Rabu, 16 Mei 2012

HISHAMUDDIN IKHLAS DLM PERJUANGAN AEMNONYA.. HUSSEIN ONN PUN KELUAR DARI AEMNO...


KUALA LUMPUR 15 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah ikhlas dalam perjuangannya ketika bersama UMNO dahulu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Anwar juga telah merosakkan Pas sehingga menyebabkan parti itu berpecah-belah dan berdepan masalah dalaman yang meruncing.
"Namun, saya berpandangan UMNO adalah sebuah parti keramat yang sentiasa dilindungi Allah.
"Mereka yang berniat jahat atau terlalu mementingkan diri sendiri melebihi parti akhirnya akan kecundang di tengah jalan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pengakuan secara terbuka Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor bahawa Anwar pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi agar membawanya masuk semula ke dalam UMNO.
Mohamad Ezam membuat pengakuan itu ketika berucap pada ceramah kedua Sumpah Keramat Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) 2012 Peringkat Parlimen Gombak di sini, baru-baru ini.
Hishammuddin menambah, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Mohamad Ezam itu kerana Anwar yang dikenalinya sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.

Tiada ulasan: