Selasa, 8 Mei 2012
BANJIR KILAT DI BATANG KALI.....
Dilaporkan seramai lebih 250 orang terlibat dalam banjir kilat itu, membabitkan 70 keluarga yang menetap di Kampung Genting Malik, Kampung Sentosa, Taman Sekolah dan Taman Seri Cahaya.
"Jalan utama di Kilometer 48 hanya dibuka satu laluan dan setakat ini keadaan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.
Dilaporkan juga kira-kira 15 anggota keselamatan termasuk anggota polis trafik, serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Batang Kali, terlibat dalam mengawal keadaan.
"Jabatan Kebajikan Masyarakat turut membuat tinjauan ke kawasan itu dan bersedia menghulurkan bantuan segera untuk mangsa-mangsa banjir," katanya.
Sementara itu, lebih 50 buah rumah di beberapa buah kampung di daerah ini naiki air akibat hujan lebat sejak malam tadi.
Kejadian banjir dilaporkan juga berlaku melibatkan beberapa kawasan di Batang Kali lain bermula awal pagi Isnin . Operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir sedang dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kampong-kampong terlibat termasuk lah :-
1)KG ULU KALONG,ULU YAM
2)KG GENTING MALEK,BATANG KALI
3)KG MASJID, BATANG KALI
4)LORONG HJ NORDIN,ULU YAM
5)KG BATU 30,ULU YAM LAMA
6)KG TENGAH
7)KG SG MANIS, BATANG KALI
8)KG SEKOLAH, BATANG KALI
9)KG SERI CAHAYA, BATANG KALI
10)KG ULU YAM BARU, BATANG KALI
11)JALAN KG KUANTAN, KG GENTING
12)NO 1566, JALAN BATANG KALI
13)KUARTERS PUSAT HAIWAN
14)KG SENTOSA, BATANG KALI
Nota: Mesej dari ketua PKR adalah untuk datang ke mesyuarat hantar senarai pengundi yang menyokong beliau.... aparaaa.... turunlah wahai penyelaras dan ketua cabang...jangan disebabkan bukan penyokong anda....mangsa banjir di sisihkan...ini rakyat selangor....
sumber : JKKK Kg Kuantan, JKKK Taman Seri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
nampak gaya sejak Nazar mentadbir ... PKR semakin tiada bertenaga ..
Catat Ulasan