Khamis, 9 Mei 2013

KEMENANGAN MUNGKIN DI ZAMAN KAMU ANAK MUDA ~ TG HJ ABDUL HADI AWANG


MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.

"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."

Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.

Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13.

Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

marilah bersama kite bersama kepimpinan ulamak..sayang TGHH

Tanpa Nama berkata...

Kemenangan di zaman kamu wahai anak muda cina DAP racis.