Sabtu, 28 Mei 2011

Sesi Penerangan - Jom Masuk UNISEL di DUN Batang Kali (Sabtu -28 Mei 2011 3 ptg)

Satu sesi penerangan "Jom Masuk Unisel" telah diadakan di Dun Batang Kali, dimana lebih 50 orang termasuk pelajar lepasan SPM telah hadir untuk mendengar taklimat dari pegawai dan ketua jabatan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL).
Penyelaras Dun Batang Kali memerangkap Pengerusi, Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali-Bukit Sentosa, Tuan Mohd Nashruddin Abd Aziz telah selamat menyempurnakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Tuan Hj Hamdan Datuk Mohd Salleh dan Cik Eda Suhan Sharudin yang mewakili Prof Dr Mujaini Tarimin, Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, UNISEL . Diantara kata-kata perangsang oleh Tuan Nashruddin adalah berkenaan pentingnya kauliti dan bukannya kuantiti yang perlu dihayati apabila berbicara tentang situasi graduan-graduan sekarang di institusi pengajian tinggi..
Saudara Shaiful Anuar Sulaiman, Pegawai Khas Dun Batang Kali ketika mengulas tentang majlis yang diadakan memberitahu bahawa tujuan utama dianjurkan majlis seperti itu adalah untuk membantu lepasan SPM ditahun lepas untuk berpeluang sendiri mendengar syarat-syarat kemasukan dan kelebihan yang ditawarkan oleh pihak ipt tersebut.

Ahad, 22 Mei 2011

ALFATIHAH - TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT (21 MEI 2011 AHAD)

Bagi pihak pejabat Pusat Khdmat Rakyat DUN Batang Kali, kami mengucapkan takziah dan alfatihah untuk kaum keluarga dan mangsa tanah runtuhan Madrashah AtTaqwa Hulu Langat pada 21 Mei lepas...

Selasa, 17 Mei 2011

WANITA HULU SGR KE PEMERIKSAAN MAMMOGRAM SEL 15 MEI AHAD




KUNJUNGAN AHLI MAJLIS DAERAH KE PUSAT TUISYEN RAKYAT DUN BATANG KALI (15 MEI 2011 AHAD)


Kunjungan Pn Kameliyah Bien, Ahli Majlis Daerah Hulu Sgr bersama Pn Norhayatie, Naib Ketua Wanita PKR Cabang ke pusat tuisyen rakyat  (PTRS) di Bukit Sentosa baru-baru ini telah sedikit sebanyak memberikan suntikan semangat kepada peserta -peserta PTRS, selepas dapat mendengar nasihat dan pengalaman yang di kongsikan.. Ahli Majlis Zon Bukit Beruntung jugak bersetuju membiayai sarapan pagi pelajar-pelajar tersebut pada minggu berikutnya sebagai tanda sokongan dan prihatin..

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU !

Selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar guru. Terima kasih buat guru-guruku yang telah mengajar dan mendidikku dan anak bangsaku dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Tidak lupakan ku ucapkan Selamat Hari Guru buat rakan-rakan yang menjadi guru !! Anda umpama sebatang lilin, membakar diri menerangi org lain...

Sabtu, 14 Mei 2011

SOLAT HAJAT & SYARAHAN SHEIKH DR WAHBAH AL_ZUHAILY

SYARAHAN PERDANA SHEIKH PROF. DR. WAHBAH AL-ZUHAILY
Tajuk :Sumpah dan Qazaf
Tarikh :
14 Mei 2011 (Sabtu) 
Masa :
2.30 ptg – 4.30 ptg 
Tempat :
Dewan Solat, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor 
 

SOLAT HAJAT & CERAMAH PERDANA
Tarikh:
14 Mei 2011 (Sabtu)Masa:
6.30 petang
Tempat:
Stadium Selayang

Khamis, 12 Mei 2011

Laporan polis berkenaan projek ic... (Rabu 11 Mei 2011)

Kehebatan Ketua Penerangan Cabang Hulu Selangor bersama kepimpinan negeri telah memberikan impak hebat kepada UMNO Hulu Selangor dalam menerajang strategi politik jahat parti UMNO untuk meraihkan sokongan dalam pilihanraya akan datang. Usaha mengambil pengundi dari kalangan pendatang asing berkad pengenalan merah memang telah wujud semasa pilihanraya di negeri-negeri Sabah dan Sarawak, menjadikan usaha strategi UMNO ini sebagai pengguat kemenangan tipis di kawasan pilihanraya seperti di Parlimen Hulu Selangor ini. Dengar khabar calon dari UMNO akan bertanding di sini...

(www.shaiful-hulusgr.blogspot.com)

Sabtu, 7 Mei 2011

TS KHALID MENDENGAR DAN MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT

KAJANG 7 Mei – Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam  turun padang ke Daerah Hulu Langat bagi menyelami, mendengar dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat di daerah ini.
Pada sesi pagi, Menteri Besar menghadiri perhimpunan pagi bersama kakitangan awam di padang Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat yang dihadiri kira-kira 500 orang yang terdiri pegawai kanan kerajaan,ketua jabatan dan agensi kerajaan serta badan berkanun.
Pada perhimpunan selama sejam itu, Menteri Besar mengingatkan kakitangan awam supaya bekerja dengan jujur dan efektif kerana negeri Selangor telah melangkah jauh ke hadapan berbanding negeri-negeri lain.
Selepas itu, beliau mengadakan sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Dewan Bandaran Kajang, untuk mendengar masalah dan cadangan bagi meningkatkan sistem pentadbiran negeri.
Pelbagai masalah yang diajukan termasuk masalah sistem perparitan, keadaan jalan yang teruk dan kemudahan infrastruktur yang tidak diselia dengan baik.
Menteri Besar, Exco dan Ketua-ketua jabatan kemudian menyertai orang ramai menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Alang, Beranang. Selepas solat, Menteri Besar makan tengahari bersama jemaah di perkarangan masjid menerusi program Kenduri rakyat.
Beliau kemudian ke Dewan Orang Ramai Semenyih bagi menyampaikan sumbangan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Rakyat (MES) diikuti sesi dialog dengan orang awam.
Lebih 2,000 hadir sesi dialog itu dan mereka diberi peluang mengajukan pertanyaan secara terus kepada Menteri Besar, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPK).
Menteri Besar mengarahkan pihak terlibat mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan setiap masalah dan aduan yang dikemukakan rakyat pada sesi dialog itu.
Menteri Besar berkata, beliau mengambil berat kekecewaan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat yang berlaku kerana  perancangan tidak betul oleh pentadbiran terdahulu.
“Kerajaan Negeri akan berusaha menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh,” kata Menteri Besar.
Pada sesi petang, Menteri Besar melawat Kilang Sate Haji Samuri di Sungai Ramal Dalam dan dibawa melawat sekitar kilang dan diberi penerangan mengenai latar belakang sate Haji Samuri sehingga menjadi perusahaan besar.
Menteri Besar menyifatkan Haji Samuri sebagai contoh ahli perniagaan sejati yang bermula dari bawah dan kini mempunyai perusahaan besar serta menjadi majikan kepada 500 pekerja.
Program Khas Turun Padang diakhiri dengan Ceramah Perdana Pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat di Dewan Bandaran Kajang.

Jumaat, 29 April 2011

MAJLIS PENERANGAN SKIM MIKRO KREDIT PEJABAT DUN BATANG KALI, BUKIT SENTOSA 3 MEI 2011 SELASA 9 PAGI


(Gambar Sesi ke4 28 April (Khamis 9 pagi Bersama Tuan Hafiz, Pengurus SKIMSEL Cawangan Hulu Sgr dan Sdr Azlan)
Semua warga Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dijemput hadir mendengar taklimat berkenaan Skim Mikro Kredit Selangor di pejabat PKR DUN batang Kali - Bukit Sentosa pada hari Selasa 3 Mei 2011 Jam 9pg. Sehingga kini sudah hampir 205 orang telah diluluskan permohonan SKIMSEL ini bagi kawasan daerah Hulu Selangor..Semua dijemput datang.

Isnin, 25 April 2011

PELAJAR DARI PTRS DUN BATANG KALI MEMBACA IKRAR ...

Lebih dari 40 pelajar dari Program Tusiyen Rakyat Selangor (PTRS) Dun Batang Kali telah menyertai lebih 1500 pelajar SPM dari seluruh negeri Selangor untuk menghadiri Pelancaran PTRS di peringkat negeri, bertemmapat Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada Ahad lepas.Tahniah kepada adik Muhammad Amiruddin Syafiq yang mengetuai pasukan ikrar pada majlis tersebut dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya rakanniaga dari kawasan yg berdekatan.

Sabtu, 23 April 2011

Yayasan Selangor Kendali Projek Lahirkan Usahawan

PETALING JAYA 22 April - Yayasan Selangor menganjurkan Program Pembangunan Pendidikan Sepanjang Hayat dalam usaha memberikan pendidikan berterusan bagi melahirkan insan berakhlak mulia dan berketerampilan.

Program dinamakan Pembangunan Pendidikan Sepanjang Hayat dan Pembangunan Ekonomi Komuniti Menerusi Program Pembangunan Usahawan Yayasan Selangor (PPUYS) “Asset Based Community Development’ (ABCD) itu dirasmikan di Dewan Yayasan Selangor.
Perasmian program pendidikan sepanjang hayat anjuran Yayasan Selangor itu disempurnakan oleh Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki dan pengasas program iaitu Pengurus Kanan Modal Insan, Dr Kamari Kasan.
Ilham dalam ucapannya menjelaskan, program berkenaan mempunyai objektif yang cukup jelas iaitu membantu usahawan di Selangor mendapatkan pendidikan asas perniagaan di samping membantu menyediakan peluang perniagaan yang berpotensi kepada usahawan baru di Selangor.
“Di bawah idea dan dasar lifelong learning pula, Yayasan Selangor telah mula mengaturkan program ABCD atau Asset Based Community Development di bawah usaha ini, Yayasan Selangor bertindak proaktif dan turun terus ke dalam masyarakat tiap kampung/desa untuk melakukan kerja-kerja Asset Mapping dan kepakaran berkenaan adalah satu-satunya kepakaran unik Yayasan Selangor yang selama ini tidak dijelmakan menerusi pernyataan visi & misinya,”katanya.
Yayasan Selangor ujarnya, bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta yang dilantik menawarkan peluang perniagaan terpilih disertakan dengan modal perniagaan daripada institusi-institusi kewangan.
Sementara itu menurut Dr Kamari pula, program modal insan ini merupakan aset Yayasan Selangor yang sebelum ini tidak disentuh secara serius.
“Kita cuba memecahkan satu sudut asset dalam Yayasan Selangor yang selama ini tidak pernah di sentuh secara serius  walaupun asset itu telah lama diamanahkan  kepada Yayasan Selangor . Tetapi oleh kerana gagalnya memecah  persoalan itu bukan sahaja Yayasan Selangor malah dunia, maka kebetulan pula kepakaran itu ada pada kita sekarang,maka mulai sekarang kita meneroka aspek yang tidak terpecah itu,” katanya.
Menerusi model dan sistem Teknologi Ilmu Kamarika dan Brain Mapping Kamarika serta menggunakan semua aset asas yang sedia ada di Yayasan Selangor, ia dijangka mampu mencapai kumpulan sasar yang diharapkan.
Malah menurut Kamari, peluang perniagaan ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, bukan sahaja bagi rakyat Selangor malahan untuk semua rakyat Malaysia.

Khamis, 21 April 2011

Kunjungan mesra rakyat (Dun Batang Kali - Rabu 20 Apr 2011)




Satu program kunjungan mesra rumah ke rumah telah dibuat pada Rabu 20 Apr lepas isya' ke kawasan Apartmen Dahli, Taman Bunga Raya, Bkt Beruntung. Sdr Nashruddin selaku Penyelaras Dun Batang Kali telah berkunjung ke rumah seorang ibu tunggal yg baru kematian suami dgn tangungan 8 org anak bersama Ahli-ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Pn Maria Bien, Tuan Hamiruddin Pardi semalam.  Kunjungan juga dibuat ke rumah anak khariah yang baru menyambut kelahiran anak TAWAS di kawasan yang sama. Turut sama didalam majlis tersebut adalah Naib Ketua Wanita PKR Hulu Selangor, Pn Norhayatie dan pegawai-pegawai dari Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali.

Majlis yang turut diraikan oleh Pengerusi Surau Abu hanifah, Blok D Apat Dahlia dan Imam Surau berkenaan telahdiberikan penerangan berkenaan tawaran kerajaan negeri Pakatan Rakyat berkenaan Program Merakyatkan Ekonomi Selangos (MES). Majlis di surau berkenaan yang bermula dari solat maghrib di akhiri dengan kunjungan kerumah-rumah ahli khariat selepas solat isya'.

Selasa, 19 April 2011

Tahniah kpd semua peserta PTRS Dun Batang Kali (Bengkel Smart Learning 17 Apr 2011 Ahad)


Seramai 200 pelajar SPM dari sekitar dari DUN Templer, Rawang, Batang Kali dan Hulu Bernam telah menyertai satu program motivasi dibawah kelolaan pakar motivasi terkenal, Sdr Osman Affan baru-baru ini di Auditorium FRIM Kepong.
Program motivasi selama sehari itu telah berjaya dimanafaatkan oleh semua pelajar yang merupakan peserta-peserta dari Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran malaysia (SPM) pada tahun ini. Antara lain kandungan program motivasi tersebut termasuklah pembelajaran melalui kaedah ingatan (mind mapping) dan penguasaan asas ingatan terhadap pembelajaran didalam kelas.
Nur Syafiqah Idris, 17 tahun dari Sekolah Menengah Bukit Sentosa 2, Rawang ketika di temui menyatakan kesyukuran dan rasa terima kasih kepada penganjur program yang memberikan kesempatan dan peluang kepada beliau dan rakan-rakan dari sekolah yang sama untuk menghadiri program motivasi tersebut. Beliau akan menggunakan semua teknik pembeljaran yang disampaikan dan akan berusaha tekun untuk menghadapi SPM tahun ini.
ShaifulAnuar Sulaiman, Koordinator Pembangunan Insan DUN Batang Kali berkata Program seperti ini adalah sebahagian dari pengisian oleh PTRS pada tahun ini selain dari bengkel menjawab soalan SPM, Solat Hajat Perdana dan Pecutan Akhir.  PTRS itu sendiri akan dilancarkan di peringkat negeri pada 24 April 2011 (Ahad) ini pada jam 3 petang oleh Dato Menteri Besar Selangor, Tans Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya lagi, PTRS juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas berdasarkan pengalaman.
PTRS menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas yang sudah bermula sejak bulan Mac dibuka setiap Ahad dari jam 9pagi sehingga 1 petang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali. 
Program tersebut telah di rasmi penutupnya oleh Sdr Mokhtar dari Setiausaha Penyelaras DUN Templer.

MAJLIS PENERANGAN SKIM MIKRO KREDIT DI DUN BATANG KALI (16 APR 2011 SABTU 3 PTG)



Selasa, 12 April 2011

MAJLIS TAKLIMAT SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR (SKIMSEL) DUN BATANG KALI


Satu majlis taklimat akan diadakan pada 16 April (Sabtu) Jam 3 ptg bertempat di pejabat Pusat Khidmat Rakyat PKR Dun Batang Kali (Bukit Sentosa). Semua penduduk terutama penjaja, ibu tunggal dan peniaga pasar malam di jemput bersama mendengar taklimat dari pegawai SKimSel tersebut. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sdr Shaiful 0193291967. Terima kasih.

Jumaat, 8 April 2011

MANA PENTING, POLITIK LUCAH ATAU POLITIK NILAI UNTUK RAKYAT

KUALA LUMPUR, 7 April: Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi, kebangkitan rakyat,  kegagalan sistem ekonomi 'kapitalis' sehingga ada negara menjadi muflis, namun negara terperangkap dalam politik 'selak kain'.Demikian kata Badrulhisham Shahrin atau Cikgu Bard dalam satu kenyataannya bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM."Tidak tahu dimana salahnya , adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain - pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala 'desparado'," kata beliau dalam kenyataannya.Bagi beliau, ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea,  Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat.

"Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru 'desparado'nya politik hingga sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang," katanya.

Buku yang terdapat gambar - gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka.

Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini di edar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang pos ke rumah, katanya bimbang.

"Apa yang ibu atau bapa hendak jawab apabila di asak dengan soalan kenapa begini mengapa begitu selepas anak - anak kecil melihat sendiri buku lucah tersebut....atau lebih parah lagi ada anak yang menyimpan dan meniru perbuatan dalam b uku lucah tersebut.... Mana pergi pemikiran waras orang - orang politik yang bertindak sedemikian rupa ?" kata beliau.

Beliau menyalahkan, media tradisi seperti Utusan Malaysia yang menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buliten Utama TV3... "mana pergi nilai kewarasan manusia ? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut."

Beliau juga kesal dengan Datuk Seri Nazri Abd Aziz yang sentiasa mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah (selagi tidak bersifat keuntungan kewangan) malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim.

"Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai?" soal Badrul.

SAMM, katanya, dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik 'kotor' dan tidak mendidik ini.
SAMM mendesak agar pemain - pemain utama politik Malaysia agar kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat. Perdebatan harus dilandaskan dari segi polisi, dasar dan idea. "Negara kini berada ditahap membinbangkan dari terjunnya ke bawah nilai daya saing, rasuah yang makin meningkat dan kos hidup yang main menjerut rakyat....atas semua ini rakyat memerlukan ahli politik yang lebih matang," katanya.Menyerang dari segi politik tidak salah termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tak bernilai seperti politik selak kain, tegas beliau."Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar. Katanya, sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.... namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja."Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli - ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan," katanya.