Bagi pihak pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali, patik memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala pada hari ini 11hb Disember 2009 bersamaan 24 Zulhijjah 1431H, berkesempatan sekali lagi rakyat negeri Selangor Darul Ehsan menyambut hari keputeraan baginda DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL HAJ.
Sebagai anak jati dan penduduk negeri Selangor ini, patik rakyat jelata merafak sembah dan menjunjung kasih memohon doa semoga kebawah Duli Tuanku dipanjangkan umur, beroleh kesejahteraan, dan dikurniakan kesihatan yang baik, agar dapat terus berada diatas tahta singgahsana memimpin rakyat, amiin..
Patik rakyat jelata turut mendoakan negeri yang dicintai ini akan senantiasa aman damai, sejahtera, dijauhi dari sebarang musibah, bencana dan juga gangguan daripada golongan manusia yang tidak bertanggungjawab serta tidak sayangkan keamanan dan keharmonian.
DAULAT TUANKU
Sembah Patik Harap Diampun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan