Selangor telah mencapai jumlah nilai pelaburan perindustrian yang tertinggi iaitu sebanyak RM29.3 billion bagi tempoh 2008 hingga 2010 berdasarkan data Malaysia Industrial Development Authority (Mida).
"Ini merupakan nilai pelaburan yang tertinggi di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang lain," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok Suh Sim.
Katanya, Selangor diikuti oleh Sarawak dengan jumlah nilai pelaburan perindustrian yang berjumlah RM27.6 billion dan Pulau Pinang dengan RM24.6 billion.
Beliau menambah, Selangor juga telah berjaya mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi iaitu 905 projek dan bilangan peluang pekerjaan yang tertinggi dengan jumlah 80,000 berbanding dengan negeri-negeri lain bagi tempoh yang sama.
Menurutnya, empat negara pelabur asing yang utama di Selangor dalam tempoh tersebut ialah Amerika Syarikat dengan jumlah modal pelaburan RM4.7 billion, Jerman (RM3.5 billion), Japan (RM3.4 billion) dan Singapura (RM1.8 billion).
“Data Mida ini jelas menunjukkan bahawa tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak bahawa pelaburan di Selangor telah jatuh semenjak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor adalah tidak berasas,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Kesimpulannya, tegas beliau ekonomi Selangor masih lagi mantap di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan masih lagi merupakan destinasi pelaburan nombor satu bagi pelabur asing dan tempatan.
Khamis, 31 Mac 2011
Khamis, 17 Mac 2011
750 pelajar Mesir telah dihantar pulang oleh Kerajaan Selangor
SHAH ALAM, 16 Mac – Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dibantu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Tourism Selangor berjaya menghantar pulang sekurang-kurangnya 750 pelajar Mesir dari negeri ini pulang untuk menyambung pengajian mereka.
Penghantaran pelajar ini dibuat secara berperingkat-peringkat bermula Ahad lalu untuk menghantar kesemua 996 pelajar di negeri ini.
Hari ini sahaja menyaksikan 250 baki penuntut dihantar pulang ke Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terus ke Kaherah.
Salah seorang pelajar yang ditemui Selangor Kini, Noor Amali Bakri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri sambil memuji kelancaran proses penghantaran yang dikendalikan oleh kerajaan negeri.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor yang sudi membantu pelajar selangor.
“Dari segi perjalanan sangat teratur dan mudah bagi kami untuk tahu keadaan semasa, dan segalannya berjalan lancar setakat ini dari segi visa dan pasport diuruskan kerajaan negeri Selangor,”ujar beliau.
Sementara menurut pelajar tahun dua Universiti Alexandria, Mohd Shahir Nadzir, kerajaan negeri Selangor berjaya menjalankan tanggungjawab sosial dengan begitu baik sekali memandangkan Selangor mempunyai jumlah pelajar Mesir paling tinggi di negara ini.
“Saya ucapkan ribuan terima kasih atas usaha kerajaan negeri Selangor, seperti yang kita tahu pelajar Mesir dari Selangor adalah yang teramai, tahniah kepada kerajaan negeri kerana berjaya menghantar kebanyakannya pulang ke Mesir, setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan negeri Selangor,” ujarnya.
Kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor memperuntukkan RM2.14 juta untuk menghantar pulang pelajar Selangor melanjutkan pengajian mereka kembali di Mesir.
Jumlah tersebut meliputi 556 pelajar tajaan negeri dan 440 orang lagi adalah di bawah tajaan LZS.
Tinjauan Tv Selangor di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam mendapati pelajar dan ibu bapa memenuhi kauter pendaftaran mengantar pulang anak mereka ke Mesir seawal jam 3 petang tadi.
Ibu bapa yang ditemui juga turut melahirkan rasa bersyukur di atas bantuan yang dihulurkan kerajaan negeri Selangor.
“Saya sebagai bapa, saya bersyukur keatas bantuan yang diberikan kerajaan negeri dan kebimbangan kami selama ini sudah selesai dan tidak ada lagi kebimbangan,” ujar Hj Bakri Hj Hassan, bapa pelajar yang ditemui di Masjid Shah Alam petang tadi.
Sementara itu, Sakip Mansor pula berkata, beliau tidak merasa bimbang untuk menyerahkan tanggungjawab menghantar anaknya pulang menyambung pengajian dengan inisiatif kerajaan negeri Selangor.
“Saya merasakan sangat yakin dengan inisiatif dan perancangan dari pihak yang bertanggungjawab ini untuk menguruskan pemergian pelajar-pelajar ini dan saya tidak rasa ragu-ragu untuk melepaskan anak saya kerana saya rasa ia terjamin untuk anak saya sampai ke destinasi yang dituju,” katanya.
Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor juga telah menghantar pegawainya ke Mesir untuk memastikan penghantaran pulang pelajar ini berjalan lancar manakala Tourism Selangor pula menguruskan penerbangan pulang pelajar-pelajar ini.
“Kami juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa yang sanggup menghantar anak mereka ke sini, kami juga ada menerima ucapan terima kasih daripada ibu bapa ketika kami sedang menguruskan pendaftaran pelajar,” ujar Md Saad Mahsah, salah seorang pegawai yang bertugas.
Isnin, 7 Mac 2011
Pusat Tuisyen Rakyat Dun Batang Kali dilancarkan....
Sebahagian dari usaha merialisasikan dasar Kerajaan Negeri Selangor bagi memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pejabat Pusat Khidmat Rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali telah melancarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi anak tempatan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Pendaftaran awal yang telah diambil dari kawasan sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa telah berjaya mengumpulkan lebih 80 peserta, menurut Koordinator PTRS, Shaiful Anuar Sulaiman, tuisyen tersebut telah bermula semalam di 45M Jalan Orkid 2A Bandar Bukit Sentosa 48020 Rawang.
Nasruddin Abd Aziz, Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat memerangkap Penyelaras Dun Batang Kali telah melancarkan program PTRS ini semalam di pejabat Dun Batang Kali. Beliau berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun ketiga itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.
Katanya, program itu juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Batang Kali khususnya dan Parlimen Hulu Selangor amnya. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas dan berpenggalaman.
Dalam program ini, diharapkan pelajar akan mendapat pelbagai manfaat kerana ia menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas yang sudah bermula pada 6 Mac akan dibuka setiap Ahad dari jam 9pagi sehingga 1 petang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.

Khamis, 3 Mac 2011
Sikap degil undang bahaya, jejantas sg choh tidak digunakan penduduk
SUNGAI CHOH - Tindakan beberapa pelajar sekolah yang mengabaikan keselamatan sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata enggan menggunakan jejantas mampu mengundang padah.
Malah, tindakan berani mereka melintas jalan di waktu kenderaan lain berpusu-pusu pergi dan balik kerja boleh mengakibatkan tragedi kemalangan. Situasi ini dilihat berlaku di persimpangan lampu isyarat Sungai Choh di sini apabila tibanya waktu puncak. Beberapa kumpulan pelajar sekolah termasuk orang awam akan kelihatan berjalan melintasi laluan tersebut tanpa menghiraukan keselamatan serta pengguna jalan raya. Sedangkan jejantas yang dibina hanya kira-kira 50 meter daripada persimpangan tersebut. Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Azlan, 37, berkata, tindakan pelajar tersebut jelas mengundang risiko kemalangan memandangkan kenderaan sentiasa bertali arus. “Ini sebenarnya bergantung kepada sikap pengguna sendiri yang tidak menghiraukan keselamatan mereka. “Sebelum ini, suara penduduk didakwa tidak didengar apabila memohon pembinaan jejantas di kawasan tersebut, tetapi sebaliknya berlaku setelah jejantas disiapkan apabila penduduk sendiri tidak mahu menggunakannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Manakala, Kamariah Ariffin, 34, berkata, kesalahan tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada pelajar mahupun pejalan kaki kerana tindakan mereka pasti ada sebabnya. Menurutnya, mungkin pihak berwajib perlu memikirkan langkah alternatif bagi menyediakan kemudahan khusus kepada mereka. “Pelajar ini mungkin ada alasan sendiri apabila ditanya mengenai tindakan mereka kerana apabila melihatkan jarak yang terpaksa mereka lalui daripada sekolah ke persimpangan ini cukup jauh. “Pastinya pelajar letih dan bila hendak mengunakan jejantas mereka terpaksa melencong jauh sebelum berpatah balik untuk ke kawasan perkampungan di sini,” katanya. Sementara itu, peniaga, Fadzil Safian, 33, mengemukakan cadangan positif untuk pertimbangan pihak berwajib dengan membina laluan khas pejalan kaki di persimpangan tersebut. Menurutnya, laluan khas itu mungkin lebih selamat malah pejalan kaki tidak perlu untuk menggunakan jejantas kecuali bagi murid sekolah rendah berhampiran. “Saya fikir pembinaan laluan khas pejalan kaki ini tidak hanya tertumpu di persimpangan tersebut malah tidak salah jika disediakan di sepanjang jalan daripada persimpangan sekolah menengah di sini. “Kerana pelajar sekolah banyak yang berjalan kaki daripada sekolah sehingga persimpangan ini untuk ke Kampung Tanjung atau ke hentian bas yang jaraknya kira-kira 300 meter,” katanya. Namun katanya, pembinaan laluan khas itu yang bertujuan untuk keselamatan perlu mengambil kira banyak aspek kerana akan melibatkan tanah penduduk di sepanjang laluan berkenaan.

ANWAR - 1ISRAEL DAN 1MALAYSIA ADALAH KEBETULAN!!
JASIN, 2 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi PRK Dun Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 yang merupakan bukti pertalian erat kedua-dua pihak. Beliau turut membaca satu perenggan daripada perjanjian itu sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan. "Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia. "Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan ‘People First’, Najib pula ‘Rakyat Didahulukan’. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia. "Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi. Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri. Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (PKR Gombak) R Sivarasa (PKR Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu. Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem. Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel. Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000. Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing. Anwar juga kesal kerana Umno BN sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan. "Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya. Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai. Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya. |
ANWAR - BUDAYA FITNAH PERMAINAN POLITIK JAHAT...RAKYAT SEMALAYSIA DITIPU...
Budaya memfitnah dan mengaibkan orang yang disebarkan oleh Umno dan akhbar kawalannya Utusan Malaysia hanya memakan diri dan gagal mempengaruhi rakyat, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
TV Selangor memetik beliau berkata perbicaraan fitnah ke atas dirinya mendedahkan kepada orang ramai angkara jahat politik Umno untuk memanjangkan jangka hayat parti itu.
"Kalau Utusan itu akhbar Melayu, kemudian orang tak dibenarkan berfikir, siapa yang khianat Melayu? Nak ikut Rais Yatim (bahawa kononya) 'kita mestilah jaga budi pekerti dan budaya bangsa kita, maka orang-orang seperti pembangkang yang rendah akhlaknya tidak boleh disokong'.
"Tiga hari kemudian Wikileaks dedahkan kes rogol... jadi jangan fitnah orang," kata Anwar.
"Sekejap saja, terbalik. Kena pada dia (Rais). Saya kesal, apakah budaya kita memfitnah? Tak terfikirkah bagaimana perasaan saya? Dihina dan diaibkan? Aku kena 12 tahun... hentikanlah fitnah khianat ini," katanya.
Berucap pada ceramah di Merlimau, Anwar berkata perbicaraannya atas tuduhan fitnah liwat sekali lagi membongkar kezaliman pemerintah dan polis.
"Hari ini keluar gambar lokap. apa dia cerita? Lokap Anwar ada televisyen, ya televisyen apa? CCTV. Ada katil, khas. Tadi Ketua Polis IPD Bukit Aman sahkan tak ada. Karpal Singh tanya, bukankah Datuk Seri Anwar kata ada sakit pinggang? Dia jawab ada. Kamu tak bagi tilam, bantal? Tak ada. dia tidur atas lantai simen? ya," katanya.
Anwar berkata beliau menyedari layanan polis dan pejabat Peguam Negara di bawah telunjuk Umno adalah untuk mengaibkan beliau semata-mata demi meluntur semangat dan perjuangan politiknya.
"Telanjang saya dan ukur, sebab nak aibkan, kamu tangkap kamu telanjang ukur, hina. nak lawan lagi? Bukan kamu tentukan. Kalau Allah takdirkan ujian ini, saya terima dengan sabar dan doa.
"Ya Allah janganlah beri beban sehingga aku tak mampu menanggungnya - maksudnya sekarang ini, saya masih mampu tanggung tapi percayalah kekuasaan Tuhan," tegas Anwar.
Anwar mendakwa meskipun media massa seperti Utusan dan TV3 cuba memesongkan keterangan-keterangan pada perbicaraan beliau, hakikatnya ialah bukti-bukti terhadapnya direka cipta dan fitnah semata-mata.
"Sekarang terbongkar satu persatu dalam mahkamah. Spesimen doktor periksa 28hb, periksa-periksa, 5 jantan dalam tu , bila ambil spesimen, 28hb, berapa doktor, 4 doktor. bawa spesimen ke jabatan kimia, berapa haribulan, 28 haribulan.
"Tetapi salah satu spesimen terpenting yang melibatkan DNA saya tarikh, 26 haribulan, Peguam tanya jabatan kimia, berapa haribulan, 26, periksa bila 28. Jadi macamana kamu terima, saya terima. Siapa yang periksa, 26hb, tak tau siapa periksa, Najib ka Rosmah saya tak tau. tapi terima" ujar Anwar.

Langgan:
Catatan (Atom)