Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan penting kepada 1,500 peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei (esok) di Dewan Bulan Sabit Merah, bersebelahan dengan Stadium Perak.
Konvensyen tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan Anwar dijangka menyampaikan ucapan penggulungan yang menyentuh pelbagai isu. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dr Khairudin Abdul Malik di pejabatnya di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan