Thursday, 19 February 2009
SHAH ALAM, 19 Februari - Kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor sempena setahun bulan depan.
Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sambutan itu akan berlangsung mulai 8 Mac hingga ke majlis kemuncaknya pada 21 Mac di Stadium Malawati, Shah Alam.
“Kita mulakan sambutan satu tahun ini dengan mengadakan satu perjumpaan khas antara Dato’ Menteri Besar dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri Selangor di Shah Alam,” katanya yang menganggarkan 4,000 orang akan menghadiri majlis perjumpaan tersebut.
Menurutnya, selepas program itu, kerajaan negeri akan meneruskannya dengan satu program lain yang dipanggil ‘Wisel Stop’ yang dijadualkan bermula pada 14 Mac di Hulu Selangor,15 Mac di Gombak (sebelah pagi, sebelah petang atau malam akan bergerak ke Petaling Jaya),16 Mac ke Hulu Langat, 17 Mac ke Sepang (sebelah petang ke Kuala Langat),18 Mac ke Klang, 19 Mac ke Kuala Selangor, 20 Mac ke Sabak Bernam dan 21 Mac di Shah Alam.
“Dalam program ini satu rombongan bas di mana ianya dipimpin oleh Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pimpinan Exco dan Ahli Parlimen serta Adun-adun seluruh negeri Selangor akan bergerak daripada satu daerah ke satu daerah lain di seluruh negeri Selangor,” katanya.
Menurutnya, program itu dibuat hasil inspirasi daripada amalan biasa di Amerika di mana pemimpinnya (seperti Barack Obama) menggunakan bas atau kereta api untuk bertemu rakyat sebelum pelantikan mereka dibuat.
Jelasnya lagi, setiap daerah yang terlibat juga akan mengadakan karnival mini di mana agensi-agensi kerajaan termasuklah badan -badan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tawas, Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti dan lain-lain lagi akan terlibat.
“Sementara kemuncak program satu tahun pula kita akan adakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 21 Mac depan ,” katanya menambah pelbagai acara dianjurkan pada hari itu termasuk persembahan kebudayaan, tayangan video tentang pencapaian kerajaan negeri selama satu tahun dan rancangannya di masa depan selain ucapan daripada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri.
Menjelaskan mengenai tujuan sambutan berkenaan, beliau berkata ianya lebih kepada memperkenalkan dasar-dasar kerajaan negeri dan juga penglibatan rakyat.
“Secara umum kita berpuas hati dalam setahun ini kita sudah perkenalkan macam-macam program, ini satu pencapaian yang baik bagi sebuah kerajaan baru dalam masa satu tahun,” katanya memberitahu pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama kerajaan negeri akan menanggung kos sambutan ulang tahun tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan