Isnin, 30 April 2012

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK ~1 MEI 2012

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan penting kepada 1,500 peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei (esok) di Dewan Bulan Sabit Merah, bersebelahan dengan Stadium Perak.

Konvensyen tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan Anwar dijangka menyampaikan ucapan penggulungan yang menyentuh pelbagai isu. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dr Khairudin Abdul Malik di pejabatnya di sini semalam.


LAPOR SUHAKAM 4 MEI 2012 3 PTG ~ KES POLIS DERA RAKYAT MALAYSIA





PRORAKYAT akan menganjurkan perarakan besar-besaran pemimpin, ahli, dan penyokong ngo ini, menghantar memorandum dan bukti keganasan salahlaku polis di pehimpunan aman BERSIH 3.0 kepada SUHAKAM pada 4 mei 2012. jika anda ada bukti atau mengalami sendiri, menjadi mangsa keganasan, atau ingin bukti anda disertakan, email ke persatuanprorakyat@gmail.com. terima kasih.

Ahad, 29 April 2012

CARA POLIS MALAYSIA BERMESRA DAN JALANKAN KERJA SECARA PROFESSIONAL....

POLIS MULA MEROYAN SELEPAS AMBIGA UMUMKAN BERSIH 3.0 TELAH BERJAYA KUMPULKAN 300 RIBU PESERTA...

PRU13 DITANGGUHKAN, NAJIB PERLU JAWAB KEGANASAN BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR: Agensi media antarabangsa, Reuters meramalkan pilihan raya umum ke 13 mungkin ditangguhkan ekoran pertembungan antara polis dengan peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam.

Menurut agensi berita itu, pertembungan semalam meningkatkan risiko negatif kepada pihak pemerintah dan boleh menyebabkan pilihan raya ditangguhkan yang sebelum ini diramalkan Jun ini.

"Mereka (polis) meminta orang ramai bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, yang turut terkena balang gas pemedih mata tepat pada muka sebagaimana dilaporkan Reuters.

"Mereka tak kesah," katanya.

Tindakan polis yang dilihat ganas boleh meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam risiko dan akan menyebabkan beliau menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan selewat-lewatnya Mac tahun depan padahal jangkaan awalnya Jun ini.

Rating sokongan terhadap Najib jatuh selepas tindakan polis menyekat perhimpunan Bersih sebelum ini namun ia telah naik kembali kepada hampir 70 peratus sejak kebelakangan ini, lapor media itu.

Keganasan yang dihasilkan oleh tindakan polis menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam dikecam hebat Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan.

Mereka menyifatkan perhimpunan itu berjalan aman sehinggalah polis bertindak menembak gas pemedih mata dan water canon ke tengah-tengah ratusan ribu peserta perhimpunan.

388 ditahan Operasi BERSIH 3.0

Harakahdaily, 28 Apr 2012 *KUALA LUMPUR:* Menurut twitter PDRM, jumlah keseluruhan peserta himpunan Bersih 3.0 yang ditahan adalah 388 dan mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).Turut ditahan adalah wartawan Harakah dari Kedah, Izwan Abdul Halim.Bekas Profesor Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari juga turut ditahan di samping Tian Chua, anggota Parlimen Baru.*(Gambar: Antara peserta yang ditahan)* Menurut wartawan Harakah itu, Abdul Aziz dan Tian Chua telah dimasukkan ke dalam trak yang sama dengan beliau.

Latest sumber ~ Tian Chua telah dibebaskan 5 pagi tadi.

Sabtu, 28 April 2012

NAIK LRT, KOMUTER KE KOLOMPO.... SINGGAH RUMAH ZAHIDA RAFIK LEPAS TU..

DATARAN MERDEKA JADI DATARAN RAKYAT @BERSIH 3.0 HARI INI


(RIBUAN MANUSIA HADIR DI TENGAH MALAM UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN @BRESIH 3.0)

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebenarnya teruja juga apabila Perhimpunan Bersih 3.0 disasarkan penganjur akan menghimpunkan 500,000 peserta dengan Duduk Bantah, 28 April 2012 ini, kerana mana pernah Dataran Merdeka mempunyai sebegitu ramai audien sejak ia wujud. Namun, tentulah ada tangantangan ghaib yang menolak Perhimpunan Bersih 3.0 ini kerana kejayaan Perhimpunan Bersih 3.0 sekali gus akan menjadi kayu pengukur kepada hayat BN yang terdesak sangat untuk mengekalkan kuasa memerintah Malaysia.

Khamis, 26 April 2012

I follow A. Samad Said to BERSIH 3.0 !

2 hari lagi menuju lebuhraya demokrasi ~ BERSIH 3.0


2 hari lagi rakyat semalaysia akan menuju lebuhraya demokrasi
di dataran merdeka, kuala lumpur.

Rabu, 25 April 2012

RAKYAT WILAYAH PERSEKUTUAN BERHAK TURUN DATARAN MERDEKA, DBKL JANGAN JADI ROBOCOP PULAK !!

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi amaran kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.
Bertegas dengan keputusannya tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan untuk perhimpunan tersebut, Ahmad Fuad menegaskan tindakan yang sama akan diambil sepertimana tindakan terhadap kumpulan mahasiswa anti-PTPTN yang 'berkampung' di tempat yang sama.

Dimana aspirasi rakyat diutamakan bagi DBKL? Didalam PRU yang lepas, cuma tinggal satu kawasan Parlimen utk Beend, dan masih tidak mahu bertolenrasi lagi.....

Orang KL, Wilayah Persekutuan telah voted out BEEND pada PRU yg lepas !!!



BARU RASA NAK PROMO DBKL DAN RAJA NONG....... TERPAKSA CANSOL.....



DBKL = DUDUK BANTAH KUALA LUMPUR


DBKL = DEPA BLOK KITA LANGGAR
 
INGATKAN NAK PROMO DATUK BANDAR DAN MENTERI RAJA NONG NI, TAPI NAMPAKNYA MEREKA TAKMO.......
 

Jumaat, 20 April 2012

JOM KE PRA BERSIH 3.0 DATARAN SHAH ALAM SABTU 21APR'12

Dimaklumkan, esuk SABTU 21 Apr'12, kelas demokrasi UNIVERSITI DATARAN MERDEKA bercuti sempena majlis keraian santapan diraja ~ harap maklum, kelas kembali bersidang pada 3 ptg AHAD 22Apr'12... Sila bawa khemah, baju sejuk dan makanan sendiri...






Sebalik...nya ~ sila datang ke Dataran Shah Alam SABTU 21Apr'12 3ptg utk bersama dgn PRORAKYAT dan alumni BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan bakal peserta BERSIH 3.0..





Mari meriahkan PESTA PRA BERSIH 3.0 bersama Radhi OUG dan AMIN BLACK........

Isnin, 16 April 2012

BAYI 2 MINGGU DIPIJAK BAPANYA..

HULU BERNAM - Polis mengesahkan kematian seorang bayi lelaki berusia dua

minggu yang didakwa dipijak bapanya disebabkan keretakan tengkorak dan

patah tulang rusuk. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Affandi

berkata, hasil bedah siasat mendapati keretakan tengkorak bayi itu

dipercayai akibat dihentak pada dinding, manakala tulang rusuk patah,

berkemungkinan dipijak.

“Menurut doktor pakar Patalogi Hospital Ipoh, tengkorak bayi terbabit retak

dan hancur. Doktor juga telah mengeluarkan enam kepingan cebisan tengkorak

kepala ...
 
@ADUIII KEJAMNYA

Rabu, 11 April 2012

daulat tuanku! daulat tuanku! daulat tuanku!

~~Kami di Blog BULETIN RAKYAT DUN BATANG KALI menjunjung kasih

dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia

Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam

Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai

Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 ~~

Ahad, 8 April 2012

SESI KEUSAHAWANAN WANITA ~ SRI WATAN, AMPANG @ 30 MAC 2012

DATUK A.SAMAD SAID ~ SAYA TIDAK MAHU MATI SIA-SIA

Penyokong PAS datang berduyun-duyun malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap pelancaran perhimpunan BERSIH 3.0 oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berlangsung aman tanpa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebelum itu, sekumpulan 50 orang yang memakai baju kemeja T hitam tertulis perkataan 'Perkasa' berwarna merah, telah mengganggu program PKR di Jalan Putra, yang menyaksikan seorang peniaga hampir dipukul oleh kumpulan itu. ( Klik Sini )
Penyokong BERSIH 3.0 duduk di atas padang yang berlumpur untuk mendengar ceramah lebih tiga jam daripada beberapa tokoh, antaranya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan menganggarkan lebih 5,000 orang hadir dalam ceramah tersebut.
Dalam ceramahnya, A Samad menjelaskan beliau menyokong untuk mereformasikan sistem pilihan raya memandangkan umurnya yang menjangkau 70-an dan beliau "tidak mahu mati sia-sia".
Jadi, Anda apa lagi, masih nak duduk diam?, fikirkan kenapa pak Samad sanggup turun BERSIH, awapannya mudah, kerana beliau nampak sesuatu yang tidka kene dalam sistem pilihanraya.