Ahad, 4 Julai 2010

MAKLUMAT KPD SUKARELAWAN BERJAYA ! Penswastaan Rakyat diteruskan!


Lebih 80 wakil parti dan pimpinan DAP, PKR, PAS, ahli majlis, ketua kampung dan jkkk hulu selangor menghadiri taklimat penerangan oleh sekretariat penerangan pakatan rakyat  kali ke2 yang diadakan di Dewan Dato Abd Hamid, Batang Kali.. Sebelum ini diadakan di Hulu Bernam pada 2 minggu lepas. Agak mendukacitakan agak kurang pendukung parti yang mengaku mahukan keutuhan pakatan rakyat di hulu selangor tetapi masih tidak mahu hadir.Mungkin dihari lain mereka akan turut sama.
Taklimat dijalakan oleh Sdr Mahyuddin, ahli majlis MDHS selepas ucapan ringkas dari ketua2 parti PKR, PAS dan DAP.
Kepentingan Pakatan rakyat di dalam pilihanraya amat penting. Ramai penyokong dikalangan penduduk di Hulu Selangor masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi dan ramai diantara penyokong yang belum menukar alamat untuk mendaftar mengundi di kawasan Hulu Selangor ini.



Tiada ulasan: