Khamis, 19 Februari 2009

MESEJ UNTUK PENDUDUK SEROJA 3 -PERMOTONGAN LAMPU JALAN OLEH TENAGA NASIONAL BERHAD RAWANG



Semua Penduduk Taman Seroja 3

Dimaklumkan bahawa pemaju perumahan Kita, Noble Right Sdn Bhd telah didapati tidak menjelaskan bayaran bekalan elektrik bagi lampu jalan (seperti lampiran) kepada Tenaga Nasional Berhad kerana mengalami penggulungan Syarikat.
Sehubungan dengan itu, Persatuan Penduduk Taman Seroja 3 sedang berusaha untuk menangani permasalahan di atas. Semoga bersama kita doakan kejayaan untuk kesenangan bersama.
Pihak persatuan mengharapkan para penduduk menjaga keselamatan taman yang boleh diceroboh pada bila-bila masa disebabkan keadaan yang gelap pada waktu malam. Kerisauan ini memuncak kerana, sejak akhir-akhir ini kes pecah rumah sering berlaku di Bukit Sentosa.
Pihak kami berharap, agar para penduduk dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah di kawasan Perumahan Taman Seroja 3 dan 5. Segala kerjasama dari tuan amat kami hargai.
Sekian, Terima Kasih.
Persatuan Penduduk Taman Seroja 3

Tiada ulasan: