keprihatinan masyarakat, institusi dan
organisasi korporat amatlah diharapkan untuk membantu ke arah
mereaslisasikan harapan ini.
Pengarah Program, Shaiful Anuar Sulaiman berharap program sebegini akan
sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai demi untuk merapatkan hubungan
silaturrahim sesama Islam selain melakukan amalan-amalan yang sedia
menjadi kewajipan bagi umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia
amnya.
Sabtu, 27 Julai 2013
EKSTRIM KEKADANG MEMANG SALAH DAN KELIRU, ISU BUDAK MAKAN DI BILIK MANDI....
‘Makan dalam tandas,’ lahirkan persepsi salah
at kedua datang yang bertentangan dengannya. Itulah yang terjadi kepada kes 'kantin dalam tandas' Sekolah Kebangsaan Sri Pristana, Sungai Buloh.
Apabila seorang ibu bukan Islam terjumpa anaknya sedang makan dalam satu bilik persalinan di sekolah dan di bulan puasa, terus tergambar di kepalanya seolah-olah, anak dan rakan-rakannya yang bukan Islam diasingkan untuk makan di bulan puasa. Kononnya tindakan dibuat untuk menghormati kanak-kanak lain yang beragama Islam yang sedang berpuasa.
Lalu beliau masukkan gambar dan persepsi ini dalam laman sosial Facebook.
Pembaca pula terus terbayang begitu juga. Kanak-kanak bukan Islam diasingkan oleh pentadbiran sekolah yang beragama Islam supaya makan di bilik tertutup, dan tandas dipilih untuk menempatkan mereka.
Maka lahirlah persepsi kepada seluruh negara, kanak-kanak sekolah bukan Islam diasingkan untuk makan di bulan puasa dan tandas dipilih sebagai tempatnya.
Inilah yang berlaku dalam kes SK Sri Pristana ini.
Namun, sebagaimana dijangka, itu bukanlah cerita sebenarnya. Ia disahkan oleh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Mejar Hardeep Singh kepada The Malaysian Insider.
Mungkin kalau AJK beragama Islam memberitahu perkara yang sama, ramai yang tidak percaya dengannya. Ia seolah-olah mahu membela pihak pentadbiran sekolahnya.
Tetapi apabila Hardeep yang bercerita, ia menjadikan cerita ini dipercayai sebagai betul.
Inilah nasib Malaysia. Salah sangka dan perasaan salah faham antara kaum terlalu menebal. Semua perkara berlaku terlalu dilihat daripada perspektif kaum dan agama. Mungkin ini reaksi bukan Melayu dan bukan Islam kepada sikap dan lagak yang ditunjukkan oleh orang Melayu dan Islam yang terlalu ekstrim sebelum ini.
Isu perarakan kepala lembu di perkarangan pejabat SUK Selangor dan ugutan membakar bible yang berbahasa Melayu sudah pasti menyumbang kepada perkara ini. Begitu juga sikap sesetengah pemimpin PAS dalam sesuatu perkara, ia melahirkan salah faham mereka.
"Memang guru besar sekolah ini penyokong kuat Umno. Tetapi dalam kes ini, dia tidak salah dan saya akan membela dia," kata seorang aktivis PAS Cawangan Sri Pristana yang juga seorang bapa kepada murid di sekolah ini kepada The Malaysian Insider.
Sebagaimana kenyataan Hardeep, beliau memberitahu, pelajar sekolah ini menggunakan bilik persalinan yang tidak digunakan ini sejak Mac tahun ini lagi. Ketika itu belum masuk bulan Ramadan di mana umat Islam berpuasa.
Pihak sekolah mengemaskan bilik itu dan meletakkan meja dan kerusi. Di situ tidak ada tandas hanya bilik mandi yang tidak digunakan.
Ia digunakan sebagai tambahan kepada kantin yang ada. Semua kanak-kanak sekolah ini, Islam dan bukan Islam, Melayu, India dan Cina menggunakan bilik ini untuk makan sebagai tambahan kepada kantin sekolah.
"Kantin sekolah ini sempit untuk menampung pertambahan pelajar yang mendadak di kawasan ini. Sebelum ini, ramai pelajar yang makan tepi longkang, tepi jalan pada waktu rehat. Jadi Guru Besar ni ambil inisiatif untuk gunakan bilik persalinan yang tidak digunakan itu sebagai tempat makan," katanya.
Namun cerita ini menjadi lain apabila gambarnya disiarkan buat pertama kalinya seolah-olah mereka dipaksa makan di dalam kawasan tandas di bulan Ramadhan untuk menghormati orang yang berpuasa di luar.
Akibat persepsi dan gambaran salah ini, semua media terutama berbahasa Inggeris dan Mandarin menyiarkan gambar kanak-kanak sekolah makan dalam tandas di bulan puasa ini di muka depan akhbar mereka.
Maka berlakulah apa yang berlaku.
Guru Besar sekolah ini Mohamad Nasir Mohd Noor menjadi sasaran kebencian banyak pihak. Bukan setakat cacian bahkan beliau juga menerima ugutan bunuh.
Padahal beliau cuba untuk membuat yang terbaik untuk pelajarnya dengan ruang yang ada.
Selasa, 23 Julai 2013
Rakyat terengganu berseri-seri jika seri 16-16
PRK Kuala Besut: Terengganu seri, rakyat berseri-seri...
Kempen
Pas di Kuala Besut yang berslogankan 16-16 Terengganu Baru semakin
menimbulkan kebimbangan kepada UMNO dan BN. Terlihat bahawa mereka amat
bimbang kiranya perkara itu menjadi kenyataan. Di hari-hari terakhir ini
isu itu menjadi percakapan semua orang dan mungkin menusuk ke dalam
kalbu para pengundi.Selepas Najib Presiden Pas, Husam Musa menyatakan keddudukan seri tidak akan menggugat kerajaan BN di Terengganu sebaliknya hanya menjadikan Pas mempunyai suara yang lebih kuat untuk memastikan kepentingan rakyat terpelihara dan kemudian diikuti dengan kenyataan Presiden Pas bahawa parti itu tidak mahu jawatan Menteri Besar, kebimbangan para pemimpin UMNO mulai menyerlah.
Sebelum ini dilontarkan persepsi bahawa Pas ingin memenangi Kuala Besut kerana mengidamkan kerusi Menteri Besar dan kedudukan 16-16 akan dijadikan laluan ke arah itu. Rupa-rupanya Pas tak ingin jawatan Menteri Besar, mereka hanya mahukan lebih kuasa untuk menjaga kepentingan rakyat terutam kerana negeri itu merupakan negeri yang kaya dengan royalti minyak.
Menjelang hari-hari terakhir kempen sebelum pembungan undi pada 24 Julai, semakin ramai pemimpin dan menteri UMNO datang ke Kuala Besut. Semuanya bercakap tentang 16-16 dan Terengganu seri. Pelbagai hujah dan analogi dilontarkan kepada pengundi Kuala Besut agar tidak terpedaya dengan kempen Pas mengenai kedudukan 16-16 dalam DUN Terengganu serta hujah-hujah sampingan lainnya.
Zahid Hamidi mengingatkan pengundi agar jangan terpedaya dengan perangkap Pas mengenai 16-16, sambil mengingatkan kedudukan DUN Terengganu yang mungkin tergantung kerananya. Muhyiddin, Ahmad Maslan, KJ, Idris Jusoh dan lain-lain pemimpin yang kerap turun ke Kuala Besut juga bercakap isu yang sama. Mereka mahu kedudukan 16-16 dielakkan dan dikekalkan kedudukan 17-15 dengan terus memberi kemenangan kepada calon BN.
Hakikatnya, kempen untuk menjadikan Terengganu seri mula mendatangkan kerisauan kepada UMNO dan BN. Bukan saja curahan projek dan pembangunan melimpah di Kuala Besut, dijangkakan juga kebanjiran pemimpin UMNO daripada Kuala Lumpur akan turut berlaku di hari-hari terakhir kempen ini.
Jika mengikut laporan media, sehingga semalam saja sudah sejumlah RM337 juta projek dicurahkan di Kuala Besut yang meliputi peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertanian, kerajaan negeri Tengganu dan Syarikat Perumahan Negara Berhad.
Dengan lebih ramai menteri dijangka turun, bermakna akan ada lagi projek tambahan untuk Kuala Besut. Nilainya mungkin mencecah atau melebihi RM500 juta. Limpahan dan curahan projek ini, walau apa pun tafsirannya, ia adalah menguntungkan penduduk Kuala Besut.
Bayangkan, belum pun kedudukan Terengganu seri dicapai, sudah begitu banyak projek pembangunan dan wang dicurahkan. Tentulah jika kedudukan seri 16-16 dijadikan kenyataan, lebih banyak lagi wang akan dicurahkan, bukan saja untuk Kuala Besut tetapi juga untuk seluruh negeri Terengganu.
Walaupun mengikut rakan-rakan yang pergi ke Kuala Besut, keadaan kempen agak tenang tetapi mereka juga tidak berani menjangkakan secara pasti siapa yang akan menang ketika ini. Mood pengundi bila-bila masa boleh berubah dan sesuatu yang diluar jangkaan tidak mustahil boleh berlaku.
Hakikatnya, BN tidak boleh terlalu yakin dan Pas pula tidak seharusnya mudah putus harapan.
Namun jika pengundi bijak dan berfikir secara menyeluruh untuk kepentingan rakyat Terengganu, menjadikan kedudukan seri 16-16 tidak seharusnya diabaikan begitu saja. Rahmat dan nikmatnya untuk rakyat sudah nyata di depan mata sekarang ini dan ia akan berganda lagi di masa-masa akan datang kiranya kedudukan 16-16 itu benar-benar berlaku.
Dalam usaha mempertahankan kuasa dan kerajaannya, seluruh Terengganu pasti akan meriah dengan pelbagai projek pembangunan dan menaikkan taraf kehidupan rakyat.
Seperti kata rakan yang baru pulang dari Kuala Besut, Terengganu seri, rakyatnya pasti berseri-seri...
Selasa, 16 Julai 2013
BANTU ANAK YATIM RAYA LAGI TAHUN INI
Bila di ajukan persoalan tentang baju-baju lama yang masih elok di
gunakan, maka beberapa orang kawan saya telah memberikan idea untuk saya
mengumpulkannya dan mungkin dapat di sumbangkan kepada yang
memerlukannya di kala sayawal yang akan menjelma.
Satu idea yang baik.
FB/Bantu Anak Yatim Raya Lagi pun segera di wujudkan dan sekarang hampir sedozen baju-baju melayu dapat di kumpulkan.
Jika sesiapa berminat untuk mendermakan baju-baju yang masih elok untuk di gunakan, bolehlah menumbangkannya kepada saya melalui FB/Bantu Anak yatim Raya Lagi, apa yang di perlukan adalah dengan membungkus baju-baju berkenaan, tuliskan ucapan Selamat Hari Raya, letakkan saiz dan umur untuk kanak-kanak yang akan menerimanya...
Itu sahaja.
https://www.facebook.com/pages/Bantu-Anak-Yatim-Raya-Lagi/470082033040975?ref=hl

Isnin, 1 Julai 2013
RUPENYER BR1M RM500 BERTAHAN 2 BULAN SAJA
Pemberian BR1M RM500 yang diiklan disemua saluran TV digambar seolah-olah pemberian sebanyak RM500 sudah boleh mengubah nasib rakyat miskin secara total untuk sepanjang hidup mereka tetapi hari ini Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan kata pemberian BR1M walaupun berjumlah RM1,200 sekadar boleh tahan selama 2 bulan saja...
Jelas sekali BR1M 500 tidak mampu bertahan lebih dari 1 bulan pun...Akhirnya propaganda TV sudah kantoi...
Tapi paling kantoi ialah ucapana Najib Razak sendiri betapa pemberian BR1M RM500 mampu bertahan untuk setahun.
Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan, berbeza dengan kenyataan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun.
Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun.
"Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen pagi ini. - 1 Julai, 2013.
AKHIRNYA SECARA TIDAK LANGSUNG AHMAD MASLAN SUDAH BERITAHU SATU DUNIA YANG NAJIB KAKI PENIPU...MENIPU RAKYAT SUSAH TERUTAMANYA YANG TINGGAL DI KAMPONG DAN LUAR BANDAR DIMANA TERLETAKNNYA SOKONGAN PADU UMNO.
Khamis, 27 Jun 2013
KEBENARAN TENTANG TULANG SULBI YG TAHAN SAMPAI KIAMAT
Tulang Sulbi (Tulang Ekor) Manusia Dan Kebenaran Hadis Nabi SAW
Tulang sulbi
atau dengan bahasa
Inggrisnya adalah Coccyx ini adalah bagian tulang dari tubuh manusia.
Terletak pada bagian terbawah dari tulang belakang.
Tulang sulbi ini adalah
tulang yang pertama kali ketika manusia diciptakan oleh Allah. Dari
tulang inilah nantinya manusia dibangunkan pada hari akhir. Hebatnya
lagi tulang sulbi ini tak akan hancur dimakan tanah.
Tulang sulbi sering
disebutkan dalam hadits yaitu, dari Abu Huairah Nabi bersabda,
“Sesungguhnya bagian tubuh manusia akan rusak, kecuali “tulang sulbi”,
dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini
manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir” (HR. Bukhari, Nasa’i,
Abu Dawud, Ibnu Majah)
Dan ada satu lagi hadits tentang tulang sulbi ini:
Dari Abu Huairah Nabi
bersabda, “Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah. Mereka
bertanya,”tulang apa ya Rasul?” Nabi menjawab” Tulang Sulbi”. (HR.
Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)
fakta, bahwa hadits ini benar.
Seorang dokter yang
berama Dr. Othman Al-Djilani dan syaikh Abdul Majid melakukan sebuah
eksperimen terhadap tulang sulbi ini. Pada bulan Ramadhan 1423 atau sama
dengan 2002 di tahun Masehi di Yaman.
Mereka berdua memanggang
tulang punggung berikut juga dengan tulang sulbi. Dengan gas selama 10
menit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi
mereha kemudian menghitam).
Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril.
Kemudian kotak steril
itu mereka bawa ke labolatorium analisa terkenal di Sanaa, Yaman. Nama
labolatorium itu adalah (Al Olaki Labolatory)
Dr. Al Olaki, juga
merupakan seorang professor di bidang histologi dan pathologi di Sanaa
University, di Yaman. Ia menganalisa hasil potongan-potongan tulang
tersebut dan menemukan bahwa sel-sel pada jaringan tulang sulbi (coccyx)
dapat bertahan terhadap pembakaran.
Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak terpengaruh.
Percobaan yang diatas
ini membuktikan bahwa, hadits itu benar. Tulang sulbi akan tetap akan.
Tak dimakan tanah, tak hancur terbakar, tahan pada kondisi apapun.
SubhanaAllah bukan? Itulah, hebatnya Allah.
Jika kita gali
ilmu-ilmu-Nya betapa kecilnya kita ini dihadapan Allah. Dunia saja
ibarat butiran-butiran pasir. Bagaimana dengan kita yang lebih kecil
daripada bumi? Sungguh Allah itu maha besar maha mengetahui.
1400 tahun yang silam
Nabi sudah bersabda tentang tulang sulbi ini. Sudah terbukti hingga
sekarang! So, kenapa harus ragu sama Allah?
Ahad, 23 Jun 2013
MALAM 15 NISFU SYA'BAN
Malam Nisfu Sya'ban ialah malam 15 Sya'ban.
23 Jun 2013 hari Ahad ialah 14 Syaban dan apabila masuk waktu maghrib maka telah masuk malam 15 Sya'ban.
Nabi saw. bersabda, "Allah swt. melihat kepada hamba-hamba-Nya pada
malam Nisfu Sy'aban, maka Allah ampuni semua hamba-hambaNya kecuali
orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)
Berkata Imam Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5 malam
iaitu malam jumaat, malam i'dul Adha, malam i'dul Fitri, malam pertama
bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban”. (Sunan Al Kubra Imam Baihaqi juz 3
hal 319).
Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam nisfu Sya'ban.
SINDROM TERAGAK-AGAK PEMIMPIN PR UTK BANTAH PRU13 ~ DS ANWAR
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang 'sindrom
kepenatan' yang menjangkiti beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sehingga
kelihatan teragak-agak untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan
raya umum 5 Mei lalu.
Bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang hari ini, Anwar berkongsi pandangan dengan Naib presiden PAS Husam Musa bahawa pemimpin seperti itu hakikatnya membawa suara Umno dalam Pakatan Rakyat.
"Ada di kalangan orang bicarakan, oh, kita lihat ke depan. Saya ingatkan kepada mereka kalau mereka kekal dalam Pakatan, lihat ke depan itu tidak mungkin tanpa memahami kenyataan sejarah, dulu dan sekarang.
"Orang yang membawa bicara, lihat ke depan saja sama dengan dibicarakan Husam, suara itu suara Umno dalam Pakatan dan ini (kita) harus beranikan diri untuk menolak dan menangkis.
"Penderaan terhadap pimpinan rakyat tanpa kecuali diteruskan walaupun kerajaan ini kerajaan minoriti... Tak kiralah apa sistemnya, kita tidak boleh menafikan majoriti rakyat tolak Umno dan BN. Sistem itu benarkan mereka terus berkuasa.
"Tapi jangan kita cepat mengalah. Ini disebutkan dalam politik sebagai syndrome fatigue (sindrom kepenatan). Kepenatan. Sindrom kepenatan, bila menjangkiti kita dalam Pakatan, dia mulalah mencari ruang mengurangkan kepenatan atau menambah pendapatan," katanya.

Sabtu, 22 Jun 2013
BRUNEI ADA KAMPONG AIR TERMODEN DAN TERBESAR DI DUNIA..... ADA SAPA2 KESAH !!
KAMPONG AYER BRUNEI, TERBESAR DAN TERMODEN DI RANTAU INI
Oleh ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN
abdnaddin@yahoo.com
Kampung itu memang lain dari yang lain.
Sejarahnya panjang.Wujud sejak abad ke-10 iaitu kira-kira 1,000 tahun lalu, Kampong Ayer yang terletak di Negara Brunei Darussalam adalah penempatan atas air terbesar di dunia. Penduduknya kini berjumlah kira-kiar 30,000 yang tinggal di 6 buah mukim dan lebih daripada 40 kampung.
Kampong Ayer dibekalkan dengan kemudahan tenaga elektrik dan air bersih yang membolehkan penduduknya menikmati kehidupan yang lebih selesa. Sekolah-sekolah rendah, menengah dan sekolah agama didirikan bagi memastikan penduduk menikmati pendidikan percuma. Kampung itu mempunyai balai polis, balai bomba, pejabat pos, stesen minyak, kedai runcit, klinik dewan kemasyarakatan dan pusat pelancongan manakala masjid-masjid dan surau mudah dilihat kerana ia sentiasa penuh setiap kali tibanya waktu solat lima kali sehari.
Dari sebuah perkampungan yang terbesar, pernah dikunjungi pedagang dari Cina dan Eropah, Kampong Ayer seringkali digambarkan sebagai “Venice of the East” atau “floating city”, sejak kedatangan orang barat pada abad ke-15.
Ketika melawat Brunei pada 1521, Antonio Pigafetta mencatatkan bahawa “…bandar itu keseluruhannya dibina di air kecuali istana dan rumah beberapa pembesar, mengandungi 25,000 keluarga.Rumah-rumah diperbuat daripada kayu menggunakan tiang-tiang tinggi. Apabila air pasang, wanita-wanita berperahu menjual barang-barang keperluan seharian…”.
Pada masa itu perdagangan di Kampong Ayer dipelopori oleh kaum wanita. Mereka menggunakan perahu-perahu kecil, dikenali sebagai bidar.Perahu ini biasanya menempatkan seorang wanita dan bahan-bahan dagangan ditempatkan di hadapan perahu.Mereka menggunakan topi lebar, dikenali sebagai Siraung Bini, berukuran besar bagi melindungi mereka daripada terik matahari dan juga hujan. Padian dikatakan diperkenalkan oleh Pateh Berbai, iaitu salah seorang adil Awang Alak Betatar. Syair Awang Semaun mencatatkan:
“Pateh Berbai empunya fikiran,
Pasar di air baik buatan
Dinamainya pasar padian
Senang bejual gulai-gulaian”
Sementara itu, dalam satu laporan Sepanyol mencatatkan”
“…Oleh sebab bandar itu terletak di atas air, mereka menggunakan bot-bot kecil yang dipanggi bancas.Perdagangan dijalankan dua kali sehari iaitu sebelah pagi dan petang.Bermacam-macam jenis hasil pertanian dan makanan tempatan dijual dan ditempatkan di perahu-perahu kecil, berjumlah lebih 500 buah.Setelah berniaga, mereka akan menyusur celah-celah rumah sambil melaungkan jenis jualan masing-masing.Harga jualan tidak tetap iaitu boleh tawar-menawar…”.
Bagaimanapun, sejak tahun 80-an, padian tidak lagi diamalkan seiring dengan faktor kemodenan sementara ramai penduduk Kampong Ayer yang berpindah ke daratan, mencuba penghidupan yang baru.
Kampong Ayer yang terletak kira-kira 8 km di sepanjang Sungai Brunei terkenal bukan saja kerana keramahtamahan masyarakatnya tetapi juga kerana kreativiti dan keindahan seni budaya mereka yang kekal dan diamalkan sehingga sekarang.
Keunikan Kampong Ayer sentiasa memukau pengunjung dan menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di negara Brunei Darussalam. Kegiatan ekonomi penduduk lebih tertumpu kepada aktiviti perikanan dan penghasilan kraftangan.
Pembuatan perahu mash lagi diusahakan secara kecil-kecilan bagi menghasilkan perahu `pelauk’ dan perahu `tambang’. Tukang perahu juga menghasilkan perahu seperti bagong, bidar, gubang, jumping, perahu lumba, perahu rigis, temuai serta tongkang. Walaupun berhadapan dengan kemodenan namun `pemburis’ yakni pembuat perahu masih mengekalkan teknik pembuatan secara tradisional. Pada masa ini, perahu yang dilengkapi dengan motor sangkut banyak digunakan bagi aktiviti `menambang’, itu pengangkutan utama di Kampong Ayer.
Selain itu, perusahaan bertenun kain pada masa ini masih giat dijalankan. Kain tenunan sering dipakai pada majlis-majlis kebudayaan, perayaan kebangsaan, majlis adat istiadat dan juga sebagai pakaian seragam di upacara rasmi kerajaan dan konvokesyen.Kain tenunan juga digunakan untuk menghasilkan produk-produk kontemporari seperti beg tangan, kain alas gangsa, kotak tisu dan kusyen bantal.
Produk anyaman seperti bakul, kulit ketupat, lakar periuk, seraung, tikar dan tudung dulang adalah salah satu hasil kraftangan masyarakat Kampong Ayer. Pembuatan songkok juga masih boleh didapati di Kampong Ayer. Songkok adalah sebahagian pakaian pelengkap bagi baju cara Melayu dan pakaian seragam sekolah. Songkok dipakai oleh kaum lelaki ketika menghadiri majlis-majlis beristiadat seperti majlis perkahwinan, majlis rasmi negara, acara keagamaan dan juga sebagai pakaian harian.
Jika dahulu, Kampong Ayer pernah menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran, selain berperanan sebagai sebuah pelabuhan perdagangan dan pusat perniagaan di antara Brunei dengan negara-negara luar, kini Kampong Ayer mengalami perubahan demi perubahan.
Sistem perumahan moden di Kampong Ayer seperti Kampung `Bolkiah `A’ dan Kampung Bolkiah `B’ yang disediakan oleh kerajaan dan dilengkapkan dengan sistem sanitasi bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan kondusif.
Kini Kampong Ayer bukan saja petempatan atas air terbesar di dunia malah ia merupakan kampung air termoden di rantau ini.

Isnin, 17 Jun 2013
BLACK 505 ~ DBKL GAGAL BAGI ALASAN MUNASABAH
Black 505: DBKL gagal beri alasan munasabah- Rafizi
(Oleh: Ruqayya Rahman)KUALA LUMPUR 14 Jun: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal memberi alasan mengapa Himpunan Black 505 tidak boleh diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“DBKL gagal memberi alasan yang munasabah kenapa himpunan perlu diadakan di tempat tertutup.
“Arahan itu menyalahi hak yang diperuntukkan bagi himpunan aman, kalau kita terus terima keputusan DBKL, ini bermakna kita telah bertentangan dengan prinsip PR yang konsisten mempertahan isu hak dan hubungan langsung dengan rakyat,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pertemuan antara wakil Pakatan Rakyat dan DBKL di Bilik Mesyuarat DBKL, Jalan Raja Laut hari ini. Pakatan turut diwakili dua Ahli Parlimen iaitu Datuk Johari Abdul dan Fong Kui Lun.
DBKL sebelum ini menolak permintaan Pakatan Rakyat mengadakan himpunan di Padang Merbok dan menetapkan himpunan hanya boleh diadakan di stadium dan tempat tertutup.
Bagaimanapun menurut Rafizi, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas mesyuarat diadakan dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO terlibat.
“Setakat ini, mandat kami tidak berubah, himpunan akan tetap diadakan di Padang Merbok. Namun kita akan maklum semula dari masa ke semasa,” katanya menyifatkan pertemuan dengan pihak DBKL hari ini berjalan dalam keadaan baik dan mesra.
Sementara itu, wakil gabungan 50 NGO Suara Rakyat 505, Badrul Hisyam Shaharin (Chegu Bard) berkata, alasan DBKL bersifat politik dan NGO itu akan kekal dengan keputusan sebelum ini.
“Kita sudah buat keputusan bahawa himpunan ini perlu berlaku. Kita sudah ikut semua prosedur, dan ternyata alasan penolakan ini bersifat politik. NGO akan kekal dengan kehendak rakyat,” katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)