Isnin, 24 Oktober 2011

Lebih 3000 pelajar SPM bersemangat tinggi di Program Pecutan Akhir Perdana Selangor di Stadium Melawati Shah Alam



Lebih 3000 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini dari pusat tuisyen rakyat selangor (PTRS) bersemangat tinggi setelah mengikuti program Pecutan Akhir SPM Perdana yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada hari Sabtu 22 Oktober 2011 lepas.
Program ini telah dianjurkan oleh pejabat Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan di bawah Yang Berhormat Hjh Dr Halimah Ali memerangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bersama dengan konsultan PTRS, Imtiaz Consultant. 
 
Tujuan program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang persiapan akhir menghadapi peperiksaan SPM dam menaikkan semangat dan motivasi pelajar agar lebih bersedia menduduki peperiksaan dan berjaya mencapai keputusan terbaik.
 
Di dalam program ini, seorang pakar motivasi, Osman Affan menerap dan memberikan tip-tip peperiksaan termasuklah persediaan minda yang positif, santapan roh, teknik menjawab soalan dan hala tuju selepas SPM kelak.

Menurut pengajur program, Hamdan Safar dari Imtiaz Konsultan, program seumpama ini yang telah memasuki tahun ketiga diadakan telah membabitkan pelajar dari semua Dewan Undangan Negeri seluruh negeri Selangor khususnya peserta-peserta yang mengikuti pusat tuisyen rakyat negeri Selangor atau PTRS yang majoritinya datang dari golongan keluarga dibawah tahap kemiskinan berpendapatan RM1500 sebulan.

Salah seorang Koordinator PTRS (KPMI), Shaiful Anuar Sulaiman,dari DUN Batang Kali berkata kebanyakan pelajar-pelajar tersebut sangat teruja dapat menyertai program yang diadakan dalam bentuk bengkel seperti ini pengisian motivasi dan emosi demi untuk kecemerlangan masa depan pelajar-pelajar itu sendiri dan bersama menghayati apa ertinya kejayan yang hebat bersama keluarga dan masyarakat dan rakan-rakan pelajar. .

Pelajar-pelajar telah menunjukkan minat, semangat dan komitmen yang tinggi dalam slot dan sesi yang dianjurkan walaupun agak keletihan kerana aturcara yang padat. Mereka kelihatan begitu ceria dan gembira sepanjang program berjalan. Rata-rata semua pelajar sangat berpuas hati dengan modul yang telah mereka jalani dengan tunjuk ajar serta bimbingan ikhlas dari penceramah jemputan.

Program berakhir dengan ucapan penutup dari Yang Berhormat Hjh Dr Halimah Ali, dan diantara nya menyentuh tentang keperluan sikap mesra bersifat sifat kasih sayang, sedia berkorban dan contoh akhlak baik yang menjadi teras setiap program anjuran kerajaan negeri ini bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat merasai kelainan luar biasa dan bertambah yakin untuk memperbaiki diri dan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam SPM serta kehidupan berpandukan pegangan agama dengan lebih kukuh.

Dr Halimah Ali juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan terus berusaha memberi khidmat pendidikan dan kebajikan terbaik kepada masyarakat warga negeri Selangor. Masalah kewangan bukanlah menjadi halangan untuk mengadakan sesuatu program kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan lebih RM5.4 juta untuk program tuisyen rakyat ini sendiri, dan dengan itu beliau menambah sekiranya kita ikhlas dan berusaha lebih nescaya Allah SWT akan membantu mempermudahkan urusan kita.

Tiada ulasan: