Isnin, 16 Februari 2009

LE TOUR DE LANGKAWI BERAKHIR SEMALAM..


JOSE Serpa Perez menggayakan aksi selaku
juara selepas dinobatkan sebagai juara
keseluruhan LTdL 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR - Penantian satu penyeksaan. Itulah yang dilalui oleh, Jose Serpa Perez selepas empat tahun menyertai Le Tour de Langkawi sebelum gelaran juara individu keseluruhan akhirnya menjadi miliknya tahun ini.
Lebih manis kejayaan memenangi jersi kuning pada edisi 2009 ini diiringi dengan kejayaan cemerlang pasukannya Diquigiovanni-Androni memenangi juara keseluruhan berpasukan.
Pelumba yang berasal dari Colombia itu sebelum ini hanya mengungguli jersi Raja Bukit sebanyak tiga kali tetapi tahun ini ternyata tuah memihak kepadanya dengan mencatatkan masa keseluruhan peringkat 24 jam 22 minit 12 saat.
Serpa yang turut menggondol gelaran Raja Bukit pada perlumbaan tahun ini meninggalkan Jai Crawford dari pasukan kebangsaan Australia di tempat kedua (24:22.39s) manakala rakan-sepasukan Serpa, Jackson Rodriguez di tempat ketiga (24:22.59s).
"Saya cukup gembira kerana ini kali pertama saya memenangi juara keseluruhan, sebelum ini saya hanya memenangi gelaran Raja Bukit sahaja," kata Serpa pada sidang akhbar di Dataran Merdeka, semalam.

Tiada ulasan: