Taktik halang DAP guna logo sendiri makan diri - Anwar
 
 Aedi Asri 
 
 Taktik Umno BN yang memperalat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan 
menghalang DAP dari menggunakan simbol parti sendiri pada PRU 13, 
memakan diri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
 "Mereka ingat kejutan ini akan menggemparkan kerana DAP dikait sebagai parti Cina, yang anti Melayu dan Islam.
 
 "Kalau tujuan untuk takutkan rakyat, (ia gagal). Mereka ingat kalau DAP
 tak pakai (lambang) roket, akan ada masalah, orang tak boleh terima. 
Tak kerja bodoh ke ini?" katanya.
 
 Berucap di Madrasah 
An-Nahdhoh, Permatang Pauh malam tadi, Anwar berkata, keputusan ROS 
sebaliknya melonjakkan lagi sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
 
 "Mereka (Umno BN) ingat rakyat belum bersedia, fikir orang Melayu susah
 hendak pangkah DAP. Tapi, saya yakin ia membantu kita, malah untungkan 
Pakatan kerana lonjakkan sokongan.
 
 "Pimpinan Umno BN bila hilang keyakinan, mereka  ambil keputusan kurang bijak dan gopoh. Keputusan ini memakan diri," katanya.
 
 Semalam, DAP memutuskan akan menggunakan logo PAS bagi Semenanjung 
Malaysia dan KEADILAN bagi Sabah dan Sarawak yang dipersetujui tertinggi
 pimpinan Pakatan.
 
 Ketetapan itu diambil selepas parti itu menerima surat ROS berhubung penggantungan Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya.
 
 Seperti SPR, SPRM, polis dan institusi kehakiman, ROS juga dianggap 
antara jentera Umno BN untuk mengekal kuasa melalui 'keputusan 
teknikal'.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan