Khamis, 10 Mei 2012

RM5.6 DIKUTIP FELDA LEPAS DISENARAIKAN TAPI RM1.689 DIBERI KPD PENEROKA FELDA.... BAKI DIGUNA OLEH FELDA

ANAK menyifatkan tindakan kerajaan memberi ‘durian runtuh’ kepada peneroka sebagai helah politik bagi menghadapi PRU-13, supaya peneroka menyuarakan sokongan terhadap parti pemerintah. Presidennya, Mazlan Aliman berkata, ini adalah sandiwara kerajaan kerana bimbang akan senario politik yang melanda negara pada masa kini.

Setiap peneroka FELDA hanya akan mendapat ganjaran RM15,000 membuktikan sek...ali lagi bahawa pentadbiran BN membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Perdana Menteri harus berterus terang bahawa dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini kepada rakyat hanya 30% (RM15,000 setiap keluarga) adalah RM1.689 bilion. Bakinya yang lebih besar (70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau. - Mohd Rafizi Ramli (Pengarah Strategi KeADILan)

Tiada ulasan: