Khamis, 1 Disember 2011

Selangor Mulakan Dialog Pemimpin-Rakyat Setiap Minggu ~ YB Gan Pei Nei



Oleh Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM , 1 DISEMBER : Rakyat di Selangor berpeluang menyampaikan idea dan cadangan dalam menambahbaik dasar-dasar kerajaan negeri apabila pertemuan dan dialog antara pemimpin dan rakyat bakal diadakan seminggu sekali.
Semasa Kongres Keadilan Ke-8 , Adun Rawang , Gan Pei Nei dalam perbahasannya mengemukakan cadangan agar semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan di seluruh 56 Dun diSelangor.
“Kita mahu menggalakkan penglibatan rakyat ataupun penduduk di negeri Selangor dalam segala aspek pembuat keputusan negeri Selangor, dan perjumpaan ini penting untuk kita tahu maklum balas daripada rakyat aspek-aspek yang perlu diperbaiki.
“Dalam masa yang sama, pimpinan kerajaan negeri juga boleh sampaikan tentang program-program ataupun dasar-dasar kerajaan terkini yang boleh diambil peluang oleh rakyat,” kata Gan semasa dihubungi TVSelangor/SelangorKini.
Menurut Gan lagi, pejabat menteri besar dan exco telah menyokong idea seperti ini dan akan bermula bulan ini bagi membolehkan Menteri Besar dan Exco turun ke daerah yang berbeza untuk berjumpa kakitangan kerajaan komuniti tempatan serta penduduk.

Tiada ulasan: