KUALA LUMPUR: Rakyat negeri Selangor boleh mendapatkan dekoder TV Impian yang akan mula dijual pada Isnin minggu depan dengan harga RM499.Menurut Penyelaras TV Impian Ir. Izham Hashim, TV Impian tidak mengenakan sebarang caj sampai bila-bila malah para pelanggan hanya membayar untuk harga dekoder sahaja."Yang penting kena sediakan internet untuk penyambungan. Apa yang lebih hebat siaran tidak akan ada sebarang gangguan. Kalah Astro," katanya kepada Harakahdaily.Apa yang lain dari yang lain mengenai TV Impian ini, Izham berkata sumber yang diperoleh adalah dari pelbagai sumber rakyat."Sebab itu kita namakan TV Impian, di belakang semua rakyat yang terlibat. TV ini sebagai platform untuk rakyat terlibat sama ada dari segi ide, gambar atau video," katanya.Sebanyak lima saluran televisyen disediakan iaitu saluran satu akan memuatkan saluran berita dan ulasan, Saluran dua akan menyiarkan siri dokumentari seperti Lynas, Bersih, siasatan rakyat, saluran tiga lebih kepada ilmu pengetahuan seperti debat, ceramah kuliah Azhar Idrus, saluran berbentuk hiburan dan filem-filem yang sihat dan saluran lima lebih kepada aneka bahasa dan etnik Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.Katanya, Kerajaan Selangor telah menempah 1000 unit dekoder untuk diagihkan di seluruh negeri itu.Bagaimanapun, katanya pusat operasi TV Impian adalah di alam maya dan lebih 30 sukarelawan di seluruh Malaysia akan terlibat dalam operasi saluran ini.TV ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mendapat maklumat tepat yang tidak disiarkan media kerajaan. Bersaing untuk pilih pemimpin yang betul.Justeru katanya orang ramai yang mahu mendapatkan dekoder TV Impian boleh berhubung dengan Isma Ali di talian 0192825716 atau emelkan kepadaimpiantv2012@gmail.com.Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan stesen TV berasaskan internet dan sekaligus mengajak semua ahlinya bersaing untuk mengajak rakyat memilih pemimpin yang betul.Pelancaran stesen TV Impian itu dibuat beliau di majlis penutup Himpunan Hijau Menuju Putrajaya 1 peringkat negeri Selangor.
Rabu, 20 Jun 2012
TV IMPIAN UNTUK RAKYAT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan